Showing posts with label Masakan Melayu. Show all posts
Showing posts with label Masakan Melayu. Show all posts

Monday, 22 June 2015

Asam Pedas ikan Kembung

Salam ramadan semua, kalau berbuka puasa nanti dapat makan simple-simple saja dah ok bagi saya. Senang nak di jaga, kata mak saya. Saya ni senang bab makan, tak cerewet, makan apa saja di masak oleh ibu saya. Kekadang nasi+telur+kicap pun dah ok bagi saya. Dalam famili saya, saya adalah orang yang paling senang bab  makan ni. Serius tau, sebab kekadang saya kesian tengok mak saya, sebab kena masak banyak lauk untuk kami adik beradik. Contohnya abang-abang saya, mereka memang tak sentuh lauk berasaskan ikan. Adik saya pulak memang tak makan daging lembu. Haishhh memacam kan. Nasib anak-anak saya macam saya, belasah semua asal bukan batu dan kayu.. hahahha. Itu yang badan comel2 belaka. Kali ni, saya nak share resepi Asam rebus ikan kembung yang saya rasa sangat sedap di anak tekak saya ni. Wahh mabeles kalau dapat hirup kuah masam2 pedas2 tu. Di ganding pulak dengan ikan pekasam goreng memang makan tak toleh kiri kanan dah..... sedap bak hang.... hahaha. Jom skodeng resepi yer. Saya ambil dari kak inakl sebab simple dan mudah.
ishhh mana lak ikan kembungnya, hahaha ikan ciput aje tau..
Bahan-bahan

4 ekor ikan kembung
4 biji cili merah-buang biji*
sedikit ikan bilis* (tak letak juga, kebetulan dah abis)
4 biji bawang kecil*
2 biji bawang putih*
sedikit belacan* (saya tak letak, nanti tak berenti haaacummmm...)
1 batang serai-titik hujung
air ikut keperluan
air asam jawa-terpulang pada tukang masak..secukupnya (saya belasah asam keping aje,)
5 bendi (kalau nak letak daun kesom dan bungan kantan pun boleh)** saya tambah buah tomato.
Cara-cara


1. Tumbuk atau kisar semua bahan bertanda *. Kalau tumbuk lagi best.
2. Siang ikan dan toskan.
3. Masukkan semua bahan yang telah lumat ke dalam periuk dan masukkan air.
4. Hidupkan api dan biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan, air asam jawa berserta garam.
6. Bila mendidih masukkan bendi.
7. Rasa cukup garam dan asam barulah di padam api

Thursday, 14 May 2015

JOM LAYAN PULUT MANGGA BERSANTAN

HARAP MAAF, SAYA AGAK SIBUK DAN TIDAK KESEMPATAN LAGI UNTUK MENYINGGAH KE BLOG RAKAN2. ISHH BANYAK SANGAT KE RAKANNYA... INSYALLAH ADA YANG NAK BERKAWAN DENGAN SAYA KANNNN?.. NANTI SAYA AKAN SINGGAH KE BLOG KAWAN2 YER. WEEKEND HARI TU SAYA ADA BELI MANGGA. MURAH BETUL 2 KILO RM10.00. TAK TAU LAH KENAPA MURAH SANGAT, MUNGKIN MUSIM MANGGA KOT. KEMAIN SERONOK SUAMI SAYA. KATANYA NAK BUAT PULUT MANGGA, LAMA BETUL TAK MAKAN. ALHAMDULLILAH REZEKI SUAMI SAYA BERKESEMPATAN SAYA MEMBUAT PULUT MANGGA UNTUKNYA. MENURUT SUAMI SAYA ORANG-ORANG BELAH UTARA MEMANG BIASA MAKAN PULUT BEGINI, SERIUS SAYA MEMANG TAK PENAH MAKAN SEHINGGALAH SAYA BERKAHWIN DENGAN SUAMI SAYA. KALAU IKUTKAN SUAMI SAYA KUAH SANTAN TU, MEREKA TAK MASAK CUMA GAULKAN DENGAN GARAM SAJA. TAPI SAYA MASAKKAN JUGA SIKIT SEBAB TAKUT ANAK2 SAKIT PERUT PULAK. LAGI PUN LEBIH TAHAN LAMA.



Bahan-bahan

500gram beras pulut
*510ml santan
*2 sudu teh garam
*1 sdb gula
2-3  helai daun pandan 
1 biji mangga masak (dihiris)

** nota : di campurkan sekali dan di gaul rata.
untuk kuah santan 
250ml santan (kira-kira 1 cawan)
1sdt garam
1sdb gula (kalau tak suka tak payah letak pun takpe, tapi saya letak bagi manis-manis buah gitu)
1-2 helai daun pandan

Cara-cara memasak pulut
1. rendam beras pulut semalaman dan kemudian kukus selama 25 minit. Jangan lupa letakkan daun pandan.

