Showing posts with label ORDER dan TEMPAHAN. Show all posts
Showing posts with label ORDER dan TEMPAHAN. Show all posts

Saturday, 13 April 2019

TEMPAHAN KEK....

Tempahan-tempahan kek minggu lepas, Mini Indulgence kek dan Blueberry kek.. Alhamdulillah memang selalu mendapat feedback yang baik dari kengkawan yang order kek ni. Saya memang tak ambil tempahan banyak, biasala yer, sambil bekerja sambil memenuhi minat baking saya ini. Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di talian, 0162700481. Saya doakan sahabat2 semua mendapat rezeki yang melimpah ruah.. Insyallah... 

Mini Indulgence Cake 

Blueberry cake

Monday, 3 October 2016

Kek berhantu (berhantu le sangat) orang kata.... ramai dah cuba saya pun tak ketinggalan juga nak mencuba kek ni , mudah sahaja, basic kek dia adalah kek coklat moist. Pada pendapat saya kek ni sangat sedap di kenakan pula dengan lapisan cheese. Makan sejuk-sejuk memang sangat heaven. Terima kasih kak Zu masam manis sebab sudi share resepi yang mabeles ni. Saya buat dalam bekas-bekas kecil supaya senang anak-anak makan, kalau tak habis boleh simpan semula dalam peti ais. Di sini saya sharekan resepi kek coklat berhantu ini, mudah saja yang penting kita kena rajin sikit. Tapi kalau tak kesempatan boleh aje call saya untuk tempahan 016-2700481 (wasup yer untuk feedback segera, kekadang kalau pm kat fb saya lambat sikit buka).

BAHAN BAHAN

KEK CHOCOLATE MOIST ANIS

BAHAN A
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor

2 biji telur Gred A

BAHAN B
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
* ayak bahan B

CARA CARA
1. Satukan BAHAN A dalam bekas dan masak atas api sehingga gula hancur, tak perlu sehingga mendidih, sekadar berbuih-buih di tepi sahaja kemudian tutup api.

2. Masukkan telur yang telah di kocok dengan garpu dan dengan cepat masukkan telur kedalam adunan Bahan A, kacau selalu.

3. Kemudian masukkan bahan B iaitu tepung yang telah di ayak

4. Adunan bancuhan tadi di masukkan ke dalam bekas yang di sukai, jangan masuk sehingga penuh yer sebab kita perlu letakkan adunan cheese dan coklat ganache selepas itu.

5. Sejukkan kek.

Adunan Cheese
250 gm Cheese  lembut kan di suhu bilik dahulu
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis

1. Putar cheese dengan susu pekat hingga lembut
2. Masukkan UHT whipping cream .Putar hingga adunan cheese menjadi lebih kembang dan mengebu ( jgn lama sgt, asal dah mengembang saja)

COKLAT LELEH
250 gm coklat masakan
250 gm susu segar/cair

Panaskan susu hingga berbuih-buih di tepi periuk tutup api dan masukkan coklat masakan dan kacau dengan whisk sehingga menjadi ganache. Sejukkan ganache sementara kek kita masak.
CARA-CARA UNTUK MELAPIS KEK BERHANTU
1. KEK
2.ADUNAN CHEESE
3, GANACHE
4. LOREK







Tuesday, 15 March 2016

KEK COKLAT CHEESE RUGGED

Orang dah lama buat kek ni, tapi saya baru terhegeh-hegeh nak try. Ramai kata kek ni memang sedap. So, saya cuba buat untuk makan-makan sefamili hari tu. Alhamdullilah sangat memuaskan hati... Buah stoberi pun dah kecut dok tersimpan dalam peti ais. Nama coklat rugged ini di sebabkan pengolahan kek coklat yg di pelbagaikan.. Haishhh.... memacam sangat namanya. Terkejut juga mana ke datang ruggednya kek ni. Kalau sesapa nak cuba saya dah kepilkan sekali dengan resepinya... Rasanya resepi ni dah cukup mudah.. Saya sangat suka resepi kek coklat ni... mmg dari dulu guna dan hasilnya sangat berpuas hati, saya pun tak ingat dari mana saya dapat, tapi through internet juga le.. Harap maaf pada empunya resepi.. seriuosly memang tak ingat, ini pesen yang suka sangat print resepi dan simpan....

