Friday, 11 January 2013

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS DENGAN TERUNG PIPIT

IHSAN DARI GOOGLE, INILAH TERUNG PIPIT
SUKA TAK MAKAN TERUNG PIPIT... SAYA SUKA KALAU TERUNG PIPIT MASAK SAMBAL CAMNI DAN JUGA KALAU DI LETAKKAN DALAM MASAK LEMAK CILI PADI.. KALAU MAKAN MEMANG TAMBAH NASI BERKALI-KALI ... (tak sangka banyak juga kelebihan terung pipit ni ekk.. (refer kat sini ekk)

Bahan2
Segenggam Terung Pipit
Ikan Bilis
1 Ulas bawang besar
Cili kisar yang telah dikisar dengan bawang besar atau kecil
Sedikit Belacan dalam 1 inci ( kalau ada resdung x yah bubuh pun tak pe)
Sedikit Garam, Gula dan bahan Perasa
1/2 Minyak untuk menumis (ikut berapa banyak cili yang hendak kita masak)-(update 1/2 cawan ekk jgn bubuh 1/2 botol lak)...
Sedikit air asam

Cara2nya
1. Tumiskan Ikan Bilis dan Bawang besar (sekadar layur sahaja iaitu sekejap kemudian keluarkan dari kuali)
2. Tumiskan juga Terung pipit, agak2 dalam 2 minit atau pun kelihatan kecut sedikit kemudian keluarkan dari kuali.
3. Tumiskan Cili kisar sehingga naik minyak, kemudian masukkan ikan bilis dan bawang yang telah dilayur itu..
4. Masukkan garam, gula dan bahan perasa
5. Akhir sekali perah kan asam jawa, biar mendidih. Tutup api dan hidangkan...





14 comments:

  1. nampak cam sedap je tu kak. terliur saya dibuatnya. tak pernah try pun terung pipit ni. huhuhu

    ReplyDelete
  2. lame tak mkn trung pipit ni....dlu time ada mak lg mak slalu gak bt.. :)

    ReplyDelete
  3. mak mertua suke wat sambal camni...

    ReplyDelete
  4. Tak pernah plak buat sambal tumis ngan terung pipit, selalu ngan petai jer. Tapi kak kak, terung ni ada rasa pahit gak kan ☺☺

    ReplyDelete
  5. memang sengaja la mayang ni
    menjejeh ayaq lioq teman
    terung pipit tu buek masak lomak pon..mabelesss!!
    bak sepiring...
    :)

    ReplyDelete
  6. Terbaik...aku pon wat sama cam resepi ko ni, cuma cili kering tu aku kasi tukar sama cili api. Dan aku punya kering sikit. Sedap kan??

    ReplyDelete
  7. Terbaik le....aku nye resepi sama cam ko jugak, cumanya kasi tukar itu cili kering dgn cili padi...best woh! Tapi akunye versi kering sikit la....letak sikit je ayor nye.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya mayang.....lama tak makan terong pipit nie....buat sambal...

    ReplyDelete
  9. lama benor tak makan terung pipit ni

    ReplyDelete
  10. Bestnya..pernah makan terung pipit ni..sedap and very crunchy ...

    ReplyDelete
  11. mesti sedap..lama sudah nda makan terung pipit ni

    ReplyDelete
  12. Selamat Sejahtera. Kawan kawan!!! Nak tak income Rm900 sehari??..FREE REGISTER... Tiada
    apa2 bayaran dikenakan.. (Kalau anda rasa program ni menipu, anda tidak
    rugi apa2 pun, anda tak perlu keluar modal pun kan??..) tak perlu cari
    orang, tak perlu jual barang.. Anda
    perlu open link dibawah dan register.. anda terus dapat
    USD25×3.4=RM85.00..lepas tu anda akan dapat link anda sendiri dan copy
    ayat2 saya ini.. paste kt fb,tweeter,wechat,wassap dan sebagainya..
    setiap orang yang buka link anda, anda akan terima USD10
    ×3.4=RM34.00..MUDAH kan..??anda boleh pilih samaada duit masuk ke acc
    bank anda atau CEK dipos ke alamat rumah anda.. Ramai yg dah register
    PERCUMA..cuba klik link ni tak salah mencuba kan.
    http://peruserpaid.com/?ref=36640

    ReplyDelete