Showing posts with label DESERT. Show all posts
Showing posts with label DESERT. Show all posts

Tuesday, 10 March 2015

SAGO GULA MELAKA

Sekarang ni musim panas membahang di tengahari, tapi kekadang bila petang di tempat saya (Sri Gombak) hujan. Tapi bila waktu panas begini memang sedap kalau dapat makan desert sejuk-sejuk memang heaven sungguh. Saya buat malamnya, tengahari baru saya makan dengan famili, sedap dan nyaman, satu tak cukup pulak kena tambah 2 dan lagi dan lagi. Anak-anak saya pun suka sangat makan. Resepi saya copy paste dari blog Mat Gebu yer, kalau nak tengok gambar yang lebih cantik boleh la pergi ke blog beliau. Gambar saya ni ikut dann.. aje, sebab tak sabo dah nak makan.


Sumber resepi : MAT GEBU
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biji sago rumbia
2 liter air (untuk merebus biji sago)
300 ml santan pekat + sedikit garam, kacau rata (saya guna susu cair sahaja yang telah saya renehkan sedikit)
60 gram gula Melaka, potong kecil*
100 gram gula pasir*
3/4 cawan air*
1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)


CARA MEMBUATNYA :-)

Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih). Tapis dan bilas bawah air paip untuk membuang kanji sago.

Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda (che mat guna acuan apam atau acuan agar2 berbentuk hati). Isi penuh2, buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit). *** saya cuma masukkan dan padatkan dalam loyang dan sejukkan saja. Setelah sejuk saya potong-potong berbentuk kiub.
.
Keluarkan dari acuan (longgarkan tepi2nya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk.....hmm tak cukup satu lahh.

Tuesday, 18 November 2014

HOMEMADE CAFE LATTE....

Perut dah kenyang... hati banyak senang... rasa nak happy saje. OOO it's time for coffee. Baru mencuba coffe latte dari nescafe ni.. memang sedap, lagi-lagi di tambah dengan whipping cream dan salted caramel macam dalam gambar paket tu...... ooooo heaven.. sekali makan pulak dengan homemade apple crumble dengan aiskrim... mak aihhh memang macam di ulit mimpi... poyo aje ayat tu.. almaklumlah lama dah tak menjengah blog ni... mesti kengkawan pelik.. datang syehhhh dia kemain banyak update blog... kalau syehhh tak mari .... jangan harap lah nak update blog ni ... kekadang berhari, kekadang berbulan dan ada juga yang makan tahun.... hehehehe harap maklum yer kengkawan... kita berblog taim ofis our... so taim lunch le baru nak update segala bagai... Jom skodeng resepi main-main saya ni... tak tau le sampai ke tahap kopi bin atau starbak.... tapi kalau kat tekak saya memang sedap ooooo.....
NESCAFE LATTE YANG SAYA GUNAKAN



bahan-bahan
1 paket caffe latte nescafe
1/2 cawan whipping cream (di pukul gebu, tak pakai semua pun sekadar topping di atas caffe latte)
sedikit karamel.. (resepi sila rujuk sini, ini pun lebihan buat aritu.. sedap oo makan jimat2 ni)

cara buatnya
bancuh caffe latte dengan air panas, topingkan dengan whipping cream yang telah dipukul dan di drizzle dengan salted karamel..... mudah kan tapi kalau nak lebih sedap lagi sila beli di stabak atau kopi bin yer.....

Tuesday, 23 September 2014

PAVLOVA

Senang sangat buat pavlova ni... sedap makan taim sejuk-sejuk.... whoaaa nyaman sungguh.. memang manis tapi bila pekena ngan buahan yang masam tu memang ngam sungguh..

Bahan-bahan

4 biji telur putih (gred A)
1sudu teh cuka
1 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula kastor  (ikut resepi guna 1 cawan)
sedikit esen vanilla
buahan segar seperti strawberry, kiwi, anggur, peach dll (rekemen buahan yg masam)
1 cawan whipping cream

cara-cara
Pukul telur putih sehingga berbuih dan kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis serta esen vanilla dan pukul sehingga bertanduk @ meringue  (apabila mangkuk kita terbalikkan adunan tak jatuh). Kemudian masukkan tepung jagung dan cuka dan gaul sehingga sebati menggunakan spatula.