Gambar nak coverline stoberi kecut tu ye.... tak pe la wat makan2 aje...

Bahan-bahan
BAHAN A
- 2cwn tepung gandum
- 1sdteh baking powder
- 1sdteh soda bikarbonat
BAHAN B
- 1cwn serbuk koko
- 1cwn gula perang
- 1cwn ssu pekat
- 1cwn air panas**
- 1cwn air biasa
- 1cwn minyak masak
BAHAN C
- 2 biji telur A
- 1sdteh esen vanila

cara cara
1. Ayak bahan A dan ketepikan
2. Masuk semua bahan B dalam periuk dan masak sehingga gula larut, tak perlu mendidih ya.
3. Pukul Bahan C sehingga berbuih (tak perlu kembang ye)
4. Masukkan Bahan A kedalam Bahan B sedikit demi sedikit dan kacau sehingga bahan-bahan semua sebati dan tidak berketul-ketul.
5. Masukkan Bahan C dan kacau sebati
6. Tuang adunan dalam loyang 8" yg dah digris & dialas baking paper
7. Bakar kek pada suhu 150'C selama 45 minit. Boleh juga di kukus.
8. Sejukkan kek untuk topping dan filling

Topping coklat

Bahan
300g coklat dark compound - potong dadu
1/2 cawan susu cair
Cara-caranya
Masak susu cair hingga betul2 panas atau naik buih2. then tutup api dan masukkan coklat yang dah dipotong dadu.

Krim Keju
500g cream cheese
1/3 cawan butter/margerin
1/2 cawan susu pekat manis

Cara-caranya
Putar krim cheese dan butter hingga kembang. masukkan 1/2 cawan susu pekat manis. putar lagi hingga sebati.


CARA LAPIS KEK
1.Potong dua lapis kek
2. Lapiskan dengan krim keju untuk lapisan pertama
3. Lapiskan dengan kek bahagian atas
4. Kemudian tuang topping coklat hingga meleleh turun

Hiaskan atas kek dengan buah strawberi dan parutan coklat compound atau coklat rice/coklat nib.

Thursday, 10 March 2016

KEK PISANG LEMBAB

Lama dah buat kek ni, semasa kek pisang menjadi viral sekejap di alam maya oleh duyungsweet laling . Saya pun tak ketinggalan untuk mencuba resepi ni, biasa le saya ni memang suka menyibuk kannnn... hahahahaah. Resepi saya amik dari kak azlita yer, sedap dan sangat moist..


Bahan-bahannya
350 gm pisang yang masak ranum
200 gm gula halus
3 biji telur A
1/2 sudu teh ovellete ~ optional
250 gm tepung
1 sudu teh baking powder
100 ml susu segar atau susu cair
125 gm minyak jagung atau butter di cairkan
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
pisang di hiris nipis-nipis untuk hiasan
badam cincang ~ jika suka

Cara-caranya
Tepung gandum pula di campurkan bersama baking powder dan di ayak
Pisang di lumatkan dengan garfu atau senduk kayu
Masukkan pisang ke dalam mixer bersama gula halus dan putar hingga gula larut dan sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga gebu.
Jika suka kek yang sedikit spongy, letakan 1/2 sudu teh ovellete. Jika tak letak pun tak apa, tapi pastikan adunan telur di pukul sampai kembang dan gebu dan bertukar warna pucat keputihan.
Kemudian barulah masukkan susu segar atau susu cair ~ ita guna susu segar
Terus putar
Perlahankan mixer dan masukkan tepung, putar hingga adunan sebati.
Jangan lama sangat, angar tepung sebati.
Tutup mixer
Tuangkan minyak jagung atau butter cair dan kaup balik adunan hingga rata

Sediakan loyang 8 x 8 atau 7x7 inc
Gris dengan butter dan lapik dengan kertas minyak
Panaskan oven 150C, saya gunakan kipas dan api atas bawah.
versi cup cake 

*Oven ni kita kena panaskan 15 minit awal ya, sebelum kita masukkan kek.

