Showing posts with label KEK. Show all posts
Showing posts with label KEK. Show all posts

Monday, 3 October 2016

Kek berhantu (berhantu le sangat) orang kata.... ramai dah cuba saya pun tak ketinggalan juga nak mencuba kek ni , mudah sahaja, basic kek dia adalah kek coklat moist. Pada pendapat saya kek ni sangat sedap di kenakan pula dengan lapisan cheese. Makan sejuk-sejuk memang sangat heaven. Terima kasih kak Zu masam manis sebab sudi share resepi yang mabeles ni. Saya buat dalam bekas-bekas kecil supaya senang anak-anak makan, kalau tak habis boleh simpan semula dalam peti ais. Di sini saya sharekan resepi kek coklat berhantu ini, mudah saja yang penting kita kena rajin sikit. Tapi kalau tak kesempatan boleh aje call saya untuk tempahan 016-2700481 (wasup yer untuk feedback segera, kekadang kalau pm kat fb saya lambat sikit buka).

BAHAN BAHAN

KEK CHOCOLATE MOIST ANIS

BAHAN A
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor

2 biji telur Gred A

BAHAN B
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
* ayak bahan B

CARA CARA
1. Satukan BAHAN A dalam bekas dan masak atas api sehingga gula hancur, tak perlu sehingga mendidih, sekadar berbuih-buih di tepi sahaja kemudian tutup api.

2. Masukkan telur yang telah di kocok dengan garpu dan dengan cepat masukkan telur kedalam adunan Bahan A, kacau selalu.

3. Kemudian masukkan bahan B iaitu tepung yang telah di ayak

4. Adunan bancuhan tadi di masukkan ke dalam bekas yang di sukai, jangan masuk sehingga penuh yer sebab kita perlu letakkan adunan cheese dan coklat ganache selepas itu.

5. Sejukkan kek.

Adunan Cheese
250 gm Cheese  lembut kan di suhu bilik dahulu
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis

1. Putar cheese dengan susu pekat hingga lembut
2. Masukkan UHT whipping cream .Putar hingga adunan cheese menjadi lebih kembang dan mengebu ( jgn lama sgt, asal dah mengembang saja)

COKLAT LELEH
250 gm coklat masakan
250 gm susu segar/cair

Panaskan susu hingga berbuih-buih di tepi periuk tutup api dan masukkan coklat masakan dan kacau dengan whisk sehingga menjadi ganache. Sejukkan ganache sementara kek kita masak.
CARA-CARA UNTUK MELAPIS KEK BERHANTU
1. KEK
2.ADUNAN CHEESE
3, GANACHE
4. LOREK







Tuesday, 15 March 2016

KEK COKLAT CHEESE RUGGED

Orang dah lama buat kek ni, tapi saya baru terhegeh-hegeh nak try. Ramai kata kek ni memang sedap. So, saya cuba buat untuk makan-makan sefamili hari tu. Alhamdullilah sangat memuaskan hati... Buah stoberi pun dah kecut dok tersimpan dalam peti ais. Nama coklat rugged ini di sebabkan pengolahan kek coklat yg di pelbagaikan.. Haishhh.... memacam sangat namanya. Terkejut juga mana ke datang ruggednya kek ni. Kalau sesapa nak cuba saya dah kepilkan sekali dengan resepinya... Rasanya resepi ni dah cukup mudah.. Saya sangat suka resepi kek coklat ni... mmg dari dulu guna dan hasilnya sangat berpuas hati, saya pun tak ingat dari mana saya dapat, tapi through internet juga le.. Harap maaf pada empunya resepi.. seriuosly memang tak ingat, ini pesen yang suka sangat print resepi dan simpan....

Gambar nak coverline stoberi kecut tu ye.... tak pe la wat makan2 aje...