2. Setelah masak, keluarkan pulut dan masukkan pulut yang sudah masak ke dalam bekas dan campurkan santan bersama dengan gula dan garam. gaul hingga rata ke seluruh pulut dan kelihatan berkilat. jangan masukkan semua santan, masukkan sedikit demi sedikit. apabila telah rata ke seluruh pulut berhenti letakkan santan dan kukus semula sekejap sehingga pulut meresap santan dan berkilat.

3. Bila telah masak bolehlah dihidangkan bersama dengan mangga atau durian.

cara memasak kuah santan

Campurkan semua bahan kuah dan renehkan di atas dapur, jangan sehingga pecah minyak, setelah itu hidangkan pulut dan mangga dan di siram dengan kuah santan untuk juadah keluarga yer.



Friday, 27 March 2015

SAYUR BENDI GORENG

Sayur bendi memang feveret di rumah saya. Kalau masak kari ikan memang sesaja letak bendi banyak-banyak. Anak-anak saya pun suka makan sayur ni. Adehhh kengkawan oiii, sampaikan goreng sayur bendi pun nak post dalam blog kan..  Tapi takpe layankan aje saya ni yer kengkawan.. mak yang kehabisan idea nak masak ape arini, di samping tu boleh juga bagi idea kawan-kawan di alam maya yang sibuk memasak dan takde idea nak masak apa hari ni kannn.... ada gak pekdahnya......


Bahan:
10 biji bendi (dipotong serong-serong)
1/2 biji Bwg Merah di hiris
2 biji cili padi 
2 ulas bawang putih di hiris
Sedikit ikan bilis untuk perencah
Minyak Masak (Untuk menumis)
Bahan perasa - garam dan ajinomoto, secukup rasa

Cara Buat:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih serta sedikit ikan bilis sehingga naik bau, kemudian masukkan cili padi.
2. Selepas itu masukkan kacang bendi yang dah dihiris serong-serong
3. Masukkan bahan perasa dan air sedikit
4. Gaul rata dan sedia untuk dihidang (anggaran dalam 3-4 minit)

Thursday, 26 March 2015

IKAN BAWAL MASAK SOS

Salam, semoga hari ini lebih baik dari semalam dan saya harap kengkawan semua sihat sejahtera. Sekejap sahaja dah sampai hari Khamis. Cepat betul masa berlalu. Pejam celik esok dah hari Jumaat. Alhamdullilah masih lagi kesempatan mencoretkan sedikit di dalam blog ini kan. Cuma kebelakangan ni saya sedikit terganggu dengan pelaksanaan GST yang bakal dijalankan pada bulan April ini. Belum lagi GST bermula tapi kebanyakkan barang sudah mula naik, even pengangkutan awam pun dah mula naik harga. Aduhhh... macammana le nanti nasib kita bila GST ni dah bermula. Kalau PM dengar suara rakyat marhaen ni.. tolonglah mansuhkan GST ni.. If service tax aje macam dulu dah ok dah tapi please no Goods Tax. Kami rakyat marhaen ni sangat terkesan. Terbaca pula luahan rasa Saiful Nang, sangat setuju dengan pendapat beliau.

Ehhh, membebel banyak pula saya, semalam saya sempat memasak ikan bawal dan sayur kacang bendi goreng aje untuk anak-anak. Alhamdullilah ada juga rezeki untuk makan... Jom kita tengok resepi campak-campak saya ni. Mudah aje dan yang penting cepat kannn...



Bahan-bahannya

2 ekor ikan bawal - dibersihkan dan di gorengkan
2 s/b cili kisar
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
1 biji bawang besar - potong bulat
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 inci hali - hiris halus
1/2 cawan air
Garam
 5 btg cili padi
Nota: Boleh juga tambah potongan nenas ataupun timun yer dan juga buah tomato, tapi saya tak letak pun sebab takde stok yer.

Cara-caranya

1 Tumis halia, bawang putih dan cili padi hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan cili kisar pula dan masak hingga garing dan pecah minyak.

