Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts
Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts

Sunday, 21 June 2015

BLUEBERRY CHEESE TART

Alhamdullilah, dapat order lagi, walaupun tak banyak tapi every week memang tak miss dapat order. Kali ni rakan ofis suami saya order cis tat sebanyak 60 biji. Sebenarnya saya dah banyak kali buat cis tart ni, dan pada pendapat saya resepi anna Qawina ni memang sedap dan lazat. Crustnya makan begitu sahaja pun dah cukup sedap. Trylah buat memang sangat puas hati. Tapi kalau rasa tak de masa boleh aje order dengan saya di talian 0162700481. (hehehe sempat lagi tu).... Dengan resepi di bawah saya dapat buat banyak crust, kalau tak silap saya hampir 100 biji. Dapatlah saya buat lebih untuk makan-makan anak-anak saya juga. Bab ni memang kena wajib, kalau tak memang anak-anak saya bising. Macam tu la kalau dapat order memang kena wat sebijik untuk depa. Kekadang saya malas gak. Penat kotttt....


RESEPI CHEESE TART
Cheese Tart by AnnaQawina

CRUST

Bahan-bahan :
250g mentega Buttercup
120g gula ising
2 biji telur gred B
480g tepung gandum (kalau lembik tambah tepung lg)
Cara-cara :
Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
*Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
*Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
Simpan crust dalam bekas kedap udara.
ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
Pastikan acuan tidak basah.

CREAM CHEESE FILLING

Bahan-bahan : (Untuk 50pcs cheese tart)
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang cream cheese ke atasnya.
Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Wednesday, 25 February 2015

PAU BUNGA


Adehhh.. lama betul saya tak update blog. Bukan apa, tak de masa. Ceh wahhh.. hahaha poyo aje suma tu. Hari ini saya nak selitkan resepi kuih pau... hah jangan terkejut.. kuih pau tau.. tapi kali ni sepesel sket sebab saya buat munge2 sket. Wahhhh... gigih membuat kuih ni.... adeh sakit pinggang nak perabiskan satu adunan.. Resepi saya skodeng dari kak Ros. Kekonon nak buat cam renbow ... (renbow le sangat kann..) dan cara buat pulak saya tak ikut kak ros (kak ros ikut kak wan) saya cuma lenyekkan adunan dan canai leper, kemudian tekap bulat2 (guna gelas aje), buat dalam 4 colour bulatan, saya buat warna biru, pink, putih dan kuning. Kemudian cantumkan adunan bulat bertindih sedikit antara satu sama lain, belah di tengah (jadi semibulatan), kemudian baru letak inti di bulatan pertama dan gulung yer, so jadilah bunga rosnya. Sorilah saya tak amik gambar, tak sempat, sambil pulun buat sbb takut baby saya bangun. Kalau dia bangun memang pelangi anganku musnahlah... memang tak boleh buat keje. Resepinya.. saya copypaste aje dari blog kak ros yer.


Bahan-bahan ( 10 biji )

250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
3g (3/4 sudu teh) yis kering
2g (1/2 sudu teh) baking powder
50g (4 sudu makan) gula castor- tun letak 40g
20g (1 sudu makan) lemak sayuran(shortening)
2g (1 sudu teh) bread softener- tun guna bread improver
1/2 cawan air suam

Cara membuatnya

1- Campukan semua bahan kecuali air kedalam 1 mangkuk besar.
2- Campurkan beberapa titik pewarna merah/pink bersama air suam
3- Ramas semua bahan hingga sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit.Jika tak cukup lembut ,tambahkan sedikit lagi air
4- Uli adunan hingga menjadi lembut dan licin dan tidak melekat ditangan.Tutup mangkuk adunan dengan tuala kering dan biarkan selama 10 ke 15 minit.
5- Selepas 15 minit, bahagikan adunan kepada 8/10 ketulan kecil -lebih kurang 50 grm sebiji.
6- Biarkan sebentar.
7- Taburkan sedikit tepung gandum diatas papan canai dan ambil sebiji adunan dan leperkan mengunakan tangan dan gelek menjadi nipis dan bulat.Letak sebiji inti ditengah dan balut menjadi sekuntum bunga ros/mawar.(Refer blog kak Wan untuk cara-caranya).
8- Letakkan Pau diatas sekeping kertas(P.Ros guna cupcake paper.Atur dalam kukusan dan kukus pau lebih kurang 10 minit hingga masak, saya pun guna kertas cupcake aje..

intinya,
inti kacang merah yang saya beli di kedai bakeri aje dan lebihan inti kelapa yang saya buat koci 2 hari lepas... 

Tuesday, 28 October 2014

PISANG GORENG SALTED CARAMEL CHEESE.

SEKARANG MANA-MANA AJE MESTI SIBUK TENTANG PISANG GORENG CHEESE. SAYA PUN SUKA MAKAN PISANG GORENG NI, SEDAP DAN LEMAK BERKRIM. TAPI HARGA DIA MAHAL YA AMPUN DAN KUANTITI DIA SIKIT AJE. ALAHAI... TAK PUAS KAMI SEFAMILI MAKAN. MAKLUMLAH AHLI KELUARGA MAKAN.. MAU KENA BELI RM50 BARU CUKUP KOT. SEDAP GORENG PISANG NI, NGALIT MAKAN. SEDAR2 AJE DAH ABIS. ANAK2 PUN REQUEST KAT UMI DIA NI, SURUH BUAT. ABAHNYA PUN DOK KOMPLEN TAK CUKUP. CAMNO ABAH OOII.. ANAK-ANAK KITA 5 ORANG, BERKORBAN LE SIKIT SAYANG. JADI WIKEN TU SAYA BUAT UNTUK ANAK-ANAK, HAH MAKAN LE SAMPAI KENYANG YER. TAPI SAYA BUAT LAIN SIKIT, SAYA LETAKKAN SOS KARAMEL. MEMANG TERANGKAT LA. TAK PERCAYA TRY LE BUAT. SOS KARAMEL NI PUN BALANCE DARI SOS SAYA BUAT ROTI SARANG LEBAH HARITU. MEMANG HEAVEN SANGAT. NANTI SAYA NAK CARI PISANG 'AWAK' PULAK.... HEHEHHE BUKAN KAMU YERR.... SAJA MELAWAK YER. PISANG AWAK NI SEDAP DI BUAT PISANG GORENG KERANA RASANYA YANG MANIS. OO TAK SABAR NAK MINTAK CIK ABANG BELIKAN. KEBETULAN LEBIHAN SOS MASIH ADA LAGI NI.


Bahan Adunan Tepung Goreng pisang

2 cawan tepung beras
1 biji telur
1 s/k air kapur (tak letak pun)
1 s/k kunyit serbuk
garam
air secukup

Cara
1. Bancuhkan bahan sehingga rata dan biarkan sekejap. Jgn cair sangat, konsintensi adunan ala-ala roti jala yer.
2. Panaskan minyak yg banyak.
3. Masukkan pisang yg dibelah 2 dalam adunan tepung dan jemputkan ke dalam kuali.
4. Bila telah kuning keemasan angkat dan toskan dalam tap.

roti sarang lebah di siram salted karamel



Salted Karamel
3/4 cwn gula perang 
1/2 cwn butter 
1/2 cawan heavy cream (saya guna susu cair aje)
1 sdt garam 
1 sdt vanila esen

Cara
Cairkan butter, kemudian masukkan gula perang, kacau sekata.. kemudian masukkan heavy cream/susu cair, dan masakkan sehingga mendidih. masukkan garam dan esen vanilla dan masak sehingga sos pekat.