Tuangkan adunan ke dalam loyang
Jika nak hiaskan dengan kepingan pisang, potong kepingan pisang nipis-nipis. Kalau ada sagat untuk buat kerepek pisang boleh gunakan, kalau tak ada potong dengan pisau tapi nipis-nipis. kalau tebal nanti ia tenggelam

Thursday, 3 March 2016

KEK CIS LELEH



Kek Cheese leleh ni memang sangat nyaman kalau di makan apa lagi sejuk-sejuk. Dengan lemak manis dan masin cheese. Waduhh sangat le tergoda.
Resepi Cheese Leleh saya sangat mudah. Saya gunakan kek sponge sebagai base saya. Cara nak buat pun senang, saya selalu sangat guna resepi ni sebab sangat mudah dan sukatannya hanya menggunakan cawan, sangat sesuai untuk mereka yang tiada alat timbang metrik. Anak-anak saya sangat suka makan kek ni, lagi pun saya masih lagi tau membuat jualan untuk kek cheese leleh ni. Kalau sesiapa yang rasa sangat susah nak membuatnya atau malas nak kecah-kecahkan dapur tu, boleh saja call saya yer untuk tempahan di no 0162700481 (Mayang), untuk area di Gombak, Sri Gombak, Batu Caves, Wangsa Maju, Setapak dan di kawasan sekitarnya. Jom skodeng resepi yer.

Bahan-bahan untuk kek span ( Kalau rasa malas nak buat boleh juga guna sponge cake mix)

1 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
5 biji telur (saiz B)
3/4 cawan Gula kastor
1 sdt ovalett
80 ml air
80ml minyak jagung/masak/ butter cair
secubit garam

Caranya
1. Ayak tepung gandum dan baking powder dan asingkan.
2. Masukkan semua bahan (kecuali minyak) dalam mangkuk mixer dan pukul sehingga kembang dan gebu serta berwarna putih.
3. Akhir sekali masukkan minyak dan pkul perlahan sehingga sebati
4. Gris loyang bersaiz 8' dan tuang adunan dalam loyang
5. Bakar pada suhu 150'C (ikut oven ye) lebih kurang dalam 30 minit.
6. Apabila kek sudah masak sisip tepi kek dan terbalikkan kek pada papan kek. (kalau tak nanti kek kecut). Sejukkan untuk diletakkan topping cheese.

Cheese topping
250 cream cheese tatura
1/2 cwn susu pekat manis (saya biasa kurangkan manis)
1/4 cwn susu segar/cair
1-2 titik esen lemon (x letak pun tak pe)

Hiasan
Cheddar cheese yang di parut

Akhir sekali curahkan Cheese topping pada kek yang telah disejukkan dan taburkan cheese yg di parut di atas kek....



Wednesday, 12 August 2015

KEK KELADI

Khas buat untuk officemate yang teringin sangat nak makan kek keladi katanya. Semoga puas hati yer, resepi saya amik dari bbwana yang memang kerap sangat buat kek ni.

scene di luar opis.... hahaha
BAHAN SPONGE CAKE:
150 g tepung halus superfine ( aku hanya guna tepung gandum biasa + 1 sk baking powder, ayak 3x )
150 g gula kastor
5 biji telur gred A
1 sb ovallete
80 ml air masak
80 ml minyak
2 sk yam paste
sedikit pewarna ungu- optional
tulisan tak jadi tiru sampul angpow hari raya.. hahahaha
CARA MEMBUATNYA:
Satukan gula, ovallete, tepung, baking powder dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan menggunakan high speed.
Low speed, masuk air, yam paste dan sikit pewarna ungu.
Pukul dengan high speed selama beberapa minit hingga adunan ringan.
Tuang minyak dalam adunan, gaul guna senduk hingga sebati. Kaup balik.
Sediakan loyang, gris dasarnya dan lapik dengan baking paper, bakar selama 45 minit - masak.
Suhu 150-180 degree.
Bila kek masak, keluarkan dari oven dan telengkupkan atas redai selama 5 minit. Untuk elakkan kek mendap.
Terbalikkan semula dan biar sejuk sebelum letak filling @ deko.
Potong kek kepada 2 bahagian dan letak fresh cream. Hias ikit kreativiti.

UNTUK FILLING & DEKO:

Fresh cream dan yam paste secukupnya

- Pukul fresh cream @ non diary whip cream yang dicampur dengan yam paste hingga bertanduk dan sedia untuk digunakan.

ok.. tutup balik, jom naik opis kita ngapppp...

