Showing posts with label LUAHAN RASA. Show all posts
Showing posts with label LUAHAN RASA. Show all posts

Friday, 15 January 2016

LAMA TAK JENGUK BLOG..

SHUH.. SHUH..... Aiseymen, memang lama dah tak update blog ni, nak kata bz tak juga tapi biasa la bila kemalasan melanda memang apa pun tak boleh. Blog kengkawan pun dah lama saya tak jengah. Semoga sihat belaka yer dari blogger picisan seperti saya yer. Jangan di picit2 saya udah le. Sebelum itu masih sempat juga yer saya nak ucapkan selamat tahun baru buat semua kengkawan dan semoga tahun ini mendatangkan lebih rezeki kepada anda semua. Tahun ini banyak juga perkara yang mencuit hati saya dari masalah pelarian Syria (adehhh menitis air mata saya kalau mengenangkan mereka ni tau), sahabat-sahabat di Palestine (ini pun selalu merobek2 hati saya), masalah Amira (seyes dik akak memula sangat bersedih dgn kehilangan awak tau.. tapiiiii... haktuiiiii boleh bertuko akak jadi hijo tau di buatnya setelah akak tau perkara sebenar), isu belanjawan 2016 (ada perkara agak menduka citakan akak gak), isu review restoran fizomawar, isu photo album kawin (adehh ini pun masukkan jugak ke), isu UPSR (tahun lepas anak akak amik dan akak redha dengan keputusannya.. hahahha), isu tembak menembak di Paris dan banyak lagi. tak tertulis akak di sini yer. Apa pun semoga tahun ini menjadi tahun terbaik untuk kita semua.... Amin.......

Sebelum itu layan gambar mak budak dan bebudak yer....

umi wt aiman 

aiman + kakak

hah yang ni aiman poyo, mintak gigit.. haishh geram tgk...


Thursday, 25 June 2015

HADIAH DARI ZALORA



HAMBOI, SERONOK SANGAT HARI NI, ALHAMDULLILAH DAPAT REZEKI KASUT RAYA HARI NI. DISKAUN BAUCER DAH DAPAT LAMA, HASIL DARI ARTIKEL COLABRATION DENGAN ZALORA HARI TU. SEMALAM BARU NAK REEDEM BARANG. SERONOK KEMAIN LAGI...  HARI NI MAKCIK MANIS SANGAT SEBAB ASYIK SENYUM SAMPAI KE TELINGA SEBAB DAPAT KASUT RAYA. BEST SANGAT, SUKA SANGAT. LAIN KALI ZALORA AJAK SAYA BUAT COLLABRATION LAGI YER...




Thursday, 26 March 2015

IKAN BAWAL MASAK SOS

Salam, semoga hari ini lebih baik dari semalam dan saya harap kengkawan semua sihat sejahtera. Sekejap sahaja dah sampai hari Khamis. Cepat betul masa berlalu. Pejam celik esok dah hari Jumaat. Alhamdullilah masih lagi kesempatan mencoretkan sedikit di dalam blog ini kan. Cuma kebelakangan ni saya sedikit terganggu dengan pelaksanaan GST yang bakal dijalankan pada bulan April ini. Belum lagi GST bermula tapi kebanyakkan barang sudah mula naik, even pengangkutan awam pun dah mula naik harga. Aduhhh... macammana le nanti nasib kita bila GST ni dah bermula. Kalau PM dengar suara rakyat marhaen ni.. tolonglah mansuhkan GST ni.. If service tax aje macam dulu dah ok dah tapi please no Goods Tax. Kami rakyat marhaen ni sangat terkesan. Terbaca pula luahan rasa Saiful Nang, sangat setuju dengan pendapat beliau.

Ehhh, membebel banyak pula saya, semalam saya sempat memasak ikan bawal dan sayur kacang bendi goreng aje untuk anak-anak. Alhamdullilah ada juga rezeki untuk makan... Jom kita tengok resepi campak-campak saya ni. Mudah aje dan yang penting cepat kannn...