Bahan-bahan
BAHAN A
- 2cwn tepung gandum
- 1sdteh baking powder
- 1sdteh soda bikarbonat
BAHAN B
- 1cwn serbuk koko
- 1cwn gula perang
- 1cwn ssu pekat
- 1cwn air panas**
- 1cwn air biasa
- 1cwn minyak masak
BAHAN C
- 2 biji telur A
- 1sdteh esen vanila

cara cara
1. Ayak bahan A dan ketepikan
2. Masuk semua bahan B dalam periuk dan masak sehingga gula larut, tak perlu mendidih ya.
3. Pukul Bahan C sehingga berbuih (tak perlu kembang ye)
4. Masukkan Bahan A kedalam Bahan B sedikit demi sedikit dan kacau sehingga bahan-bahan semua sebati dan tidak berketul-ketul.
5. Masukkan Bahan C dan kacau sebati
6. Tuang adunan dalam loyang 8" yg dah digris & dialas baking paper
7. Bakar kek pada suhu 150'C selama 45 minit. Boleh juga di kukus.
8. Sejukkan kek untuk topping dan filling

Topping coklat

Bahan
300g coklat dark compound - potong dadu
1/2 cawan susu cair
Cara-caranya
Masak susu cair hingga betul2 panas atau naik buih2. then tutup api dan masukkan coklat yang dah dipotong dadu.

Krim Keju
500g cream cheese
1/3 cawan butter/margerin
1/2 cawan susu pekat manis

Cara-caranya
Putar krim cheese dan butter hingga kembang. masukkan 1/2 cawan susu pekat manis. putar lagi hingga sebati.


CARA LAPIS KEK
1.Potong dua lapis kek
2. Lapiskan dengan krim keju untuk lapisan pertama
3. Lapiskan dengan kek bahagian atas
4. Kemudian tuang topping coklat hingga meleleh turun

Hiaskan atas kek dengan buah strawberi dan parutan coklat compound atau coklat rice/coklat nib.

Thursday, 10 March 2016

KEK PISANG LEMBAB

Lama dah buat kek ni, semasa kek pisang menjadi viral sekejap di alam maya oleh duyungsweet laling . Saya pun tak ketinggalan untuk mencuba resepi ni, biasa le saya ni memang suka menyibuk kannnn... hahahahaah. Resepi saya amik dari kak azlita yer, sedap dan sangat moist..


Bahan-bahannya
350 gm pisang yang masak ranum
200 gm gula halus
3 biji telur A
1/2 sudu teh ovellete ~ optional
250 gm tepung
1 sudu teh baking powder
100 ml susu segar atau susu cair
125 gm minyak jagung atau butter di cairkan
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
pisang di hiris nipis-nipis untuk hiasan
badam cincang ~ jika suka

Cara-caranya
Tepung gandum pula di campurkan bersama baking powder dan di ayak
Pisang di lumatkan dengan garfu atau senduk kayu
Masukkan pisang ke dalam mixer bersama gula halus dan putar hingga gula larut dan sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga gebu.
Jika suka kek yang sedikit spongy, letakan 1/2 sudu teh ovellete. Jika tak letak pun tak apa, tapi pastikan adunan telur di pukul sampai kembang dan gebu dan bertukar warna pucat keputihan.
Kemudian barulah masukkan susu segar atau susu cair ~ ita guna susu segar
Terus putar
Perlahankan mixer dan masukkan tepung, putar hingga adunan sebati.
Jangan lama sangat, angar tepung sebati.
Tutup mixer
Tuangkan minyak jagung atau butter cair dan kaup balik adunan hingga rata

Sediakan loyang 8 x 8 atau 7x7 inc
Gris dengan butter dan lapik dengan kertas minyak
Panaskan oven 150C, saya gunakan kipas dan api atas bawah.
versi cup cake 

*Oven ni kita kena panaskan 15 minit awal ya, sebelum kita masukkan kek.