Sunday, 21 June 2015

BLUEBERRY CHEESE TART

Alhamdullilah, dapat order lagi, walaupun tak banyak tapi every week memang tak miss dapat order. Kali ni rakan ofis suami saya order cis tat sebanyak 60 biji. Sebenarnya saya dah banyak kali buat cis tart ni, dan pada pendapat saya resepi anna Qawina ni memang sedap dan lazat. Crustnya makan begitu sahaja pun dah cukup sedap. Trylah buat memang sangat puas hati. Tapi kalau rasa tak de masa boleh aje order dengan saya di talian 0162700481. (hehehe sempat lagi tu).... Dengan resepi di bawah saya dapat buat banyak crust, kalau tak silap saya hampir 100 biji. Dapatlah saya buat lebih untuk makan-makan anak-anak saya juga. Bab ni memang kena wajib, kalau tak memang anak-anak saya bising. Macam tu la kalau dapat order memang kena wat sebijik untuk depa. Kekadang saya malas gak. Penat kotttt....


RESEPI CHEESE TART
Cheese Tart by AnnaQawina

CRUST

Bahan-bahan :
250g mentega Buttercup
120g gula ising
2 biji telur gred B
480g tepung gandum (kalau lembik tambah tepung lg)
Cara-cara :
Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
*Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
*Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
Simpan crust dalam bekas kedap udara.
ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
Pastikan acuan tidak basah.

CREAM CHEESE FILLING

Bahan-bahan : (Untuk 50pcs cheese tart)
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang cream cheese ke atasnya.
Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Saturday, 20 June 2015

CONGO BAR, BEST, SEDAP & MUDAH

Congo bar pernah menjadi fenomena di alam maya satu ketika dulu. Saya memang suka makan Congo Bar ni, sedap. Rasanya sedikit macam biskut dan sedikit macam kek. Dah banyak kali saya buat Congo Bar ni, tapi kali ni saya guna resepi dari kak zalina, sedap sbb ala2 macam brownies sket. Kalau nak lebih mudah, boleh ke blog beliau sebab ada step by step lagi. Rasa congo bar resepi kak zalina macam bronis sebab kandungan butternya di tambah dari kebiasaan saya buat 150grm tapi resepi kali ni memerlukan 250grm butter. Haisshhhhh memang sedap sangat. Adunan saya agak kecoklatan sedikit sebab saya sesuka hati tambah 1 sudu besar coklat serbuk, dan saya keluarkan 1 sudu besar kandungan tepung. Pepandai aje kan.... Congo bar ini sesuai juga di sediakan untuk hari raya nanti bagi menjamu tetamu datang ke rumahkan, potong kecik2 letak dalam paper cup comel, kannnn.... Jom tengok resepi. 


BAHAN-BAHANNYA
310 gram Tepung Gandum
2 1/2 sudu kecik Baking Powder
250 Butter ( ramai yang buat guna 150 gram butter.. terpulang nak ikut yang mana okey..)
300 gram Gula Perang
3 biji telur B
1 sudu kecik Esen Vanilla
SEBELUM DI BAKAR
CARA-CARANYA

Pukul butter dan gula perang. Sebaiknya butter yang dah lembut sikit iaitu yang dah lama kita keluarkan dari petiais. Pukul tak perlu hingga kembang. Guna kelajuan perlahan aje.

Kemudian masukkan telur. Pun pukul sekejap aje. Masukkan Esen Vanilla.

Masukkan tepung gandum yang dah dicampurkan dengan Baking Powder. Selepas tepung dah gaul rata, kita kaup balikkan adunan.

Masukkan Coklat Chip banyak mana ikut suka. 1 cawan pun okey.

Acik guna loyang 10 x 10. Tak boleh guna loyang kecik, nanti tak masak bahagian tengah. Kita lengserkan loyang dengan margerin atau butter dan kita alaskan dengan baking paper. Kemudian kita masukkan adunan ke dalam loyang. Ratakan kesemua bahagian. Taburkan coklat cip.

Boleh juga kalau nak letak almond slice.. tapi kalau letak almond slice banyak , bila potong jadi comot sikit... kalau nak senang potong, kita taburkan almond nib aje.


