KACHINGG $$$$

Tuesday, 28 October 2014

PISANG GORENG SALTED CARAMEL CHEESE.

SEKARANG MANA-MANA AJE MESTI SIBUK TENTANG PISANG GORENG CHEESE. SAYA PUN SUKA MAKAN PISANG GORENG NI, SEDAP DAN LEMAK BERKRIM. TAPI HARGA DIA MAHAL YA AMPUN DAN KUANTITI DIA SIKIT AJE. ALAHAI... TAK PUAS KAMI SEFAMILI MAKAN. MAKLUMLAH AHLI KELUARGA MAKAN.. MAU KENA BELI RM50 BARU CUKUP KOT. SEDAP GORENG PISANG NI, NGALIT MAKAN. SEDAR2 AJE DAH ABIS. ANAK2 PUN REQUEST KAT UMI DIA NI, SURUH BUAT. ABAHNYA PUN DOK KOMPLEN TAK CUKUP. CAMNO ABAH OOII.. ANAK-ANAK KITA 5 ORANG, BERKORBAN LE SIKIT SAYANG. JADI WIKEN TU SAYA BUAT UNTUK ANAK-ANAK, HAH MAKAN LE SAMPAI KENYANG YER. TAPI SAYA BUAT LAIN SIKIT, SAYA LETAKKAN SOS KARAMEL. MEMANG TERANGKAT LA. TAK PERCAYA TRY LE BUAT. SOS KARAMEL NI PUN BALANCE DARI SOS SAYA BUAT ROTI SARANG LEBAH HARITU. MEMANG HEAVEN SANGAT. NANTI SAYA NAK CARI PISANG 'AWAK' PULAK.... HEHEHHE BUKAN KAMU YERR.... SAJA MELAWAK YER. PISANG AWAK NI SEDAP DI BUAT PISANG GORENG KERANA RASANYA YANG MANIS. OO TAK SABAR NAK MINTAK CIK ABANG BELIKAN. KEBETULAN LEBIHAN SOS MASIH ADA LAGI NI.


Bahan Adunan Tepung Goreng pisang

2 cawan tepung beras
1 biji telur
1 s/k air kapur (tak letak pun)
1 s/k kunyit serbuk
garam
air secukup

Cara
1. Bancuhkan bahan sehingga rata dan biarkan sekejap. Jgn cair sangat, konsintensi adunan ala-ala roti jala yer.
2. Panaskan minyak yg banyak.
3. Masukkan pisang yg dibelah 2 dalam adunan tepung dan jemputkan ke dalam kuali.
4. Bila telah kuning keemasan angkat dan toskan dalam tap.

roti sarang lebah di siram salted karamel



Salted Karamel
3/4 cwn gula perang 
1/2 cwn butter 
1/2 cawan heavy cream (saya guna susu cair aje)
1 sdt garam 
1 sdt vanila esen

Cara
Cairkan butter, kemudian masukkan gula perang, kacau sekata.. kemudian masukkan heavy cream/susu cair, dan masakkan sehingga mendidih. masukkan garam dan esen vanilla dan masak sehingga sos pekat.

*** sedikit cheddar cheese untuk taburan
cara susunan goreng pisang 

selepas goreng pisang, semasa panas-panas tu letakkan sos karamel sebanyak mana yang kita suka dan kemudian taburkan cheddar cheese. kalau saya tutup dengan pinggan sekejap biar kepanasan goreng pisang tadi mencairkan sedikit cheese tu. kemudian boleh lah di hidangkan..... sedap sangat

14 comments :

  1. Mak aoii. Klw akk makan makin berlemak lemak ni mayang oii. Last week sabtu ahad berturut turut beli pisang cis. Budak budak tu la yg suka. Beli rm10 dah cukup. Klw nak buat takut cisnya x abis sbb ank akk x suka cis sgt. Tp jenuh gak beratur.

    Mayang. Cane nak buat spy bila goreng tepun dia jadi warna coklat ek mcm yg kat kedai tu.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya pisang goreng campur dengan karamel ni. Nak cuba juga akak resepi ni nanti.

    ReplyDelete
  3. belum pernah rasa lagi goreng pisang caramel bercheese ni..sedap eh?

    ReplyDelete
  4. terliur la...nak cuba la nanti...

    ReplyDelete
  5. nampk sedap sgt ni mayang, tapi KA kalau yg manis2 n kureng sikit !

    ReplyDelete
  6. oo gini btnya.. nti nk cuba juga.... muah.. muah utk mayang

    ReplyDelete
  7. Biasa org buat bercheese aje kan Mayang
    Yg ni Mayang buat siap berceramel lagi - aduhai....

    ReplyDelete
  8. boleh cuba nih ... tapi rasanya yg mkn lbh laju drp yg menggoreng ni ...

    ReplyDelete
  9. kat area sini ramai yg meniaga
    saya blm pernah merasa lagi.hihi.

    ReplyDelete
  10. Ada few tempat kt area rumah saya jual pisang ni. Tp rasa mcm x sanggup nak beli sbb serupa je saya beli pisang goreng sendiri dan tabur cheese sendiri hehe. Blom jumpa yg buat kelainan

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI