Showing posts with label ANAK-ANAK KU. Show all posts
Showing posts with label ANAK-ANAK KU. Show all posts

Friday, 15 January 2016

LAMA TAK JENGUK BLOG..

SHUH.. SHUH..... Aiseymen, memang lama dah tak update blog ni, nak kata bz tak juga tapi biasa la bila kemalasan melanda memang apa pun tak boleh. Blog kengkawan pun dah lama saya tak jengah. Semoga sihat belaka yer dari blogger picisan seperti saya yer. Jangan di picit2 saya udah le. Sebelum itu masih sempat juga yer saya nak ucapkan selamat tahun baru buat semua kengkawan dan semoga tahun ini mendatangkan lebih rezeki kepada anda semua. Tahun ini banyak juga perkara yang mencuit hati saya dari masalah pelarian Syria (adehhh menitis air mata saya kalau mengenangkan mereka ni tau), sahabat-sahabat di Palestine (ini pun selalu merobek2 hati saya), masalah Amira (seyes dik akak memula sangat bersedih dgn kehilangan awak tau.. tapiiiii... haktuiiiii boleh bertuko akak jadi hijo tau di buatnya setelah akak tau perkara sebenar), isu belanjawan 2016 (ada perkara agak menduka citakan akak gak), isu review restoran fizomawar, isu photo album kawin (adehh ini pun masukkan jugak ke), isu UPSR (tahun lepas anak akak amik dan akak redha dengan keputusannya.. hahahha), isu tembak menembak di Paris dan banyak lagi. tak tertulis akak di sini yer. Apa pun semoga tahun ini menjadi tahun terbaik untuk kita semua.... Amin.......

Sebelum itu layan gambar mak budak dan bebudak yer....

umi wt aiman 

aiman + kakak

hah yang ni aiman poyo, mintak gigit.. haishh geram tgk...


Tuesday, 11 August 2015

MAKIN BESAR MAKIN MACAM-MACAM RAGAM MAKIN JADI RINDU

GERAM KAT BUDAK KECIK NI ARINI, SEMALAM KEMAIN LAGI DIA, TERKEJUT SAYA SEBAB SEKARANG DAH PANDAI AJUK APA YG SAYA BUAT. HE SEE, HE HEAR AND HE IMITATE. KEMAIN LAGI BABY KECIK NI YER, SIAP CEKAK PINGGANG MARAHKAN KAKAKNYA... SEBIJI STAIL SAYA KALAU NAIK ANGIN ... HAHAHAHAHHA

psst:  penat main, umi upah susu sebotol ......




Wednesday, 13 May 2015

SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD ZUHAIR ZHARFAN

HARI INI BIRTHDAY ANAK SULUNG SAYA YANG KE 12. SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH, BERIMAN, BERTAKWA DAN BERILMU. SEMOGA MENJADI PEMIMPIN YG BAIK KEPADA ADIK-ADIK. DAN SENTIASA INGAT ALLAH DAN JANGAN LUPA SOLAT YER SAYANG.

KATANYA NAK KEK CAMGINI.. INSYALLAH NANTI UMI USAHAKAN YER...


Friday, 10 April 2015

MUHAMMAD AMIRUL AIMAN HARUN




INI BABY KECIK SAYA DAH MENJANGKAU UMUR 1 TAHUN, ADOILA CEPAT SANGAT MEMBESAR, RASA MACAM BARU AJE LEPAS BERSALIN. SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH, BERILMU, BERIMAN, BERTAKWA DAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH TERUTAMANYA, IBU DAN  BAPA SERTA KEPADA MASYARAKAT. SEMOGA SENTIASA RAJIN DAN ISTIQOMAH SOLAT BILA DAH BESAR NANTI YER SAYANG.......



Friday, 13 March 2015

BUBUR LAMBUK MUDAH

Musim panas ni, macam-macam penyakit yang datang. Di rumah saya habis anak-anak demam berjemaah, kesian pula tengok. Asyik ulang pergi klinik dan hospital sahaja. Lepas seorang, seorang kena demam, batuk, selsema dan sakit tekak. Memang pakej lengkap. Bila dah demam ni selera makan pun takde kan. Saya buatkan bubur lambuk untuk anak-anak saya. Memang best makan bubur lambuk ni, lepas makan confirm keluar peluh-peluh jantan... hahahahhaha... di samping tu memang banyak khasiatnya. Resepi ni ikut sedap saya aje. Entah ke idak bubur lambuknya, hentam sajalah labu, asalkan ada iras-iras rasa bubur lambuk kampung baru tu kira ok la kan. Tapi saya tak letak santan, dan rasanya ada rempah ratus lain yg saya tak letak, contohnya halba. bukan ape. ini takat stok-stok rempah yang ada kat rumah saja. Mana rempah yang selalu guna tu, adalah kat rumah. 