Friday, 19 June 2015

TEMPAHAN , TEMPAHAN

Saja nak menepek tempahan-tempahan yang lepas, tak pe kannnn... hahahaha. Order dari ibu rakan anak saya setadika.... hahahaha boleh gitu, untuk guru-guru pasti. Terima kasih ustazah siti. Ustazah siti ni cikgu kafa. Terima kasih daun keladi lenkali oder lagi yer...

kek2 keju leleh 




kek minyak

Wednesday, 3 June 2015

COKLAT BROWNIES (resepi dari kursus latihan 1 Malaysia)

Tajuk post kali ni tak tahan.. bkn apa pun takat coklat bronis aje, cuma tajuk aje gimik yer, teringin sangat nak makan brownies kedut tu, tapi tak kesempatan nak buat lagi. Tapi wiken haritu, adik saya nak datang rumah bersama rakan-rakannya, kesempatan itu saya buatkan bronis coklat sebagai desert disamping hidangan nasi tomato untuk di jamu tengahari itu. Lama saya tak godek-godek resepi semasa saya pergi kursus 1 Malaysia di Kolej Komuniti Selayang haritu. Mudah aje, main godek2 pastu bakar. Itu yang rajin sangat nak buat.... bagi praktikkan kembali skill2 yang lama dah tersimpan ni. Ikutkan malas saya nak taip. Saya letakkan snap shot camera aje. tapi macam tak clear pulak. Takpe saya taipkan semula untuk rakan-rakan yer.

abis terbelah dua.. minta tolong anak bujang kuarkan dari oven,
even dah pakai mitten panas katanya..
dia terus tercampak loyang atas meja... adehhh.. 


Bahan-bahan
250grm majerin
1 1/2 cwn gula kastor
2 cwn tepung gandum
2tsp baking powder double action (yg biasa pun ok)
4 bj telur
1 tsp esen vanila
370gm coklat masakan (saya guna coklat berylls)

cara-cara
1. Cairkan coklat secara double boiler
2. masukkan majerin dan kacau hingga majerin cair.
3. masukkan gula dan kacau hingga gula larut
4. Masukkan telur dan seterusnya masukkan tepung
5. Sedia untuk di bakar. Suhu 180 darjah celcius selama 30-40 minit. Guna loyang12x12 (tpi saya guna loyang 10 x 10 aje tu, x de loyang besar sgt) .

nota : kita boleh variasikan brownies kita seperti yang tercatat dalam nota di bawah


Sunday, 31 May 2015

OPEN ORDER UNTUK TAT NENAS BUNGA

STICKY POST




Open order untuk tart nenas untuk raya nanti yer, jem homemade, sesapa yang berminat boleh lah order dengan saya melalui wassup atau message ke nombor 0162700481 (mayang) atau 0192600564 (harun). Order adalah untuk sekitar Wangsa Maju, Setapak, Sri Gombak, Gombak dan kawasan di sekitarnya. (RM25 sebekas)

Wednesday, 27 May 2015

ALHAMDULLILAH

Rezeki dari Allah, tak banyak pun ordernya tapi sangat bersyukur. Sekurangnya ada juga aktiviti yang saya lakukan setiap weekend. Minggu ni saya ada order untuk kek aiskrim, cis tat, pavlova, Oreo cis leleh, vanilla cis leleh, coklat cis leleh, pandan cis leleh dan red velvet budget. . Terima kasih kepada yang order.. hehehehe lain kali order lagi. Sayang korang...... ok wrap for last week.. This week is waiting. Sesapa nak order, jangan segan-segan wasup di no. 0162700481 @ 01115223873, Still open order untuk tempahan tat nenas yer. Delivery on weekends yer, weekdays boleh tapi sekitar sri gombak yer.
aiskrim kek (thanks yati)

Aiskrim kek (resepi syapex, thanks dik)


pavlova wt stoberi, mandarin orange and blueberi topping

coklat cis leleh
ada yg tak amik, ni takat mana yang sempat aje
red velvet budget




Monday, 18 May 2015

OPEN ORDER FOR THIS WEEKEND

SALAM SAHABAT, MINGGU NI ADA OPEN ORDER UNTUK KEK KEJU LELEH DAN PAVLOVA YER. SESAPA YANG NAK SELIT ORDER BOLEH WASUP SAYA DI NOMBOR TELEFON 0162700481 YER ATAU MESSAGE SAYA TERUS YER. HARGA KEK KEJU LELEH PELBAGAI PERISA MACAM BIASA RM12 DAN HARGA MINI PAVLOVA RM15 SEBEKAS. FREE DELIVERY ON SATURDAY AND SUNDAY YER..... (meliputi kawasan Wangsa Maju, Setapak, Gombak, Sri Gombak dan kawasan-kawasan yang berdekatan yer)
   