Tuangkan adunan ke dalam loyang
Jika nak hiaskan dengan kepingan pisang, potong kepingan pisang nipis-nipis. Kalau ada sagat untuk buat kerepek pisang boleh gunakan, kalau tak ada potong dengan pisau tapi nipis-nipis. kalau tebal nanti ia tenggelam

Thursday, 3 March 2016

KEK CIS LELEH



Kek Cheese leleh ni memang sangat nyaman kalau di makan apa lagi sejuk-sejuk. Dengan lemak manis dan masin cheese. Waduhh sangat le tergoda.
Resepi Cheese Leleh saya sangat mudah. Saya gunakan kek sponge sebagai base saya. Cara nak buat pun senang, saya selalu sangat guna resepi ni sebab sangat mudah dan sukatannya hanya menggunakan cawan, sangat sesuai untuk mereka yang tiada alat timbang metrik. Anak-anak saya sangat suka makan kek ni, lagi pun saya masih lagi tau membuat jualan untuk kek cheese leleh ni. Kalau sesiapa yang rasa sangat susah nak membuatnya atau malas nak kecah-kecahkan dapur tu, boleh saja call saya yer untuk tempahan di no 0162700481 (Mayang), untuk area di Gombak, Sri Gombak, Batu Caves, Wangsa Maju, Setapak dan di kawasan sekitarnya. Jom skodeng resepi yer.

Bahan-bahan untuk kek span ( Kalau rasa malas nak buat boleh juga guna sponge cake mix)

1 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
5 biji telur (saiz B)
3/4 cawan Gula kastor
1 sdt ovalett
80 ml air
80ml minyak jagung/masak/ butter cair
secubit garam

Caranya
1. Ayak tepung gandum dan baking powder dan asingkan.
2. Masukkan semua bahan (kecuali minyak) dalam mangkuk mixer dan pukul sehingga kembang dan gebu serta berwarna putih.
3. Akhir sekali masukkan minyak dan pkul perlahan sehingga sebati
4. Gris loyang bersaiz 8' dan tuang adunan dalam loyang
5. Bakar pada suhu 150'C (ikut oven ye) lebih kurang dalam 30 minit.
6. Apabila kek sudah masak sisip tepi kek dan terbalikkan kek pada papan kek. (kalau tak nanti kek kecut). Sejukkan untuk diletakkan topping cheese.

Cheese topping
250 cream cheese tatura
1/2 cwn susu pekat manis (saya biasa kurangkan manis)
1/4 cwn susu segar/cair
1-2 titik esen lemon (x letak pun tak pe)

Hiasan
Cheddar cheese yang di parut

Akhir sekali curahkan Cheese topping pada kek yang telah disejukkan dan taburkan cheese yg di parut di atas kek....



Wednesday, 12 August 2015

KEK KELADI

Khas buat untuk officemate yang teringin sangat nak makan kek keladi katanya. Semoga puas hati yer, resepi saya amik dari bbwana yang memang kerap sangat buat kek ni.

scene di luar opis.... hahaha
BAHAN SPONGE CAKE:
150 g tepung halus superfine ( aku hanya guna tepung gandum biasa + 1 sk baking powder, ayak 3x )
150 g gula kastor
5 biji telur gred A
1 sb ovallete
80 ml air masak
80 ml minyak
2 sk yam paste
sedikit pewarna ungu- optional
tulisan tak jadi tiru sampul angpow hari raya.. hahahaha
CARA MEMBUATNYA:
Satukan gula, ovallete, tepung, baking powder dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan menggunakan high speed.
Low speed, masuk air, yam paste dan sikit pewarna ungu.
Pukul dengan high speed selama beberapa minit hingga adunan ringan.
Tuang minyak dalam adunan, gaul guna senduk hingga sebati. Kaup balik.
Sediakan loyang, gris dasarnya dan lapik dengan baking paper, bakar selama 45 minit - masak.
Suhu 150-180 degree.
Bila kek masak, keluarkan dari oven dan telengkupkan atas redai selama 5 minit. Untuk elakkan kek mendap.
Terbalikkan semula dan biar sejuk sebelum letak filling @ deko.
Potong kek kepada 2 bahagian dan letak fresh cream. Hias ikit kreativiti.

UNTUK FILLING & DEKO:

Fresh cream dan yam paste secukupnya

- Pukul fresh cream @ non diary whip cream yang dicampur dengan yam paste hingga bertanduk dan sedia untuk digunakan.

ok.. tutup balik, jom naik opis kita ngapppp...