Bahan-bahannya

2 ekor ikan bawal - dibersihkan dan di gorengkan
2 s/b cili kisar
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
1 biji bawang besar - potong bulat
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 inci hali - hiris halus
1/2 cawan air
Garam
 5 btg cili padi
Nota: Boleh juga tambah potongan nenas ataupun timun yer dan juga buah tomato, tapi saya tak letak pun sebab takde stok yer.

Cara-caranya

1 Tumis halia, bawang putih dan cili padi hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan cili kisar pula dan masak hingga garing dan pecah minyak.

3. Selepas itu, masukkan sos cili & sos tomato. Kemudian masukkan air.

4. Biarkan mendidih, masukan bawang besar dan kacau sekejap.

5. Akhir sekali perasakan dengan garam.

6. Tuangkan kuah atas ikan yg digoreng tadi. Dah siap :)

Friday, 13 February 2015

AL FATIHAH


12 Februari. Tarikh yang sama as-syahid Imam Hasan Al-Banna meninggal dunia. Kita di sini mungkin sedih dengan permergiannya tetapi tok guru mungkin sedang senyum gembira di sana. Insyallah syurga baginya. Malam Jumaat bertemu pencipta. Tanpa hisab. Petanda orang baik ALLAH tunjukkan... Tenanglah tok guru di sana.

Bagaimana dengan nasib kita pula... apakah caranya.. bagaimana pengakhiran kita...

Harus diingat
Kita hanya musaffir
Yang didatangkan
Menghuni alam
Hanya sementara
dan pasti akan dijemput
untuk pulang..............


Thursday, 8 January 2015

DIGITAL MEASURING JUG


Dah lama mengidam alat penimbang ni. Akhirnya tercapai juga memilikinya. Ada harga istimewa dari Cosway RM29.90 saja, start dari 5 Jan 2015 aritu. Kalau nak beli kat DIY pun harga standard dalam rm70 ++++. Weiii... tak sabar nak guna tau.... Nampak sangat POYOSSSSS.... kan... hahahahahah.. lantak la... asal acik senang ati kannn....

Friday, 5 December 2014

KEBABOOMM... MELETOP SUDAH..


MALATOP SUDAH.... AGAKNYA DIA MINTAK REHAT TAPI TUAN TANAH ASYIK SUOH DIA PUSING AJE.... TERUS MERAJUK.... TERBAKAR SUDAH.... ADEH SAYANGNYA.. BANYAK SANGAT BERJASA...... LET IT GO...LET IT GO..... LET IT GO... LET IT GO....... HUHUHUHUHUHUHU... LOVE YOU SO MUCH.....

Tuesday, 7 October 2014

KESESAKKAN DI LEBUH RAYA UTARA SELATAN

MASIH SEMPAT LAGI RASANYA SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT KAWAN-KAWAN SEMUA. HARI INI SUDAH MULA BEKERJA TAPI YA ALLAH MENGANTUKNYA. PERJALANAN PULANG DARI KAMPUNG SEMALAM MEMAKAN MASA 10 1/2 JAM. ADEH NAIK SAKIT BADAN-BADAN NI. KALAU TAK MENGENANGKAN ADA KERJA HARI NI MEMANG DAH AMIK MC ARINI. SAMBIL BUAT KERJA SAMBIL TERSENGGUK-SENGGUK. BERTOLAK DARI ALOR SETAR KEDAH PUKUL 4.30 PETANG SAMPAI RUMAH PADA PUKUL 3.00 PAGI. WELL, BUKAN RAYA KALAU TAK JEM KAN....... HAHAHAHAH....


Thursday, 23 May 2013

CHOCOLATE FREE

Hari ni bos bagi coklat free kat saya.. tenkiu bos.. lenkali saya keje dengan lebih rajin sekali.... hahahah poyo aje suma tu...



Thursday, 9 May 2013

CPUV TU APE?

Arini check mr Nuffnang ada lak rekod CPUV.. sebelum ni memang tak penah ada pun...


MINTAK TOLONG KLIK LINK2 BAWAH NI...

HARON AZIZ & LISA SURIRUMAH       BELAKBERI   BEG CANTIK2   SAMSENG  KO

MINYAK WANGI

Wednesday, 8 May 2013

INI MAKANNYA....