3. Selepas itu, masukkan sos cili & sos tomato. Kemudian masukkan air.

4. Biarkan mendidih, masukan bawang besar dan kacau sekejap.

5. Akhir sekali perasakan dengan garam.

6. Tuangkan kuah atas ikan yg digoreng tadi. Dah siap :)

Tuesday, 17 March 2015

PAK CHOY MASAK LEMAK KUNING

Hari-hari balik dari kerja memang bertungkus lumus pulak di dapur memasak untuk makan malam anak-anak. Berkecapi memasak sebab anak-anak saya kalau kalau saya sampai rumah memang sibuk tanya uminya masak apa hari ini. Lagi-lagi anak saya yang no. 3, memang bila sampai rumah aje pada pukul 7.30 petang memang terjah meja makan dulu. Bila dah hari-hari masak ni kekadang jadi buntu pula memikirkan apa yang perlu di masak. Di dalam peti ais ada sawi pak choy, fish ball dan ikan sedikit. Anak-anak saya pulak dah pandai komplen, tak mo dah asik makan sayur goreng atau pun sup sayur lagi, nak masak kari ikan macam malas plak. Adehhhh.. pening memikirkan apa yang perlu di masak. Akhirnya dapat idea masak lemak putih, entah macam mana masa tengah masak tertukar lak plan jadi masak lemak kuning pulak. Jadilah ... sedap jugak, pastu goreng aje ikan dan buat sambal telur pecah, emmm cukuplah untuk hari ini. Simple-simple aje, asalkan perut kenyang.
 SAWI PAK CHOI 
Bahan-bahannya:
2 ikat sayur bak choy
1 paket fish ball/fish cake
1 cawan pati santan + 1 cawan air
Garam/gula secukup rasa
2 sudu besar minyak
1 sdb serbuk kunyit


Bahan-bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 batang serai diketuk

Cara-cara menyediakan:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan serai sehingga kekuningan. Kemudian masukkan serbuk kunyit kemudian kacau sebentar.
2.. Masukkan santan dan kacau lagi.
4. Masukkan fishball bersama garam secukup rasa. Kacau semua bahan.
5. Akhir sekali masukkan sayur pak choy dan terus kacau kuah supaya tidak pecah minyak. Bila sayur pak choy telah layu, bolehlah ditutup api.

Masak lemak kunig pak choy

Friday, 13 March 2015

BUBUR LAMBUK MUDAH

Musim panas ni, macam-macam penyakit yang datang. Di rumah saya habis anak-anak demam berjemaah, kesian pula tengok. Asyik ulang pergi klinik dan hospital sahaja. Lepas seorang, seorang kena demam, batuk, selsema dan sakit tekak. Memang pakej lengkap. Bila dah demam ni selera makan pun takde kan. Saya buatkan bubur lambuk untuk anak-anak saya. Memang best makan bubur lambuk ni, lepas makan confirm keluar peluh-peluh jantan... hahahahhaha... di samping tu memang banyak khasiatnya. Resepi ni ikut sedap saya aje. Entah ke idak bubur lambuknya, hentam sajalah labu, asalkan ada iras-iras rasa bubur lambuk kampung baru tu kira ok la kan. Tapi saya tak letak santan, dan rasanya ada rempah ratus lain yg saya tak letak, contohnya halba. bukan ape. ini takat stok-stok rempah yang ada kat rumah saja. Mana rempah yang selalu guna tu, adalah kat rumah. 


BAHAN-BAHAN

Garam secukup rasa. 
1 genggam Beras
Garam secukup rasa
1 kiub ayam 
1/2 sudu teh Lada Hitam (untuk di letak dalam bubur lambuk)
sedikit bawang goreng

BAHAN BASAH
Sedikit  Daging (potong kecil2) (lebih kurang 100-200grm)
Sedikit isi ayam (Lebih kurang 200 grm)
Sedikit Udang 

BAHAN TUMISAN
3 ulas Bawang Merah (hiris) 
2 ulas Bawang Putih (hiris) 
2cm Halia (hiris)
3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
1 buncut rempah sup (yang ikat dalam kain tu)
3 sudu besar minyak masak untuk tumisan 


sup buncut

BAHAN SAYURAN (Boleh letak sayuran yang kita suka yer, saya letak macam-macam dalam bubur ni)

Segenggam Lobak Masin (hiris nipis2) 
1 btg lobak merah 
sedikit Kobis bunga (dalam sejambak kecil)
Sedikit kacang buncis (dalam 5-6 batang)
Sedikit daun sup 
Sedikit daun bawang
1 biji Kentang ( di potong kiub)

Cara-caranya
1. Saya basuh beras dan masukkan dalam periuk, kandungan air kenalah banyak yer, masukkan juga rempah buncut dan kiub ayam dan saya masukkan juga semua bahan basah, renehkan seketika.