Saturday, 20 June 2015

CONGO BAR, BEST, SEDAP & MUDAH

Congo bar pernah menjadi fenomena di alam maya satu ketika dulu. Saya memang suka makan Congo Bar ni, sedap. Rasanya sedikit macam biskut dan sedikit macam kek. Dah banyak kali saya buat Congo Bar ni, tapi kali ni saya guna resepi dari kak zalina, sedap sbb ala2 macam brownies sket. Kalau nak lebih mudah, boleh ke blog beliau sebab ada step by step lagi. Rasa congo bar resepi kak zalina macam bronis sebab kandungan butternya di tambah dari kebiasaan saya buat 150grm tapi resepi kali ni memerlukan 250grm butter. Haisshhhhh memang sedap sangat. Adunan saya agak kecoklatan sedikit sebab saya sesuka hati tambah 1 sudu besar coklat serbuk, dan saya keluarkan 1 sudu besar kandungan tepung. Pepandai aje kan.... Congo bar ini sesuai juga di sediakan untuk hari raya nanti bagi menjamu tetamu datang ke rumahkan, potong kecik2 letak dalam paper cup comel, kannnn.... Jom tengok resepi. 


BAHAN-BAHANNYA
310 gram Tepung Gandum
2 1/2 sudu kecik Baking Powder
250 Butter ( ramai yang buat guna 150 gram butter.. terpulang nak ikut yang mana okey..)
300 gram Gula Perang
3 biji telur B
1 sudu kecik Esen Vanilla
SEBELUM DI BAKAR
CARA-CARANYA

Pukul butter dan gula perang. Sebaiknya butter yang dah lembut sikit iaitu yang dah lama kita keluarkan dari petiais. Pukul tak perlu hingga kembang. Guna kelajuan perlahan aje.

Kemudian masukkan telur. Pun pukul sekejap aje. Masukkan Esen Vanilla.

Masukkan tepung gandum yang dah dicampurkan dengan Baking Powder. Selepas tepung dah gaul rata, kita kaup balikkan adunan.

Masukkan Coklat Chip banyak mana ikut suka. 1 cawan pun okey.

Acik guna loyang 10 x 10. Tak boleh guna loyang kecik, nanti tak masak bahagian tengah. Kita lengserkan loyang dengan margerin atau butter dan kita alaskan dengan baking paper. Kemudian kita masukkan adunan ke dalam loyang. Ratakan kesemua bahagian. Taburkan coklat cip.

Boleh juga kalau nak letak almond slice.. tapi kalau letak almond slice banyak , bila potong jadi comot sikit... kalau nak senang potong, kita taburkan almond nib aje.


Friday, 19 June 2015

TEMPAHAN , TEMPAHAN

Saja nak menepek tempahan-tempahan yang lepas, tak pe kannnn... hahahaha. Order dari ibu rakan anak saya setadika.... hahahaha boleh gitu, untuk guru-guru pasti. Terima kasih ustazah siti. Ustazah siti ni cikgu kafa. Terima kasih daun keladi lenkali oder lagi yer...

kek2 keju leleh 




kek minyak

Wednesday, 3 June 2015

COKLAT BROWNIES (resepi dari kursus latihan 1 Malaysia)

Tajuk post kali ni tak tahan.. bkn apa pun takat coklat bronis aje, cuma tajuk aje gimik yer, teringin sangat nak makan brownies kedut tu, tapi tak kesempatan nak buat lagi. Tapi wiken haritu, adik saya nak datang rumah bersama rakan-rakannya, kesempatan itu saya buatkan bronis coklat sebagai desert disamping hidangan nasi tomato untuk di jamu tengahari itu. Lama saya tak godek-godek resepi semasa saya pergi kursus 1 Malaysia di Kolej Komuniti Selayang haritu. Mudah aje, main godek2 pastu bakar. Itu yang rajin sangat nak buat.... bagi praktikkan kembali skill2 yang lama dah tersimpan ni. Ikutkan malas saya nak taip. Saya letakkan snap shot camera aje. tapi macam tak clear pulak. Takpe saya taipkan semula untuk rakan-rakan yer.

abis terbelah dua.. minta tolong anak bujang kuarkan dari oven,
even dah pakai mitten panas katanya..
dia terus tercampak loyang atas meja... adehhh.. 