BAHAN-BAHAN

Garam secukup rasa. 
1 genggam Beras
Garam secukup rasa
1 kiub ayam 
1/2 sudu teh Lada Hitam (untuk di letak dalam bubur lambuk)
sedikit bawang goreng

BAHAN BASAH
Sedikit  Daging (potong kecil2) (lebih kurang 100-200grm)
Sedikit isi ayam (Lebih kurang 200 grm)
Sedikit Udang 

BAHAN TUMISAN
3 ulas Bawang Merah (hiris) 
2 ulas Bawang Putih (hiris) 
2cm Halia (hiris)
3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
1 buncut rempah sup (yang ikat dalam kain tu)
3 sudu besar minyak masak untuk tumisan 


sup buncut

BAHAN SAYURAN (Boleh letak sayuran yang kita suka yer, saya letak macam-macam dalam bubur ni)

Segenggam Lobak Masin (hiris nipis2) 
1 btg lobak merah 
sedikit Kobis bunga (dalam sejambak kecil)
Sedikit kacang buncis (dalam 5-6 batang)
Sedikit daun sup 
Sedikit daun bawang
1 biji Kentang ( di potong kiub)

Cara-caranya
1. Saya basuh beras dan masukkan dalam periuk, kandungan air kenalah banyak yer, masukkan juga rempah buncut dan kiub ayam dan saya masukkan juga semua bahan basah, renehkan seketika.

2. Apabila dah nak kering saya tambah air lagi, pastu saya letakkan suma sayuran (kecuali daun sup dan daun bawang) kemudian saya reneh lagi sehinggalah semua sayuran sudah empuk.Saya kerap tambah air yer dalam bubur, sehingga mendapat konsintensi bubur yang saya inginkan.

3. Kemudian masukkan lada hitam dan kacau sehingga sebati. (saya suka letak banyak sedikit) biar berpeluh

4) Kemudian saya tumis darat bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Lepas tu masukkan pula rempah 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga). Dan saya letakkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk bubur, kacau sehingga sebati, barulah saya masukkan daun bawang dan daun sup dan tidak lupa garam secukup rasa, kacau lagi, apabila telah mendidih barulah saya tutup api

5) Jangan lupa taburkan bawang goreng di atas bubur lambuk tersebut.


Monday, 9 March 2015

Piknik lagi

Salam semua... Tak habis lagi dengan berpiknik lagi yer. Lain yang di rancang lain yang di buat. Biasalah kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya. Pitt stop tak berubah masih lagi di kampung Kemensah. Adik-adik semua tak penah lagi pergi sini dan semua decide nak berkelah di sini, so kami sekeluarga pun ikut saja. Sayang sekali suami tercinta tak dapat join kerana outstation ke Langkawi. Kami berkelah di Kem Isi Rimba, Kg Kemensah, nice tempat dia. Sekepala masuk RM5 dewasa, kanak-kanak free, tapi lain kali pergi kena bawa ubat nyamuk, adehhh banyak nyamuk pulak. Di sini ada juga tempat untuk bermain paintball. Menarik jugak lah, kalau nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke facebook mereka. Malas nak taip banyak-banyak, moh le kita layan gambar pulak yer.





  

Friday, 6 March 2015

TAMAN RIMBA KAMPUNG KEMENSAH

Best sangat-sangat... sesekali bawa anak-anak piknik tepi sungai sambil mandi manda... Destinasi kami tak jauh mana pun. Masih lagi dalam Kuala Lumpur. Nak pegi jauh2 rasa cam malas aje. Letih driving nanti. So kami pun singgah ke air terjun Kg Kemensah. Dekat sahaja, cuma belakang zoo negara. Bolehlah kita melepaskan lelah setelah penat bekerja, selain damai memandang tumbuhan hijau dan mendengar deruman air terjun sambil mendengar anak2 menjerit keriangan. Alhamdullilah masih lagi bernafas dan berkesempatan merasa semua itu. Terima kasih Allah.

ni lah Muhammad Irfan Farihin Harun
Sebenarnya ini juga sebagai token untuk hero saya sorang ni. Muhammad Irfan Farihin Harun yang minggu lepas agak buat perangai sebab takmo pegi sekolah. Habis saya berjanji bulan dan bintang dan akhirnya dia minta kalau dia pegi sekolah cuti nanti umi bawa abang pegi mandi-mandi.. Ok lah anak.. jangan risau umi akan bawa janji nak pegi sekolah yer sayang. Kesahhhhnya, saya baru aje tukar sekolah anak2 saya. Itu yang Muhd Irfan agak berperangai sedikit. Yelah, sekolah baru, kawan baru dan cikgu baru. Nama pun baru darjah satu... Itu yang saya malas nak pergi jauh, Nanti hari Isnin penat, mesti ada yang buat perangai takmo pergi sekolah pulak. Hadoiiiii susah camtu..