2. Apabila dah nak kering saya tambah air lagi, pastu saya letakkan suma sayuran (kecuali daun sup dan daun bawang) kemudian saya reneh lagi sehinggalah semua sayuran sudah empuk.Saya kerap tambah air yer dalam bubur, sehingga mendapat konsintensi bubur yang saya inginkan.

3. Kemudian masukkan lada hitam dan kacau sehingga sebati. (saya suka letak banyak sedikit) biar berpeluh

4) Kemudian saya tumis darat bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Lepas tu masukkan pula rempah 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga). Dan saya letakkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk bubur, kacau sehingga sebati, barulah saya masukkan daun bawang dan daun sup dan tidak lupa garam secukup rasa, kacau lagi, apabila telah mendidih barulah saya tutup api

5) Jangan lupa taburkan bawang goreng di atas bubur lambuk tersebut.


Tuesday, 10 March 2015

SAGO GULA MELAKA

Sekarang ni musim panas membahang di tengahari, tapi kekadang bila petang di tempat saya (Sri Gombak) hujan. Tapi bila waktu panas begini memang sedap kalau dapat makan desert sejuk-sejuk memang heaven sungguh. Saya buat malamnya, tengahari baru saya makan dengan famili, sedap dan nyaman, satu tak cukup pulak kena tambah 2 dan lagi dan lagi. Anak-anak saya pun suka sangat makan. Resepi saya copy paste dari blog Mat Gebu yer, kalau nak tengok gambar yang lebih cantik boleh la pergi ke blog beliau. Gambar saya ni ikut dann.. aje, sebab tak sabo dah nak makan.


Sumber resepi : MAT GEBU
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biji sago rumbia
2 liter air (untuk merebus biji sago)
300 ml santan pekat + sedikit garam, kacau rata (saya guna susu cair sahaja yang telah saya renehkan sedikit)
60 gram gula Melaka, potong kecil*
100 gram gula pasir*
3/4 cawan air*
1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)


CARA MEMBUATNYA :-)

Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih). Tapis dan bilas bawah air paip untuk membuang kanji sago.

Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda (che mat guna acuan apam atau acuan agar2 berbentuk hati). Isi penuh2, buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit). *** saya cuma masukkan dan padatkan dalam loyang dan sejukkan saja. Setelah sejuk saya potong-potong berbentuk kiub.
.
Keluarkan dari acuan (longgarkan tepi2nya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk.....hmm tak cukup satu lahh.

Saturday, 7 March 2015

IKAN TENGGIRI MASAK CUKA

Suami saya suka sangat dengan masak cuka dan masak asam. Kena sangat dengan tekaknya. Walau ada masakan lain, lauk ni yg dia terkam dulu. Pelik saya, bukan ke saya yang patut suka masakan camni, ye la untuk makanan orang dalam pantang, masa berpantang 11 bln yg lalu inilah lauk saya seharian. Memang selalu le dia mengendeng sebelah saya kalau time makan. Uishhh sibuk aje, pegi le main jejauh... hahahahah. Resepi simple aje, stail saya. Main campak-campak aje... harap ada yg sudi mencuba yer....


Bahan-bahan

3 potong ikan tenggiri yang telah digoreng dahulu
3 ulas bawang merah yang dihiris
3 ulas bawang putih yang dihiris
1 biji bawang besar potong bulat
5 biji cili merah/cili api
5 biji cili hijau
1 jari halia atau dalam seinci halia dihiris
Garam dan gula secukup rasa.
1 sdt rempah campur
2 sudu besar cuka masakan
1 Cawan air
rempah campur

Cara membuatnya

Panaskan 2 sudu minyak dan masukkan semua bahan tadi kecuali ikan tenggiri dan cuka sehingga naik bau. Kemudian masukkan air dan lepas tu masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng tadi. kemudian masukkan cuka masakan, masakkan sekejap sehingga likat dan mendidih, perasakan dengan garam dan gula. Boleh juga letak perasa (ajinoomoto). Siap untuk dihidangkan. 

Thursday, 18 December 2014

KARI IKAN (TANPA SANTAN)

Bosan asyik makan masakan bersantan, meh try buat kari tanpa santan ni. Alhamdullilah sedap dan sihat.Selalu jugak buat masakan tanpa santan sekarang ni sebab suami saya dan saya sedang berdiet sekarang.. Berdiet la sangat... Daaaaaaaaa....... meh skodeng resepi...