Ambil kertas baking paper buat bulatan menggunakan loyang kemudian terbalikkan baking paper. masukkan adunan pavlova dalam plastik atau piping beg dan paipkan pavlova mengikut bulatan yang telah kita lukiskan atas baking paper tadi, atau ikut kreativiti kita yer.. setelah selesai, bakar pavlova pada suhu 150 celcius selama 1 jam atau lebih dan pavlova kelihatan keperangan. bila dah masak... tutup oven dan jangan keluarkan pavlova biar dia sejuk dalam oven. Ini bagi mengelakkan pavlova kita crack atau pecah.

Pukul whipping cream sehingga bertanduk dan paipkan atas pavlova. Susun buahan ikut kreativiti kita. Ok siap.. Jom makan..

Wednesday, 21 November 2012

Pinkish Durian Crepe

Hehehee.. saya nak kasi havoc gak, orang dok sibuk2 wat durian crepe saya pun nak join the group gak... Resepi saya skodeng dari QH dan Ibu Lala, . Sebelum ni saya pernah buat DC ini di kala DC ni tak segelemer sekarang. So saya amik resepi yang paling mudah ye...


Bahan-bahan untuk Crepe
500ml santan
3 biji telur
sedikit garam
1 cawan tepung
2 sudu gula
pewarna pink

Cara-caranya
Wisk semua bahan sehingga sebati dan tapis.. kemudian tebar atas non stick pan seperti kita buat kuih dadar ya..... sejukkan sebelum meletakkan intinya.

Bahan-bahan inti
Isi durian (saya masakkan dengan 5 sudu besar santan , sbb saya takut isi durian masam, tak buat pun takpe)
Whipping cream yang telah di pukul sehingga kental

Cara untuk assemble crepe
Letakkan whipping diatas kulit crepe, kemudian isi durian dan letakkan sekali lagi whipping cream dan bungkus le ikut kreativiti sendiri ya. (psst : pendapat saya ye : kalau kulit crepe nipis lagi mudah hendak di lipat)



Monday, 15 October 2012

Tart telur

mengot-mengot tart ni.. tapi alhamdulilah sedap..


Sumber dari Myresepi : Hanis

Bahan-bahan ( 30 keping )

  • PASTRY
  • 200g butter
  • 80g gula aising
  • 360g superfine flour
  • 1biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
SAYA TAK BUAT PUN PASTRY TU SEBAB SAYA GUNAKAN PASTRY READYMADE CAP KAWAN...
  • FILLING :
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula (saya guna 3/4 cawan aje)
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
  4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
  6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
  7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati
  8. Kemudian masukkan fillin dalam Shell tart tadi dan bakar sekali lagi sehingga selama 10-15 minit dengan suhu 180'


Thursday, 16 August 2012

TRIPPLE CHOCOLATE TRIFFLE



Melayan tekak di bulan puasa. Tak rugi saya mencuba mmg mabeles le triffle ni. Rekaan saya sendiri tapi menggunakan resepi yang sedia ada.. Sesiapa yang suka coklat mmg heaven kalau dapat makan triffle ni....Bahagian bawah sekali saya letak kek coklat moist (kek yang tak abis di makan oleh anak saya). Second layer saya letakkan Chocolate Mousse dan yang paling atas sekali saya letakkan Rich Chocolate pudding. Asalnyer saya sediakan menu ni untuk di bawa di majlis pot luck office saya. Malangnyer saya tak dapat hadir disebabkan alasan yang tak dapat dielakkan oleh pihak suami saya.. Jadi saya redha aje.. hahahahha (ayat poyo aje, tapi di ati agak frust sbb x dpt hadir). So kami korbankan triffle ni kat umah mak saya bersama adik beradik saya yang lain.. mmg sedap, macam makan ais krim.