 
   

 
 






 




1 happy family, cuma ayahnya takda, malas nak berbasah-basahan katanya..
 Air terjunnya, oklah.. sesuai untuk budak-budak mandi manda, tak delah dalam sangat, tapi kalau nak lebih menarik, silalah mendaki ke atas yer, tapi jangan risau kereta boleh melalui jalan tersebut tapi sempittttt.. tempat saya mandi ni di bahagian bawah sahaja, ada rumah pelantar untuk anak berehat dengan caj sebanyak rm15, tapi kalau nak yang ala-ala chalet tak mahal sangat pun hanya rm30 sahaja. Di sini ada macam2 spot untuk berkelah yg di bina oleh penduduk kampung yer, lain spot lain harganya. ok sampai di sini sahaja. Our next stop pulak ke Air Terjun Sg Pisang... Dekat saja pun.. Dekat area Gombak sahaja...











Wednesday, 24 December 2014

ARJUNA BETA

Wahai anakku Muhammad
Allah melimpahkan berkat pada engkau,
Wahai anakku dari Ibu, Yang sedang menghadapi maut,
Engkau, diutus Allah kepada manusia dalam lingkungan Halal & Haram.
Engkau dibangkitkan Allah membantu tauhid dan iman agama nenek engkau Ibrahim. Allah melarang engkau tidak boleh mendekati berhala. Jangan bersama golongan itu.......

(Nukilan sajak Aminah binti Wahab, ibunda Rasullullah s.a.w sewaktu akan wafat meninggalkan nabi Muhammad yang berumur 6 thn dan sedang bermain-main di sampingnya....)

Ya Allah... Sedihnya....


ARJUNA BETA.....




Tuesday, 23 December 2014

RINDU... RINDU SERINDUNYA

Anak-anak teruna semua di pos ke kampung cuti sekolah ni. dan ada yang bersunat. Rindunya saya pada anak2 tak tau nak cakap. Tak de kawan nak ketawa, tak de kawan nak buat lawak, tak de kawan nak bergaduh, takde kawan nak menangis, tak de kawan nak mengadu, tak de kawan untuk berbincang dan memacam lagi le.. Rindu nak menjerit2 cam tarzan. hahahha itu tak tahan.... Ape pun umi rindu sangat. tak sabar nak balik kampung cuti krismas ni. Semoga allah permudahkan perjalanan pergi dan balik kami... doakan kami selamat yer kawan-kawan.

Doa Naik Kenderaan Dan Tip Perjalanan Jarak Jauh

Doa kepada Allah swt mohon keselamatan semasa memandu dalam perjalanan kita.... Memandu kenderaan untuk perjalanan jarak sama ada pulang ke kampung atau ada urusan lain yang jauh memerlukan persiapan dari segi fizikal dan mentaliti. Semua persiapan ini adalah bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini sepanjang perjalanan.


DOA NAIK KENDERAAN

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، (سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ )


“ Allah Maha Besar 3x, Maha suci Tuhan Yang mengusahakan kami untuk mengendarai ini. Sedangsebelumnya kami tidak mampu. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan .

Kalau rindu sangat saya suka tengok video ni.. Comel sangat....


Friday, 19 December 2014

TASKA PERMATA PERPADUAN

"SETIAP ANAK PERMATA NEGARA" Moto taska perpaduan. Pada pendapat saya, usaha Datin Rosma Mansor dalam usaha menggerakkan program permata adalah satu tindakan yang sangat baik malah sangat membantu rakyat, terutama rakyat yang pendapatan rendah dan sederhana. Saya amat sokong program ini, malah anak saya sendiri telah terlibat dan sertai taska permata ni. Dah la murah tapi anak-anak di ajar banyak perkara dalam merangsang minda dan pemikiran mereka. Yurannya yg hanya berjumlah RM20, memang sangat membantu saya dari segi ekonomi. Anak-anak pun dijaga rapi sejak dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang, buat penngetahuan semua anak saya telah diajar toilet training dan bottle training semasa bersekolah di taska Permata. Setiap guru ada target setiap pelajar perlu bebas dari botol dan lampin pakai buang. Bangga saya dengan anak dara saya yang sorang tu. Dari segi akhlak dan ilmu pun banyak juga peningkatan. Disamping itu ibu bapa juga diminta melibatkan diri dalam program yang dianjurkan pihak taska. Setiap bulan ibu bapa perlu melengkapkan 4 jam dalam sebulan untuk melibatkan diri secara langsung dalam program taska.