Bahan-bahan
250grm majerin
1 1/2 cwn gula kastor
2 cwn tepung gandum
2tsp baking powder double action (yg biasa pun ok)
4 bj telur
1 tsp esen vanila
370gm coklat masakan (saya guna coklat berylls)

cara-cara
1. Cairkan coklat secara double boiler
2. masukkan majerin dan kacau hingga majerin cair.
3. masukkan gula dan kacau hingga gula larut
4. Masukkan telur dan seterusnya masukkan tepung
5. Sedia untuk di bakar. Suhu 180 darjah celcius selama 30-40 minit. Guna loyang12x12 (tpi saya guna loyang 10 x 10 aje tu, x de loyang besar sgt) .

nota : kita boleh variasikan brownies kita seperti yang tercatat dalam nota di bawah


Monday, 18 May 2015

OPEN ORDER FOR THIS WEEKEND

SALAM SAHABAT, MINGGU NI ADA OPEN ORDER UNTUK KEK KEJU LELEH DAN PAVLOVA YER. SESAPA YANG NAK SELIT ORDER BOLEH WASUP SAYA DI NOMBOR TELEFON 0162700481 YER ATAU MESSAGE SAYA TERUS YER. HARGA KEK KEJU LELEH PELBAGAI PERISA MACAM BIASA RM12 DAN HARGA MINI PAVLOVA RM15 SEBEKAS. FREE DELIVERY ON SATURDAY AND SUNDAY YER..... (meliputi kawasan Wangsa Maju, Setapak, Gombak, Sri Gombak dan kawasan-kawasan yang berdekatan yer)
   
KEK KEJU LELEH PELBAGAI PERASA RM12
PAVLOVA RM15 SEBEKAS

Friday, 15 May 2015

HEPI BESDAY SHARAFANA DARWISHA

Ramainya besday bulan 5 ni.. Besday anak buah saya jatuh pada 4 mei... Selamat hari lahir sayang.. semoga berjaya dunia dan akhirat. Saya buatkan Kek sponge dilapisi dengan blueberry filling dan di salut dengan  fresh cream, kek 9 inci berat lebih kurang 2 kg ++. Deco memang cacamerba, maklumla baru balik dari kampung memang kepenatan. Alhamdullilah menurut anak buah kek memang habis di makan oleh rakan2 setadika, licin katanya. Emaknya pun turut tak dapat merasa.. takpe lain kali kita wat lagi yer.




Wednesday, 13 May 2015

SELAMAT HARI IBU



HARAP MASIH TIDAK TERLAMBAT LAGI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IBU YANG JATUH PADA 10/5/2015 LALU UNTUK SEMUA IBU DI DUNIA INI. SEMOGA KITA DAPAT MENJADI IBU YANG TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK KITA (PSST: WALAUPUN SEDIH DENGAN KEJADIAN BUANG BAYI BARU-BARU INI) SEBAGAI SEORANG IBU RASA SANGAT PELIK ADA IBU YANG TERGAMAK BERBUAT BEGITU KEPADA ANAK KITA SENDIRI. TIADA PERASAAN KE MEREKA?, TAK TERCUIT SIKIT KE HATI MELIHAT INSAN KECIL YANG COMEL ITU? MANUSIA SEKARANG SEMAKIN TIDAK BERPERI KEMANUSIAAN DAN HATI BATU. 

SEMOGA ALLAH MEMBERI PERLINDUNGAN KEPADA AHLI-AHLI SYURGA KECIL INI. DARI DIA KITA DATANG DAN KEPADA DIA KITA KEMBALI......  

SEBELUM TU JOM KITA LAYAN GAMBAR KEK HARI IBU. FRESH CREAM SPONGE KEK WITH BLUEBERRY FILLING. JOM LAYAN...

a side slice of cake
3 layer of cake..
side yang agak seksi....