KEK KEJU LELEH PELBAGAI PERASA RM12
PAVLOVA RM15 SEBEKAS

Friday, 15 May 2015

HEPI BESDAY SHARAFANA DARWISHA

Ramainya besday bulan 5 ni.. Besday anak buah saya jatuh pada 4 mei... Selamat hari lahir sayang.. semoga berjaya dunia dan akhirat. Saya buatkan Kek sponge dilapisi dengan blueberry filling dan di salut dengan  fresh cream, kek 9 inci berat lebih kurang 2 kg ++. Deco memang cacamerba, maklumla baru balik dari kampung memang kepenatan. Alhamdullilah menurut anak buah kek memang habis di makan oleh rakan2 setadika, licin katanya. Emaknya pun turut tak dapat merasa.. takpe lain kali kita wat lagi yer.




Wednesday, 13 May 2015

SELAMAT HARI IBU



HARAP MASIH TIDAK TERLAMBAT LAGI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IBU YANG JATUH PADA 10/5/2015 LALU UNTUK SEMUA IBU DI DUNIA INI. SEMOGA KITA DAPAT MENJADI IBU YANG TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK KITA (PSST: WALAUPUN SEDIH DENGAN KEJADIAN BUANG BAYI BARU-BARU INI) SEBAGAI SEORANG IBU RASA SANGAT PELIK ADA IBU YANG TERGAMAK BERBUAT BEGITU KEPADA ANAK KITA SENDIRI. TIADA PERASAAN KE MEREKA?, TAK TERCUIT SIKIT KE HATI MELIHAT INSAN KECIL YANG COMEL ITU? MANUSIA SEKARANG SEMAKIN TIDAK BERPERI KEMANUSIAAN DAN HATI BATU. 

SEMOGA ALLAH MEMBERI PERLINDUNGAN KEPADA AHLI-AHLI SYURGA KECIL INI. DARI DIA KITA DATANG DAN KEPADA DIA KITA KEMBALI......  

SEBELUM TU JOM KITA LAYAN GAMBAR KEK HARI IBU. FRESH CREAM SPONGE KEK WITH BLUEBERRY FILLING. JOM LAYAN...

a side slice of cake
3 layer of cake..
side yang agak seksi....

Thursday, 26 February 2015

QUANTITY SURVEYOR THEME CUP CAKE

Meh nak belanja 1 gambar...Ehh silap 2 gambar. Seorang QS mengoder cupcake sempena hari pertunangannya haritu. Saya buatkan figurine topi keselamatan, kon keselamatan, Square ruler, kalkulator, Architect drawing, safety boot dan buku. Terima kasih banyak2 yer... lenkali ode lagi tau...

Cupcake : KEK COKLAT wt GANACHE + FIGURIN

Resepi Gump paste (sesuai untuk membuat figurin dan bunga)

Caranya sama seperti membuat fondant seperti post saya sebelum ini, tapi saya letakkan juga di sini resepi tersebut.

RESEPI FONDANT

63 ml air
1 sudu besar gelatin halal ( guna Halalgel)
125 ml sirap glucose
1 1/2 sudu besar gliserin
2 sudu besar lemak sayur (shortening)
1 kg gula aising (Ayak dulu)
Pewarna pilihan

Cara-cara

1. Kaedah double boiled akan digunakan utk membuat fondant ni. Bekas tahan panas diperlukan utk proses memasak.

2. Tuang air ke dalam bekas dan masukkan gelatin. Kacau dan ketepikan (lebih kurang 1min) supaya gelatin kembang.

3. Double boiled bahan td. Kacau gelatin sehingga larut.

4. Kemudian masukkan glucose, gliserin & shortening ke dlm bahan yg sudah larut td. Kacau sehingga semuanya larut.

5. Setelah semua bahan larut. Tutup api dan biarkan bahan td sejuk atau suam2 gitu.

6. Setelah bahan suam2 kuku, masukkan sedikit demi sedikit gula icing dan kacau sehingga sebati (lebih kurang 500gm gula, doh akan keras sedikit. Proses menguli boleh diteruskan menggunakan heavy duty mixer, breadmaker atau teruskan dgn uli menggunakan tangan)

7. Biarkan doh semalam utk hasil yg lebih baik. Simpan dalam bekas yg kedap udara. Boleh simpan didalam suhu bilik.

8. Seterusnya, proses mewarnakan doh. Bahagi doh kepada beberapa bahagian. Titiskan sedikit sahaja pewarna sehingga dpt warna pilihan hati.