Sangat murah dan jimat bukan kalau hantar ke Taska permata ni kan. Almaklum sajalah kos mengasuh anak di area Kuala Lumpur sahajalah sekitar RM300-RM400. Memang mahal dan cekik darah.

Tapi ada juga kekurangannya taska permata ni. Saya syorkan longgarkan sikit syarat kemasukkan tu, iaitu dari segi pendapatan (RM2,000 sahaja yg layak). sebab di kota yang penuh pancaroba ni gaji RM5,000.00 dah dikira miskin, dan satu lagi minta di perbanyakkan sekolah ni serta perluaskan sebab banyak orang yang tak tahu lagi tentang kewujudan taska permata ni. Jangan nak tumpu kat mereka yang luar bandar sahaja, yang kat dalam bandar ni sebenarnya banyak yang keciciran. Saya pun nasib baik sebab Adik ipar yang perkenalkan. sebelum ni memang saya tak tau pun. terlepas dah anak-anak saya yang lain... kalau tidak memang banyak dah saya jimat.

selepas ni kakak Bella bersambung ke sekolah PASTI plak tahun depan

Monday, 15 December 2014

ALHAMDULILLAH.... SELAMAT SEMUANYA

SELAMAT SUDAH ANAK-ANAK SAYA BERSUNAT. LEGA SUNGGUH RASA HATI. LAMA JUGA BERCUTI, SELAMA SEMINGGU MELAYAN ANAK-ANAK. SEPATUTNYA ARI KHAMIS MINGGU LEPAS DAH START MASUK KERJA SEMULA TAPI TAK TAHAN DENGAN RAYUAN ANAK-ANAK, SAYA LANJUTKAN SEHINGGA AKHIR MINGGU NI. LEGA JUGA BILA LIHAT ANAK-ANAK BERANSUR PULIH, JADI BILA TINGGALKAN ANAK-ANAK PADA MAK MERTUA SAYA TAK LAH RASA RALAT SANGAT. TAK PE LAH, FAMILY COMES FIRST. DAH SETTLE SEMUANYA BARU LE LEGA HATI NI SKET.

SEHARI SELEPAS MAJLIS BERKHATAN KAMI SEKELUARGA ADA BUAT KENDURI KECIL-KECILAN SEKALI DENGAN DOA SELAMAT, ALHAMDULLILAH SEMUA BERJALAN LANCAR DAN YANG PALING SERONOK ANAK-ANAK YANG BERKHATAN, SEBAB BANYAK JUGAK KUMPUL DUIT ARITU HASIL DARI SEDEKAH ORANG RAMAI. HILANG SEKEJAP RASA SAKIT DEPA.... HAHAHA BILA DAPAT DUIT KAN...

SATU KAMPUNG DATANG...
NEBES LE TU

BERSIAP SEDIA
NAK KASI HILANG RASA NEBES..


BERDOA SEMOGA PERMUDAHKAN...



ALHAMDULILLAH....

ALHAMDULLILLAH SELAMAT..

Wednesday, 3 December 2014

BERKHATAN



SALAM.. BANYAK PROGRAM MUSIM CUTI NI. ADA YANG SIBUK DENGAN KENDURI KAHWIN, ADA YANG SIBUK BERCUTI-CUTI DAN TIDAK LUPA YANG AKAN BERSUNAT SEMPENA CUTI SEKOLAH. HUJUNG MINGGU NI SAYA AKAN BALIK KAMPUNG DI KEDAH UNTUK SUNAT 3 ORANG ANAK BUJANG SAYA. SEMOGA SEMUA BERJALAN LANCAR. TAPI SEBAGAI IBU MEMANG KEBIMBANGAN ITU TETAP ADA.







Monday, 24 November 2014

ROLLED OATMEAL WITH BANANA (MAKANAN BAYI)

MUHAMMAD AMIRUL AIMAN



Baby saya yang comel ni kena sembelit. Kesian pula tengok dia, so saya preparekan makanan ni bagi memudahkan proses membuangnya. Banyak khasiat oat ni sebenarnya. Oat adalah makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua.

Oat mengandungi Serat yang merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.

Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.
OAT + BANANA +BUTTER SEBELUM DI KISAR

Makanan bayi berasaskan oat

1 cawan rolled oat (apa jenis oat pun ok juga)
2 biji pisang emas
2 sudu besar butter
1 cwn air (untuk rebus oat)
SELEPAS DI KISAR.
cara-caranya

masakkan oat sehingga kembang, masukkan pisang emas yg telah dipotong dan juga butter. tunggu mendidih, dan siap untuk di makan. Bagi bagi yang berumur 6-8 bulan oat perlu di kisar terlebih dahulu.