Monday, 6 April 2015

KEK LEMON

Ketamakkan membeli lemon aritu di Aeon Big, murah le katakan, RM0.90 sebiji. Bantai le beli bebanyak, kekonon nak buat air detox le tu. di sebabkan takde masa punya pasal, abis le 2 biji lemon lenyor dalam peti sejuk. Nak buat minum, confirm anak-anak memang tak minum air masam-masam ni. Lagi pun petang Ahad tu buntu nak buat minum petang untuk anak-anak. Jadi jom le kita perabiskan buah lemon ni daripada membazir. Adehhhh.. tapi leka punya pasal, kek ni terhitam sikit bahagian atasnya, tapi tak pe, kek di rumah saya ni, macam biasalah memang licin, tolak batu dan kayu aje. Masaklah apa pun, memang anak-anak jenis pemakan, memang licin lincau punyalah, alhamdullilah memang tidak membazir. Insyaallah. Dulu-dulu memang anakk-anak saya ni jenis yg picky sikit, tetapi sejak membesar bagaikan johan ni, memang senang saya nak sediakan makanan untuk mereka. Cuma kena rajin dan tak aje untuk pelbagaikan menu makanan mereka.





SUMBER : POTRET KASIH

Resepi Sicilian Lemon Cake

250g butter ( lebih sedap guna yg high quality butter )
1 1/4 cawan gula caster ( boleh kurang kepada 1 cawan )
2 cawan tepung naik sendiri
4 biji telur ( grade A)
1 biji oren ( diambil parutan kulitnya )- saya tukar 2 biji lemon
1/2 cawan jus limau – saya tukar kepada jus lemon

Icing (glaze):
1/2 cawan gula icing
5 sudu makan jus limau/lemon

Cara Penyediaan

1. Pukul butter bersama gula hingga berkerim. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
2. Masukkan parutan kulit limau.
3. Dengan menggunakan spatula masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup dan balikkan hingga adunan sebati.
4.Perlahan2 masukkan jus limau dan kacau.
5. Masukkan adunan dalam acuan dan bakar selama 45 -50 minit pada suhu 160 darjah celsius.
6. Sejukkan dahulu barulah diletakkan glaze.

Untuk glaze/icing

**Ayak gula icing dalam bekas kemudian satukan dengan jus limau… pukul/kacau hingga sebati. Bolehlah letakkan di atas kek tadi…



Thursday, 26 February 2015

QUANTITY SURVEYOR THEME CUP CAKE

Meh nak belanja 1 gambar...Ehh silap 2 gambar. Seorang QS mengoder cupcake sempena hari pertunangannya haritu. Saya buatkan figurine topi keselamatan, kon keselamatan, Square ruler, kalkulator, Architect drawing, safety boot dan buku. Terima kasih banyak2 yer... lenkali ode lagi tau...

Cupcake : KEK COKLAT wt GANACHE + FIGURIN

Resepi Gump paste (sesuai untuk membuat figurin dan bunga)

Caranya sama seperti membuat fondant seperti post saya sebelum ini, tapi saya letakkan juga di sini resepi tersebut.

RESEPI FONDANT

63 ml air
1 sudu besar gelatin halal ( guna Halalgel)
125 ml sirap glucose
1 1/2 sudu besar gliserin
2 sudu besar lemak sayur (shortening)
1 kg gula aising (Ayak dulu)
Pewarna pilihan

Cara-cara

1. Kaedah double boiled akan digunakan utk membuat fondant ni. Bekas tahan panas diperlukan utk proses memasak.

2. Tuang air ke dalam bekas dan masukkan gelatin. Kacau dan ketepikan (lebih kurang 1min) supaya gelatin kembang.

3. Double boiled bahan td. Kacau gelatin sehingga larut.

4. Kemudian masukkan glucose, gliserin & shortening ke dlm bahan yg sudah larut td. Kacau sehingga semuanya larut.

5. Setelah semua bahan larut. Tutup api dan biarkan bahan td sejuk atau suam2 gitu.

6. Setelah bahan suam2 kuku, masukkan sedikit demi sedikit gula icing dan kacau sehingga sebati (lebih kurang 500gm gula, doh akan keras sedikit. Proses menguli boleh diteruskan menggunakan heavy duty mixer, breadmaker atau teruskan dgn uli menggunakan tangan)

7. Biarkan doh semalam utk hasil yg lebih baik. Simpan dalam bekas yg kedap udara. Boleh simpan didalam suhu bilik.

8. Seterusnya, proses mewarnakan doh. Bahagi doh kepada beberapa bahagian. Titiskan sedikit sahaja pewarna sehingga dpt warna pilihan hati.