TAK TAHU LA KENAPA HARI NI SANGAT MENGANTUK... SAMPAI KE TAHAP TAK BLEH DI TAHAN2 LAGI.. PERCAYA TAK? TADI MASA TENGAH TAIP SAYA BOLEH TERLELAP SEKEJAP... ADOILA KENAPA NI? SELALU SAYA KALAU NGANTUK TAHAP CAMNI BILA SAYA MENAMBAH BILANGAN KOLEKSI KELUARGA JEK (PAHAM2 LE SENDIRI EKK.. TU AYAT2 MUNGE2 SAYA).. HAAAAHHHH.... AMBIK KO INI MAKAN DIA.... JOM MINUM KOPI... JGN INGAT ORANG TUA AJE SUKA KOPI TAU SAYA NI MEMANG PENGEMAR KOPI TEGAR.. TAPI BUKAN LE TAHAP KOPI STARBAK DAN KOPIBIN TU EKK SAYA NI MAIN YANG CAP MALAYSIA AJE...

KOPI KAUU SATUUU......

PEKAT... LIKAT LAGI LEGAM.... NASIB BAIK SAYA TAK LETAK SERDAK2 DIA KALAU TIDAK KENA TAPIS GUNA GIGI........ HEHEHEHE..

Saturday, 4 May 2013

DAPAT DIAH DOMPET TAU.. KO ADE???

NGADE2 AJE TAJUK TU KAN.... HAHAHA, SAJA NAK BAGI TAU DAPAT DOMPET COMEL NI TAU DARI CEKGU TADIKA KEMAS ANAK SAYA.. ARITU ADA WAT TAHLIL UNTUK TADIKA ANAK SAYA YANG BARU DI RENOVATE. SILAPNYER CIK SOMI SAYA INFOM MEJLIS STAT PUKUL 2.00, SAYA NI BERKOBAR-KOBAR LE PEGI. SAMPAI SANA SATU PUN X SIAP LAGI.. CEKGU KATA NAPA SAMPAI AWAL KAK? MAJLIS START PUKUL 3.00...BAYANGKAN SEMANGAT KE IDAK KUL 1.30 DAH SAMPAI SEKOLAH ANAK...HEHEHEHE, SO DENGAN PENUH KERAJINAN DAN TAWADUK ACIK MENUNJUKKAN SKIL KEMAS MENGEMAS.. PASANG MEMASANG, SUSUN MENYUSUN KAT CEKGU TU... HEHEHE DATANG AWAL KAN.. X TAU NAK WAT APE.. SO RINGAN2 LE KAN TANGAN NI... ITU BELUM CUKUP DENGAN MENUNJUKKAN SKILL MEMASAK BIHUN GORENG LAGI TU... HAHAHA... POYOS AJE KAN... X DE LE, SEBENARNYER AKAK X TAU NAK WAT APE.. NAK WAT BODO AJE MACAM TAK SESOAI AJE KAN ... BUKAN NAK MENUNJUK2 TAPI MEMANG SAYA EKLAS CIKGU.. BETUL... TAK SANGKA ESOK TU CIKGU TU DIAHKAN SAYA DOMPET NI... MALU SAYA... ALAHAI CEKGU .. TOKSAH LE BERBAGI DIAH BAGAI... MEMANG NIAT DI ATI NAK MEMBANTU, AKAK NI BUKAN JENIS DUDUK DIAM .. MEMANG SUKA KERJA BELAKANG TABIR NI... HEHEHE..
DAPAT DOMPET.. SUKERNYER...

Wednesday, 17 April 2013

lama tak hapdet blog

Agak busy sekarang dengan sibuk ofis nak odit bagai.. dan sibuk gak pegi kelas2 baking...  Arini baru le nak bukak blog kesayangan ni.. siannyer dah bersawang .... meh nak sapu2 dan mop2 sket..



Kengkawan tolong klik sket.... lg sket aje ni nak cash out...


Monday, 4 March 2013

GUGURNYA PERAJURIT NEGARA

 JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG:

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara...AL-FATIHAH DAN TAKZIAH..!!!