Bahan-bahan
5 keping ikan tenggiri (Ikan apa pun boleh)
1 paket (kecil) rempah kari ikan ~ dibancuh dengan sedikit air
2 cawan air
1/2 cawan jus asam jawa (1/2 cwn air di campur dengan 1 sudu besar asam jawa)
minyak masak secukupnya
1 biji terung panjang (lebih sedap guna sayur bendi.. tapi saya x de stok)
garam & serbuk perasa secukupnya

Bahan tumisan
1/2 inci halia ~ hiris halus
2 ulas bawang putih ~ dimayang
4 ulas bawang merah ~ dimayang
3/4 sudu kecil halba campur
2 pelepah daun kari

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak & tumiskan bahan2 hiris, halba campur dengan daun kari hingga naik bau. Masukkan rempah kari yang dijadikan pes & tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan air & air asam jawa & biarkan mendidih.
3. Masukkan garam & serbuk perasa. kemudian masukkan terung.
4. Akhir sekali masukkan ikan dan biar renih sehingga ikan masak. Tutup api dan bolehlah di hidangkan

Wednesday, 3 December 2014

MEE GORENG KACANG TUMBUK





Bahan-bahan
3 ulas bawang putih ** di tumbuk
4 biji bawang kecil ** di tumbuk
5-6 sudu besar cili kisar
sedikit udang
sedikit sotong
sedikit isi ayam
sedikit sayur sawi
secekak tauge
secekak daun kucai
1/2 cawan kacang tanah tumbuk
1/2 cawan kicap manis
2 sudu kecil cuka / air asam jawa pun boleh juga
bawang goreng dan daun sup untuk taburan
1 paket mee kuning/ kue tiau.

bahan perasa
Sedikit ajinomoto
sedikit gula
sedikit garam

*** saya guna kicap manis, memang tak letak gula dan garam tapi cuma letak ajinomoto sedikit sahaja untuk naikkan rasanya.

cara-caranya

Tumis masukkan bawang putih dan bawang kecil sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar, masak cili sehingga naik minyak. Masukkan udang, sotong dan isi ayam dan biarkan masak seketika. Masukkan kicap dan cuka, biar masak sekejap dan kelihatan likat, jgn lupa juga masukkan bahan perasa.

Setelah itu masukkan mee atau kue tiau. Biar masak sekejap dan akhir sekali baru masukkan sawi,  tauge, daun kucai dan  kacang tumbuk (lagi banyak masuk lagi sedap dan lemak) kemudian seratakan sehingga keseluruhan mee atau kue tiau dan sehingga sayur kucai dan tauge masak.

boleh di hidangkan dengan hiasan dan taburan bawang goreng, daun sup dan cili merah potong.

*** nota : kalau guna kue tiau lebih sedap dan lemak.

Tuesday, 7 October 2014

SOTONG GORENG KUNYIT

Balik keje penat sangat, tapi ada tugasan lain menanti... selalu nak masak ringkas-ringkas untuk anak-anak.  Terfikir nak masak kunyit hari ni.. ringkas sahaja. resepi sendiri aje...



Bahan-bahan

Sotong secukupnya
2 ulas bawang putih
1 bj besar bawang besar di potong bulat
3-4 batang cili merah/padi
sedikit kacang buncis
sedikit serbuk kunyit

cara-cara
Tumis Bawang putih dan bawang besar serta cili merah sehingga naik bau. Masukkan kunyit serta masukkan kacang buncit dan sotong dan masak sehingga sotong lembut. Siap untuk di hidangkan.

Simplekan, ini resepi campak-campak saya, resepi nak cepat di masak sedap di makan.. hahaha macam eklan meggi plak... kalau nak resepi yang lengkap sila google yer, segalanya di jari anda... hahahahaha....


Thursday, 2 October 2014

IKAN KEMBUNG MASAK SINGGANG

Berdiet le konon, tak tau le lepas pantang ni selera makan agak menjadi-jadi. Makan nasi kalau tak lengkap 3 round circle memang tak sah . Pagi makan nasi, tengahari makan nasi, malam pun makan nasi. Adehhhh kalau berterusan begini memang mencanak-canak lah kilogram naik. Mungkin sebab menyusukan anak kot (cehhh nak cari alasan gak tu). Nak wat camne saya ni memang suka makan. Kalau ikut kan hati memang macam-macam saya nak makan. Jadi saya buat masak singgang ni kekonon nak diet le. Free lemak, free santan kan.... hahahahahaha.... tapi nasi tambah berkali2 camne tu, kena lak ada sambal belacan (no belacan, alegik sbb resdung teruk sekarang ni)..wah menjadi-jadi selera..