CUMA UNTUK GUMPASTE, SAYA AMBILKAN 

250GRM FONDANT YANG DI BUAT TADI 
1 SDT GUM TRAGACATH/CMC/GUMTEX. (boleh beli di kedai bakeri)

Cara-caranya
Kedua-dua bahan di uli sehingga sebati. Kemudian bolehlah di gunakan untuk membuat figurin atau bunga-bungaan. kerana gumpaste lebih tahan lasak dan cepat kering berbanding fondant.


Friday, 2 January 2015

KEK PISANG BERSANTAN

Tak abis lagi cerita buah pisang ni lagi.. Hahahaha... nasib badan le yer.. ada lagi baki buah pisang ni selepas saya tamak perisi biji-bijinyer saya frozenkan dalam frezeer. Kekonon nak masak macam-macam le sangat... apam le bagai tapi hapa pun tarak.. last2 nak perabiskan pisang ni saya wat kek lagi... hehhheeh tak abis2 kek lagi kan.... peduli apa saya.. yang penting abis.. selesai sedekah kat jiran tetangga..... Resepi saya amik kat blog kak zalina disini yer..

Yang saya buat ni adunan untuk 3 loyang yer. Itu yang saya pilih resepi ni.. biar settle semua pisang tu...  Kalau kawan-kawan nak buat .. bahagi 2 atau 3 yer dari resepi ni..
gedebob...

Bahan-bahan
*500 gm Pisang yang dilenyek
*1 cawan Santan (boleh di gantikan dengan susu full krim atau susu cair)
750 gm Tepung gandum
3 sdt Bikabonat
3 sdt Baking Powder
2 cwn Minyak masak
6 bijiTelur gred A / 7 biji telur gred B
600 grm Gula pasir
1sdt Perasa Pisang 
badam dan coklat cip untuk taburan atas kek 

nota : bahan bertanda * dicampur bersama


Cara-caranya

Mula2 pukul telur dan gula guna mixer hingga gebu. Sambil tu ayakkan tepung bersama-sama bikabonat dan baking powder 

Apabila telur dan gula dah gebu masukkan pisang yang telah di gaul bersama santan tadi, putar sehingga sebati kemudian masukkan tepung yang telah di ayak tadi. putar sehingga sebati. 

Akhir sekali masukkan minyak masak dan putar sekali lagi. Jangan lupa letakkan esen pisang juga yer.

Lenserkan loyang dengan margerin kemudian bahagikan adunan sama rata setiap loyang...bakar dalam oven pada suhu 150 darjah celcius selama 35 minit. ni suhu oven saya.. ikut kebiasaan suhu oven masing-masing yer.




Monday, 22 December 2014

KEK PISANG GEBU


Retetan dari cerita buah pisang semalam. sempat juga saya buat kek pisang ni.. sedap dan gebu, resepi saya amik dari blog jintan manis Memang gebu kek pisang ni..


selepas di bakar.. tak sabar nak potong dan makan
 2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur
gebukannn...
caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 150darjah.

2. Putarkan telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, kalau tak berterabur tepung satu dapur nanti.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 150 darjah selama 40 minit atau satu jam atau ikut oven masing-masing yer, oven saya ni kalau bakar kek mmg suhu ni lah yang menjadi pilihan saya.

4. Apabila telah masak, keluarkan kek dari acuan dan sejukkan atas redai kek. saya memang suka makan kek ni masa suam-suam kuku.. sedap makan panas-panas. 




memang gebu sangat

Sunday, 21 December 2014

PISANG OH PISANG..

