Musim panas ni, macam-macam penyakit yang datang. Di rumah saya habis anak-anak demam berjemaah, kesian pula tengok. Asyik ulang pergi klinik dan hospital sahaja. Lepas seorang, seorang kena demam, batuk, selsema dan sakit tekak. Memang pakej lengkap. Bila dah demam ni selera makan pun takde kan. Saya buatkan bubur lambuk untuk anak-anak saya. Memang best makan bubur lambuk ni, lepas makan confirm keluar peluh-peluh jantan... hahahahhaha... di samping tu memang banyak khasiatnya. Resepi ni ikut sedap saya aje. Entah ke idak bubur lambuknya, hentam sajalah labu, asalkan ada iras-iras rasa bubur lambuk kampung baru tu kira ok la kan. Tapi saya tak letak santan, dan rasanya ada rempah ratus lain yg saya tak letak, contohnya halba. bukan ape. ini takat stok-stok rempah yang ada kat rumah saja. Mana rempah yang selalu guna tu, adalah kat rumah.
BAHAN-BAHAN
Garam secukup rasa.
1 genggam Beras
Garam secukup rasa
1 kiub ayam
1/2 sudu teh Lada Hitam (untuk di letak dalam bubur lambuk)
sedikit bawang goreng
BAHAN BASAH
Sedikit Daging (potong kecil2) (lebih kurang 100-200grm)
Sedikit isi ayam (Lebih kurang 200 grm)
Sedikit Udang
BAHAN TUMISAN
3 ulas Bawang Merah (hiris)
2 ulas Bawang Putih (hiris)
2cm Halia (hiris)
3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
1 buncut rempah sup (yang ikat dalam kain tu)
3 sudu besar minyak masak untuk tumisan
BAHAN SAYURAN (Boleh letak sayuran yang kita suka yer, saya letak macam-macam dalam bubur ni)
Segenggam Lobak Masin (hiris nipis2)
1 btg lobak merah
sedikit Kobis bunga (dalam sejambak kecil)
Sedikit kacang buncis (dalam 5-6 batang)
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
1 biji Kentang ( di potong kiub)
Cara-caranya
1. Saya basuh beras dan masukkan dalam periuk, kandungan air kenalah banyak yer, masukkan juga rempah buncut dan kiub ayam dan saya masukkan juga semua bahan basah, renehkan seketika.
2. Apabila dah nak kering saya tambah air lagi, pastu saya letakkan suma sayuran (kecuali daun sup dan daun bawang) kemudian saya reneh lagi sehinggalah semua sayuran sudah empuk.Saya kerap tambah air yer dalam bubur, sehingga mendapat konsintensi bubur yang saya inginkan.
3. Kemudian masukkan lada hitam dan kacau sehingga sebati. (saya suka letak banyak sedikit) biar berpeluh
4) Kemudian saya tumis darat bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Lepas tu masukkan pula rempah 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga). Dan saya letakkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk bubur, kacau sehingga sebati, barulah saya masukkan daun bawang dan daun sup dan tidak lupa garam secukup rasa, kacau lagi, apabila telah mendidih barulah saya tutup api
5) Jangan lupa taburkan bawang goreng di atas bubur lambuk tersebut.
BUBUR ORG TAK DMM PUN ADA SELERA JUGA TU..
ReplyDeleteSEMOGA ANAK2 CPT BAIK YE...
MUSIM AGAKNYA..
saya suka makan bubur nak buatnya tu leceh skit. hehe.
ReplyDeletemacam sedap je rupa dia.. sah orang yang tak demam makan lebih dari yg sakit..hahaha
ReplyDeletex letak santan?
ReplyDeleteYer.. Saya x letak santan. Sebab tak suka berlemak sgt. Tp klu nak letak tak salah pn. Lg wangi baunya. Letak dlm 1 cwn apabila bubur di atas api, reneh hingga mendidih
DeleteWah, minggu lepas baru buat bubur lambuk =)
ReplyDeleteSedapnya. Teringin pula nak makan..:)
ReplyDeleteBalik Insyallah nak suruh isteri cuba laa...Thanks for the recipe.
ReplyDeletesaya buat bubur lambuk pun x letak santan ...
ReplyDeleteLebih kurang je cara kita ni. Sedap kan bubur lambuk ni
ReplyDeletebubur lambuk ni bubur asyura kan... namapk sedap pulak resepi kak mayang nih... leh lah saya try
ReplyDeletebest gak bubur ni
ReplyDeletesesekali pekena bubur sedap kan. bukan kena tunggu time tak sihat bru jamah bubur..
ReplyDelete