CUMA UNTUK GUMPASTE, SAYA AMBILKAN 

250GRM FONDANT YANG DI BUAT TADI 
1 SDT GUM TRAGACATH/CMC/GUMTEX. (boleh beli di kedai bakeri)

Cara-caranya
Kedua-dua bahan di uli sehingga sebati. Kemudian bolehlah di gunakan untuk membuat figurin atau bunga-bungaan. kerana gumpaste lebih tahan lasak dan cepat kering berbanding fondant.


Friday, 19 December 2014

TASKA PERMATA PERPADUAN

"SETIAP ANAK PERMATA NEGARA" Moto taska perpaduan. Pada pendapat saya, usaha Datin Rosma Mansor dalam usaha menggerakkan program permata adalah satu tindakan yang sangat baik malah sangat membantu rakyat, terutama rakyat yang pendapatan rendah dan sederhana. Saya amat sokong program ini, malah anak saya sendiri telah terlibat dan sertai taska permata ni. Dah la murah tapi anak-anak di ajar banyak perkara dalam merangsang minda dan pemikiran mereka. Yurannya yg hanya berjumlah RM20, memang sangat membantu saya dari segi ekonomi. Anak-anak pun dijaga rapi sejak dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang, buat penngetahuan semua anak saya telah diajar toilet training dan bottle training semasa bersekolah di taska Permata. Setiap guru ada target setiap pelajar perlu bebas dari botol dan lampin pakai buang. Bangga saya dengan anak dara saya yang sorang tu. Dari segi akhlak dan ilmu pun banyak juga peningkatan. Disamping itu ibu bapa juga diminta melibatkan diri dalam program yang dianjurkan pihak taska. Setiap bulan ibu bapa perlu melengkapkan 4 jam dalam sebulan untuk melibatkan diri secara langsung dalam program taska.

Sangat murah dan jimat bukan kalau hantar ke Taska permata ni kan. Almaklum sajalah kos mengasuh anak di area Kuala Lumpur sahajalah sekitar RM300-RM400. Memang mahal dan cekik darah.

Tapi ada juga kekurangannya taska permata ni. Saya syorkan longgarkan sikit syarat kemasukkan tu, iaitu dari segi pendapatan (RM2,000 sahaja yg layak). sebab di kota yang penuh pancaroba ni gaji RM5,000.00 dah dikira miskin, dan satu lagi minta di perbanyakkan sekolah ni serta perluaskan sebab banyak orang yang tak tahu lagi tentang kewujudan taska permata ni. Jangan nak tumpu kat mereka yang luar bandar sahaja, yang kat dalam bandar ni sebenarnya banyak yang keciciran. Saya pun nasib baik sebab Adik ipar yang perkenalkan. sebelum ni memang saya tak tau pun. terlepas dah anak-anak saya yang lain... kalau tidak memang banyak dah saya jimat.

selepas ni kakak Bella bersambung ke sekolah PASTI plak tahun depan

TEMPAHAN KEK KEJU LELEH DAN ROTI SARANG LEBAH

ALHAMDULLILAH REZEKI ARINI, ADA TEMPAHAN 2 BIJI KEK KEJU LELEH, 1 KEK KEJU LELEH COKLAT (BIRTHDAY) DAN 2 BEKAS ROTI SARANG LEBAH. SYUKUR REZEKI DARI ALLAH SEMOGA BERTAMBAH LAGI.. AMIN...



Thursday, 4 December 2014

KEK UPIN IPIN

REPEAT ORDER DARI RAKAN SEKERJA DULU. TERIMA KASIH SITI HAWA ALI HASAN, TAHUN DEPAN ORDER LAGI YER... HEHEEHEHEHE....



Kek : Span
Filling : Blue beri
Salutan : Fresh Cream.

Monday, 1 December 2014

KEK KAHWIN (2 TIER)

Tema merah dan kuning. Terima kasih kepada yang sudi menempah, dan saya berharap semoga berpuas hati.




Kek : Absolute Coklat
Coat : Coklat Ganache
Cover : Fondant.