 Bekalan dari kampung, alhamdullilah.... Separuh dah saya berikan pada jiran... Ada lagi separuh.. Minggu ni menu bertemakan pisang ye kawan- kawan. Pisang ni sedap, manis berdecit tapi sayang banyak biji pula.. Pagi ni sarapan kek pisang, minum petang nanti kita buat cekodok pisang dinner pulak kita buat pisang goreng pulak... Nasib la.. Sesiapa yang tinggal belah2 sri gombak kalau rasa2 nak pisang khabaq mai na.. Boleh saya anta umah.

buat kek pisang

Friday, 19 December 2014

TEMPAHAN KEK KEJU LELEH DAN ROTI SARANG LEBAH

ALHAMDULLILAH REZEKI ARINI, ADA TEMPAHAN 2 BIJI KEK KEJU LELEH, 1 KEK KEJU LELEH COKLAT (BIRTHDAY) DAN 2 BEKAS ROTI SARANG LEBAH. SYUKUR REZEKI DARI ALLAH SEMOGA BERTAMBAH LAGI.. AMIN...



Sunday, 23 November 2014

MAI ORDER-ORDER

Menyiapkan pelbagai tempahan beberapa minggu lepas. Tak banyak tapi sangat alhamdulillah... Sesapa berminat boleh hubungi saya yer 0162700481. Fondant kek kawin menunggu turn pula lepas ni, doakan saya berjaya membuatnya yer kawan-kawan

 Kek : Coklat Moist
Coat : Coklat Ganache
Cover : Fondant


Kek : Strawberi Baked Cheese kek
Coat : Fresh Cream

Kek : Cokla moist wt ganache 

Chicken Pizza

Vanilla kek keju leleh

Friday, 24 October 2014

KEK MINYAK



KEK MINYAK PERNAH MENJADI SATU FENOMENA DI FB SUATU KETIKA DULU. SAYA PUN AMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENCUBA. BANYAK KALI DAH BUAT KEK NI. MEMANG SANGAT SESUAI DENGAN TEKAK SAYA DAN FAMILI. BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMBUAT KEK NI PUN MUDAH. SAYA DAH NAIK HAFAL RESEPINYA SEBAB SELALU SANGAT BUAT. KEK INI JUGA SESUAI DI BERI HADIAH UNTUK JIRAN TETANGGA, LEBIH-LEBIH LAGI YANG BUAT KENDURI. INI AJE YANG SAYA BEKALKAN UNTUK JIRAN TETANGGA.

KEK NI LEBIH SEDAP BILA DI MAKAN KEESOKKAN HARINYA. LEBIH MOIST GITU. JOM SKODENG RESEPI.

RESEPI
BAHAN-BAHAN
5 BIJI TELUR
1/2 CAWAN GULA
1 CAWAN SUSU PEKAT
*2 CAWAN TEPUNG
*1 SDT BAKING POWDER
1 SDB OVALLETTE
1 CWN MINYAK MASAK
1 SDT ESEN VANILLA
BEBERAPA JENIS PERASA YANG DI INGINI

BAHAN BERTANDA * DI AYAK BERSAMA. KETEPIKAN.

CARA-CARANYA
PUKUL TELUR DAN GULA SERTA OVALLETE SEHINGGA KEMBANG, KEMUDIAN MASUKKAN SUSU PEKAT DAN ESEN VANILLA, PUKUL SEHINGGA SEBATI. MASUKKAN MINYAK DAN PUKUL RATA. AKHIR SEKALI MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT SEHINGGA SEBATI. ASING-ASINGKAN ADUNAN MENGIKUT PERISA DAN WARNA YANG KITA INGIN KAN DAN BOLEH LAH KITA MARBLEKAN KEK TERSEBUT. BAKAR PADA SUHU 150 CELCIUS (INI OVEN SAYA) SELAMA 50 MINIT DAN GUNAKAN API ATAS DAN BAWAH. BIARKAN KEK SEJUK BARULAH DI POTONG.