IKAN KEMBUNG SINGGANG

2-3 KETUL IKAN KEMBUNG 
*2 ULAS BAWANG PUTIH 
*2 INCI HALIA 
*1 INCI LENGKUAS
*3 ULAS BAWANG KECIL
1-2 BATANG SERAI (DI TITIK)
2-3 KPG ASAM KEPING
1-2 BJ BUAH TOMATO 
GARAM
SEDIKIT GULA (TAK LETAK PUN TAK PE)
AJINOMOTO (SAYA X LETAK PUN)
SEDIKIT SERBUK KUNYIT (SAYA TAMBAH)
AIR SECUKUPNYA

BAHAN-BAHAN BERTANDA * DI HIRIS

CARA-CARANYA 

MASUKKAN BAHAN-BAHAN BERTANDA * DIDALAM PERIUK BERSAMA-SAMA DENGAN AIR, IKAN, SERAI DAN ASAM KEPING, MASAK SEHINGGA MENDIDIH KEMUDIAN MASUKKAN GARAM, GULA DAN AJINOMOTO. CUBA RASA IKUT KESEDAPAN LIDAH SENDIRI, TUNGGU SEKEJAP DAN TUTUP API. SEDIA UNTUK DI MAKAN. SENANG BUKAN....


Tuesday, 30 September 2014

POTATO FRITTERS

Fenomena Potato Fritters di mana-mana, di blog malah juga di fb. Saya juga tak nak ketinggalan mencuba resepi ni. Hasilnya memang sedap dan ranggup sekali. Krupp Krapp makan .. memang sedap lah bagi pengemar cekodok macam saya ni.


SUMBER : PN NORAIDA DURANI


Bahan-Bahan

Bahan A
3 biji kentang (sagat halus)
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang/daun sup (saya tak letak pun tapi saya guna daun kucai)
1 biji bawang besar (di potong - ni saya tambah)
Serbuk Lada sulah (tak letak)
Garam dan sedikit gula

Bahan B
Minyak masak (untuk menggoreng)


Cara-caranya
1. Satukan bahan A dan gaul sehingga sebati. Ketepikan dan panas minyak di dalam kuali.
2. Sudukan adunan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap.

Friday, 25 January 2013

Roti Jala Dan Kari Telur

Salam maulidur Rasul, cuti-cuti ni memang suka bersantai-santai sambil bermalas-malasan kat rumah... wah heaven..... Harini saya cuma masak roti jala dan kari telur for breakfast cum lunch.. Wah senangkan kerja.. Masak pagi-pagi, then, tengahari saya nak rileks sambil baca novel.. best kan. Ada novel baru yang perlu saya baca, The Wedding Breaker", hehehehehe....  tengah hari nanti saya ingat nak goreng sayur dan goreng ikan masin aje.. hehe sempoi ajekan.... Resepi roti jala.. biasalah saya amik dari sifu akak zalin zalina, sebab simple aje resepinya dan yang penting sedap.... resepi saya copy aje ekk...


Roti Jala
resepi : kak Zalina 
tokang buat : Mayang

Bahan-bahan

1kg tepung gandum...tak kisah cap apa pun
1sk garam halus
2sk tepung susu...susu anak umur lebih 1 tahun pun takpe...
1/2 cawan minyak masak
Pewarna Kuning
Air secukupnya...
 (resepi di atas tu buat setengah adunan sahaja.. 1 kg tepung ni byk sgt.. kalau nak buat meniaga boleh la.. nanti cramp pinggang menjala... hehehe... 1/2 adunan pun kira banyak jugak tau, saya siap simpan separuh untuk minum petang plak)..

Cara-caranya
Masukkan semua bahan dalam mangkuk,  (kandungan air tu agak-agak, letak sedikit-sedikit apabila adunan sudah sebati dan tidak cair sangat) kacau sebati kemudian masukkan dalam blender dimesin halus.. ok siap dan bolehla di tebarkan atas kuali leper.


Kari Telur

Bahan-Bahannya
5 biji telur (direbus)
rempah ratus (kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang)
1 paket rempah kari daging baba's
Santan secukupnya
2 bj Kentang
1/2 batang Carrot (x letak pun takpe, saya memang semua masakan seperti ini saya letak sayuran utk anak2)
Garam dan serbuk perasa
Cili hijau/Cili merah (untuk hiasan)
3 rangkai batang daun kari
sedikit air asam jawa
sedikit minyak untuk menumis

Di kisar

7 Ulas bawang merah (kecil)
5 ulas bawang putih
3 inci halia
4 biji buah keras
(saya hiris separuh bawang-bawang ini untuk tujuan menumis naik bau dan separuh untuk di kisar)
** Bahan-bahan dikisar itu saya campurkan sekali dengan serbuk kari dalam satu bekas)