Kredit : Malaysia League Online

SANGAT KEJAM PENGANAS DI LAHAD DATU

Berita hari ini sangat menyedihkan saya, Ya Allah kita sesama islam berbunuhan... Inikah pemimpin yang baik (Kesultanan Sulu) dan saya dapat tahu yang Raja Al Kiram ini sendiri tidak di iktiraf di Kepulauan Sulu sendiri... tetapi kenapa pengikutnya begitu kejam dan tiada belas kasihan.. sedang islam sendiri mengajar kita supaya berbuat baik sesama manusia tidak kiralah apa agama sekali... dan lagi-lagi yang berkaitan dengan tahanan perang.. Hari ini saya baca Berita Harian sangat le terkejut dengan apa yang penganas Sulu itu lakukan, Ya Allah semoga tiada lagi yang menjadi korban, saya ringkaskan apa yang saya baca di akbar berita harian pagi ni,


" Dalam pertempuran di Kampung Sri Jaya, Simunul malam semalam (Sabtu) Seorang pegawai dan lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata.


Insiden di lokasi tersebut telah mengorbankan 6 anggota polis berlaku dengan amat kejam, mereka telah bergegas ke lokasi kerana mendapat laporan kononnya terhadap sekumpulan lelaki bersenjata api,Tiba ditempat kejadian, Anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri,seorang ditembak tepat dikepala manakala 3 orang lagi ditembak dengan menggunakan mesingan. Seorang lagi pada ketika itu dijadikan tembusan dan berakhir dengan kepalanya dipenggal. Seorang lagi mangsa iaitu Ketua Cawangan Khas Daerah (KCKD) yang berpangkat Assiten Supritenden maut selepas di rodok dnengan menggunakan senjata tajam di percayai parang sehingga perut terburai......


Macam ni kah kita orang islam.... sedihnya....... Cepatlah ATM bertindak, Insiden ini memberi pengajaran supaya Malaysia lebih berhati-hati, lebih meningkatkan kawalan baik di udara, darat dan laut. Semua anggota tentera sama ada Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Tentera Laut, Polis, Polis Maritim perlu memainkan peranan lebih efektif sekarang. Mungkin ini satu pengajaran bagi kita...
PENGANAS SULU (GAMBAR DI BAWAH)


Friday, 1 March 2013

PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

Kengkawan sama-sama kita doakan semoga rakan2 kita di Lahad Datu selamat dan begitu juga pejuang-pejuang Malaysia di sana..... Tetapi saya tetap sedih dengan syahidnya 2 orang polis komando kita.. semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka.. Tiba-tiba air mata saya mengalir........

Krisis Lahad Datu- Al-Fatihah 2 Anggota Unit Komando 69 Meninggal Dunia

prk_pg02commando

Sumber : Facebook..

Mesej Ringkas yang Editor Terima
“ALFATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006″ INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU. G/17984 skuad 2/2006″
Anggota yang meninggal dunia diserang mengunakan Mortar ketika sedang berkawal disalah satu pos di sekitar kawasan yang ditawan penceroboh.

info dari facebook juga;



“AL-FATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006″ INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU HARI INI. G/17984 skuad 2/2006″ 

sumber : http://www.facebook.com/supportpdrm

Situasi di LD
Sumber dari : facebook

 




Gempar!!! : TERKINI! Kematian Meningkat Selepas Berbalas Tembakan Di Lahad Datu! - See more at: http://zahranetwork.blogspot.com/2013/03/gempar-terkini-kematian-meningkat.html#sthash.PA7Fw8Un.eesJUclL.dpuf
Gempar!!! : TERKINI! Kematian Meningkat Selepas Berbalas Tembakan Di Lahad Datu! - See more at: http://zahranetwork.blogspot.com/2013/03/gempar-terkini-kematian-meningkat.html#sthash.PA7Fw8Un.eesJUclL.dpuf

PENAH TAK DAPAT CAMNI

Saya tak tau le nape sejak akhir2 ini saya dapat komen dari org2 luar ... ishh takkan glemer sangat blog ni... emmmm musykil saya... penah tak alami perkara yang sama macam saya ni.. kalau ada mintak tolong advise sket apa yang perlu saya buat...