Best Chocolate Moist Cake

Ingredients

A

2 Cawan Tepung

2 Cawan Gula

2 sdk Baking Soda

1 sdk Baking Powder

3/4 cup Cocoa Powder

1 Cawan minyak masak

B

1 Cawan Buttermilk (1 cwn susu + 1 sdk cuka)

1 Cwn air panas

1 sdk Esen Vanilla

2 bj telur


How to make


1. Ayak Bahan A

2. Campurkan semua bahan B dan Pukul dengan hand mixer sehingga rata kemudian masukkan bahan B pukul hingga sebati.

3. Gliss loyang dengan butter dan masukkan adunan .

4. Bakar pada suhu 150' dalam 45 minit atau 1 jam...







Chocolate Mousse
140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus

Penyediaan Mousse.


Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.

Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).

Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.

Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.

Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.

Masukkan no.3 dan no.4 ke dalam no.5. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang kek. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.




Rich Chocolate Pudding

Bahan-bahan

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung ( saya guna tepung kastard)
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter ( saya letak 2 sudu besar je)
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.


Nota: semasa mencurahkan Puding, make sure puding sejuk sikit (make sure le belum keras jadi puding lagi). Jangan lupa juga lorekkan dengan permukaan moouse dengan garpu dahulu sebelum meletakkan puding coklat.

Thursday, 26 July 2012

Jeli Kelapa Muda

Sedap makan taim bulan Ramadhan ni, di samping dapat menyejukkan badan rasanya pun sedap jugak.. Memang selalu guna resepi di bawah ni sbb ahli keluarga saya ramai, kalau dah makan satu mmg nak menambah aje.. lagi2 kalau makan sejuk2

Sumber : my resepi 
Oleh : hasiah63



Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar - yg clear
2 cawan gula pasir - klau nk manis, lebihkan
8 cawan air kelapa - 2 biji kelapa muda
8 cawan air biasa
2 helai daun pandan
Isi kelapa

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan, kecuali isi kelapa. Masak hingga mendidih.

2. Masukkan isi kelapa dalam cup kecil-kecil, ikut suka la nak banyak mana.

3. Kemudian, tuangkan adunan jeli tadi ke dalam cup yang berisi kelapa, sejukkan.

4. Kalau air kelapa banyak, boleh kurangkan air biasa.

Wednesday, 27 June 2012

PROJEK BESO : PEMBIKINAN EGGLESS CARAMEL..


Beso lah sangat.. tak de le besar mana pun.Saya suka makan Caramel tak kira lah eggless ke atau tidak. Tetapi oleh kerana projek ini berjalan semasa saya sedang membentuk tubuh badan so, better kita avoid egg yek....Resepi seperti biasa le amik kat my resepi ekk..

Resepi oleh : Firasyira
Tokang ulang buat : Mayangsayang



Bahan-bahan
A)
 2 senduk gula
B) 
1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula
C) 
1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh vanilla
(Campur sebati semua bahan C)




Cara-cara
1. hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..

2. Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang besi gula hangus.

3. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).

Friday, 20 April 2012

Puding roti dengan Sos Kastad

Buat makan petang memang amat sesuai, resepi entah dari mana lupa lak.. dok gugel.. sampai tak tau sumber dari mana...
abaikan tangan domok tu ekkkk...
sumber : hana memories

 Bahan-bahan
  • 8 keping Roti
  • * 500 ml Susu segar
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 2 sudu besar Butter- cairkan
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu teh Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar Kismis

Cara-caranya

  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
  4. Taburkan kismis diatas adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Untuk Sos Kastard

  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
  • 2 s/b gula
Cara-cara

Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.


Friday, 9 December 2011

Puding Karamel










Aritu ada kawan hubby ode Puding karamel.. tapi saya malas nak wat yg ada telo.. ye le takut x tahan lama lak.. so saya buatkan puding ini yg hanya menggunakan agar2 aje.. resepinyer saya amik dari myresepi


Bahan-bahan ( 10 orang )

  • A) 2 senduk gula
  • B) 1 bungkus agar-agar serbuk
  • 4 cawan air
  • 2 1/2 senduk gula
  • C) 1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu vanilla
  • (Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara

  1. hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..
  2. Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minitn @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  3. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).