Cara-Caranya
1. Tumis bawang-bawang yang di hiris.
2. Masuk rempah ratus
3. Masukkan daun kari, kemudian rempah kari yg di campur dengan bahan-bahan kisar
4. Tunggu sampai pecah minyak
5. Masukkan Santan dan Kentang dan tunggu kentang empuk
6. Kemudian masukkan telur, perah air asam jawa, cili Hijau/merah dan masukkan garam dan serbuk perasa, tunggu mengelegak sedikit dan tutup api.Sedia untuk dihidangkan.

siap dah kari telur dan roti jala untuk sarapan dan makan tengahari , sekali harung.. senang..
Hmm.. dah selesai keje.. nak baca novel pulak.. so anak-anak dan bapa kepada anak-anak jangan kacau ekk... acik nak bermadu asmara lak ngan novel ni....



The Wedding Breaker, penulis Evelyn Rose.... Layannn..

Friday, 11 January 2013

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS DENGAN TERUNG PIPIT

IHSAN DARI GOOGLE, INILAH TERUNG PIPIT
SUKA TAK MAKAN TERUNG PIPIT... SAYA SUKA KALAU TERUNG PIPIT MASAK SAMBAL CAMNI DAN JUGA KALAU DI LETAKKAN DALAM MASAK LEMAK CILI PADI.. KALAU MAKAN MEMANG TAMBAH NASI BERKALI-KALI ... (tak sangka banyak juga kelebihan terung pipit ni ekk.. (refer kat sini ekk)

Bahan2
Segenggam Terung Pipit
Ikan Bilis
1 Ulas bawang besar
Cili kisar yang telah dikisar dengan bawang besar atau kecil
Sedikit Belacan dalam 1 inci ( kalau ada resdung x yah bubuh pun tak pe)
Sedikit Garam, Gula dan bahan Perasa
1/2 Minyak untuk menumis (ikut berapa banyak cili yang hendak kita masak)-(update 1/2 cawan ekk jgn bubuh 1/2 botol lak)...
Sedikit air asam

Cara2nya
1. Tumiskan Ikan Bilis dan Bawang besar (sekadar layur sahaja iaitu sekejap kemudian keluarkan dari kuali)
2. Tumiskan juga Terung pipit, agak2 dalam 2 minit atau pun kelihatan kecut sedikit kemudian keluarkan dari kuali.
3. Tumiskan Cili kisar sehingga naik minyak, kemudian masukkan ikan bilis dan bawang yang telah dilayur itu..
4. Masukkan garam, gula dan bahan perasa
5. Akhir sekali perah kan asam jawa, biar mendidih. Tutup api dan hidangkan...





Friday, 23 November 2012

Cekodok/cucur nasi udang geragau..

KENGKAWAN PLEASE CLICK ME DULU YEK..


Saya mengaku..saya dan anak-anak memang suka cekodok, cucur atau what ever the name is... , tak tahu nak cakap sehingga tahap fanatik 'in other word .. obsess' dah ni.. hehhehe.. tak dapat makan nasi pun tak pe.. leh gitu..Semua saya cekodokkan (eh ada ke ayat tu... kira halal aje le).. Cucur kentang, cucur jagung, Carrot, pisang, labu, hot dog, burger, makaroni, bawang, ikan bilis, tepung saja, bonito flakes, daun ketumbar, daun kucai, daun sup, epal hijau, labu, pisang....dan banyak lagi... (tapi lebih suka yang savoury rather than sweet)

Bahan-bahannya

2 @ 3 cawan tepung gandum
segengam nasi 
1 biji bawang besar 
1 ulas bawang putih 
segengam udang geragau
Garam  secukup rasa 
Cili kisar (saya x letak pun sbb anak-anak nak makan)
1 sb gula (saya tambah)
sedikit Daun bawang & daun sup (saya x letak pun)
2 atau3 cawan air 
Minyak untuk mengoreng

Cara-caranya
Nasi putih, bawang besar dan garam & gula di kisar bersama air sehingga nasi hancur, kemudian letakkan ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan tepung dan kacau sehingga sebati (agak2 le tepung dan air tu ya, kalau adunan likat tambah air dan kalau cair tambah tepung), kemudian masukkan udang geragau, kalau ada daun bawang dan daun sup serta cili kisar boleh le masukkan sekali. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng sehingga adunan tepung habis

Suka cekodok nasi ni sebab ... cekodok kita sedap dan lembut sampai ke petang.. percayalah saya tak tipu pun...