Monday, 25 February 2013

MALASSS...

Dah sampai tahap gaban dah ni... kemalasannya.. sejak akhir2 ini sangat malas nak menghapdet blog.. lagi2 masalah peralatan dan masa yang amat mencemburui.. (maklumla laptop hilang.. nak beli baru kena tunggu bonus lak....) kengkawan tolong kasi sikit semangat anda semua kepada saya sket ekkkk... hahahha kalau leh gitu dah lama saya wat tau...

Hahaha.. gambar ihsan dari gugel tapi amat sesuai dengan saya yg berspek....

ala tomei.. tomeii..


Wednesday, 30 January 2013

Sakit telinga

ihsan dari google..
Start dari last week memang telinga dah pekak sebelah.. dan bila di periksa oleh doktor .. katanya bijih banyak sangat dan likat so, doktor pun bagi le saya ubat titis telinga untuk 5 hari (pandai sangat, mengalahkan doktor, saya perabiskan ubat titis tu dalam masa 2 hari aje, satu kesilapan saya jugak), kemudian doktor minta datang ke klinik untuk proses tembak dgn air telinga untuk keluarkan bijih tu.. Ok.. saya rasa better, so saya amik keputusan untuk tidak follow up dengan doktor tu balik.. berlagak kannn.... tapi sepanjang tu telinga saya sangat le gatal.. kalau dapat korek .. wah heaven nyer...... dan sejak itu timbul masalah..  sebab makin saya korek semakin pekak saya rasa dan lama kelamaan saya rasa ada cecair kuar dari telinga saya.. Wahh cuak saya ni.. sbb ape, nak pegang telinga pun sakit .. sampai guling2 ko... tak tahann... so semalam gi check and doktor infom ada nanah ko,adoila patutle sakit nyuttt... nyuttttt.... ada infeksi kata doktor .. dan tanya track record sakit telinga saya dan saya explained le semuanya, dia geleng kepala  dan memberitahu bahawa ubat titis telinga tu adalah control medicine, so kena ikut prescribe doktor kerana ubat itu seperti acid untuk mencairkan tahi telinga.. kalau salahguna dan dan ubat telinga tu terkena gegendang telinga boleh bocor gegendang telinga kita, seyes, cuak saya sekejap....  so dia berikan saya ubat titis telinga, antibiotik dan tahan sakit (ubat ni saya buang tau.. tu le berlagak sangat) .. Sampai aje di rumah, saya rasa rahang saya macam besar  serta pipi saya bengkak dan tak boleh ketap gigi.... sakit .. ooooo toksah cakap le.... sakit sangat....., makan pun x boleh tau.. (psst : bukan tak nak ekk).. OOOO kurus le saya lepas ni.. Arini, masih lagi menanggung sakit.. dan berharap akan sembuh dalam 3 hari lagi, walau ape pun tetap tabah datang ofis arini, pekerja cemerlangkan saya...So pengajaran yang saya dapat.. jangan le pandai-pandai jadi doktor sendiri, alamat merana diri...

Friday, 25 January 2013

HEPPY BESDAY

Tanggal 25/1/2013, genap le umur saya tuuuuuuttt(sori ekk.. biarlah rahsia)... Happy Besday to me.. and hope saya berjaya dunia dan akhirat dan di murahkan rezeki... amin....

Thursday, 29 November 2012

Your Account being Suspended

Baru nak mesra-mesra & nak kenal-kenal dah kena banned... bosan betul.. Last month saya ada masuk satu group ni .. di samping saya nak berkongsi ilmu dan mentelaah info-info yang ada di situ.. tup tup arini, dah kena banned.. Tak tau le saya ..  ada sumber2 yang otai mengatakan saya ada iklan something kat situ.. memang saya ngaku saya ada wat begitu tapi takde le melampau sangat.. pada pendapat saya le ... Bosan betul dan I'm not in mood right now (speaking omputih dah kuar dah hah..)



kengkawan tolong klik kat gambar2 tu.. Jasa mu di kenang ekk..

campaign image

campaign image