Wednesday, 21 November 2012

Isi ikan Goreng Tepung

Ada sape2 tak anak2 dia kurang makan ikan .... saya angkat tangan.. memang anak saya susah nak makan ikan , tapi ikan keli goreng makan lak.. so dalam usaha saya nak encourage depa makan ikan saya cuba resepi ini, alhamdullilah feed back amat memuaskan.. first impression depa "Umi ape ni, makan goreng pisang  dengan nasi..... " heheheh dont judge a book by it cover..... yang penting sedap .. Thanks for Nava for giving me an idea to encourage my children to eat fish, as we know fish contain more DHA and Omega oil that good for our kids. refer kat sini untuk khasiat2 ikan ekk...  Saya gunakan "batter" dari resepi nava, simple dan mudah.. Ikan yang saya gunakan hanyalah ikan gelama aje ye.. yang telah saya buangkan tulang dalam istilah omputih "de bone" atau "fillet".(baru tahu pun istilah ni dari master chef Malaysia)

gambar dari gugel: inilah ikan gelama..
Bahan- bahan untuk ikan

Fillet ikan gelama dari 3 ekor Ikan (buat le sendiri .. camne gaya pun asalkan x de tulang ye)
2 biji putih telur (asingkan 2 bekas)
1 Cwn tepung beras
Minyak masak untuk mengoreng
Lada hitam (saya tambah)
Kunyit serbuk (saya tambah)
Garam secukupnya

Cara-caranya

Lumur kunyit garam dan lada hitam pada ikan dan biarkan sebentar. Kemudian saya celupkan pada bekas pertama putih telur dan guling-gulingkan atau ratakan seluruh ikan dengan tepung beras tadi kemudian celupkan kembali putih telur di mangkuk ke dua dan "deep fry" ikan tadi sehingga masak.Buat sehingga isi ikan habis dan kemudian boleh di hidangkan... 

Jangan gelak tau kengkawan.. memang macam goren pisang...

Wednesday, 14 November 2012

Masak lemak Kuning ikan Tongkol

Masakan yang saya masak untuk anak-anak saya yang memang kurang makan makanan pedas tapi kalau nak pedas kisar aje cili padi saya hanya guna cili hijau aje ..ye le kanak-kanak riang nak makan ekk..


Bahan-bahan:

Santan 
Ikan Tongkol
2 btg Cili Hijau ( di buang biji)
2 Biji Tomato
Kunyit serbuk
Bawang (di tumbuk atau di kisar halus)
Sedikit garam

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan kecuali Cili hijau dan tomato, kedalam periuk dan masak sehingga ikan tongkol masak.
2. Masukkan tomato dan cili hijau dan tunggu mengelegak atau tomato dan cili lembut sedikit. Tutup api dan hidangkan..

Wednesday, 17 October 2012

Mi Celup

Heheheheh.... tak de resepinyer yer kawan2 pasai saya pun first taim makan mi ni... Masakan orang Kelantan katanya.. tapi rasanya macam mi sup cuma adalah di letak sedikit serbuk cili (rasanya), buah limau dan kicap pedas pas tu pelik sket ada lak daun kangkung segar ... sape2 yang asal dari Kelantan mesti dah selalu makan camgini ekk... kasi komen sket....


Sambal Tumis Ikan bilis Bondaku


Mak saya kalau ada aje sedara mara yang datang, pasti akan bertanya tentang masakkan sambal tumisnya, memang sedap dan marbeles (psst puji kasi tahap mael lambong sket, heheheh saje melawak aje ekkk.. masakan ibu manalah yang tak sedap, suma sedapkan kekadang masak ikan goreng pun dah nikmat rasanya). Ari ni saya nak kongsikan tips2 yang selalu mak saya titipkan....

Bahan2

Ikan Bilis
1 Ulas bawang besar
Cili kisar yang telah dikisar dengan bawang besar atau kecil
Sedikit Belacan dalam 1 inci ( kalau ada resdung x yah bubuh pun tak pe)
2/4 cawan santan
Sedikit Garam, Gula dan bahan Perasa
1/2 Minyak untuk menumis (ikut berapa banyak cili yang hendak kita masak)-(update 1/2 cawan ekk jgn bubuh 1/2 botol lak)...
Sedikit air asam

Cara2nya
1. Tumiskan Ikan Bilis dan Bawang besar (sekadar layur sahaja iaitu sekejap kemudian keluarkan dari kuali)
2. Tumiskan Cili kisar sehingga naik minyak, kemudian masukkan ikan bilis dan bawang yang telah dilayur itu..
3. Masukkan Santan dan biar mengelegak masukkan garam, gula dan bahan perasa
4. Akhir sekali perah kan asam jawa, biar mendidih. Tutup api dan hidangkan...