*** sedikit cheddar cheese untuk taburan
cara susunan goreng pisang 

selepas goreng pisang, semasa panas-panas tu letakkan sos karamel sebanyak mana yang kita suka dan kemudian taburkan cheddar cheese. kalau saya tutup dengan pinggan sekejap biar kepanasan goreng pisang tadi mencairkan sedikit cheese tu. kemudian boleh lah di hidangkan..... sedap sangat

Monday, 25 August 2014

German Cookie

Sedap biskut ni, memang kesukaan anak2 saya. Abis sebalang, sekelip mata aje. Sedap rasanya dan nak buat pun mudah. Sejak ada anak kecik ni, biskut raya yang dibuat jenis yang cepat dimasak, sedap dimakan...

Bahan-bahannya
(Resepi dari  jumeeliza)

250grm butter
80grm gula icing
*250grm tepung kentang
*160grm tepung gandum
secubit garam

Bahan bertanda diayak.

Cara2

Butter dan gula icing di pukul hingga sebati. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul sehingga menjadi doh, kemudian simpan di dalam fridge dlm 30 minit. Ini kerana doh agak lembut. dengan simpan dlm fridge memudahkan untuk bentuk doh. Buat bentuk bulat2 dan tekan dengan garpu. Bakar dalam suhu 170 celcius selama 20 minit atau sehingga masak. (Pst... Saya sapu dgn susu segar dan taburkan gula pink (gula kasar di dlm beg plastik, di titiskan pewarna pink kemudian shake sehingga serata warnanya.). Mudahkan... kalau nak mudah lagi.. ode aje ngan saya... hehehehe sempat lagi tu.

German cookies.







Monday, 3 December 2012

Durian Crepe (versi 2)

Saya try lagi buat crepe doyan ni tapi menggunakan resepi kulit crepe yang lain. Pada pendapat saya le tiada beza bagi kedua-dua resepi kerana rasanya hampir sama sahaja.

Sumber dari : tateh 


A. Bahan-bahan untuk kulit Durian Crepe)
50 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
2 sudu besar gula halus
3 sdudu besar ‘butter’ (dicairkan)
160 ml air
40 ml susu cair
1 sudu kecil serbuk vanila
(boleh letak pewarna@ perisa buah-buahan yang anda suka)
P/S: Kalau tak nak letak pun, tak mengapa
B. Cara membuat kulit Durian Crepe:
1. Satukan tepung dan ayak gula halus.
2. Masukkan susu cair.
3. Masukkan telur yang dikacau sedikit.
4. Masukkan serbuk vanila atau perisa vanila
5. Masukkan air dan kacau sehingga sebati menggunakan whisk.
6. Masukkan ’butter’ yang dicairkan..
7. Tapis adunan, sedia untuk dimasak.
C. Cara memasak kulit Durian Crepe:
1. Gunakan kuali anti lekat (non stick pan) atau kuali leper yang disapu sedikit minyak
2. Tuang sesenduk kecil adunan dalam, kuali jangan terlalu tebal atau nipis sangat
3. Biarkan masak seketika.
4. Apabila sudah masak, terus angkat (tidak perlu diterbalikkan)
5. Maksudnya masak sebelah bahagian sahaja
D.Bahan-bahan untuk inti Durian Crepe:
Isi durian yang dibuang bijinya
150ml ‘fresh cream’ (dipukul)
E.Cara membuat inti Durian Crepe:
1. Letak kepingan kulit tadi, yang licin di sebelah bawah.
2. Letak sesudu ‘fresh cream’, letak isi durian dan letak ‘fresh cream’ lagi di atasnya.


Wednesday, 21 March 2012

Jom...Makan Ubi Kayu..

Ubi Rebus + air kopi ...
Assalamualaikum dan Morning suma, pagi2 ni makan Ubi kayu rebus aje... wah sedap, tingat zaman kecik2 dulu, kalau kat kampung inilah yang nenek jamu untuk sarapan pagi... Bila dah makan camni teringat lak zaman2 memori pokok pisang dulu2... Makan Ubi kayu rebus + Sambal Tumis + Air kopi , fuhhh mmg terbaik.. lagi2 makan ramai2 dan berebut... mmg le licin ... kalau bab2 makan berjemaah camgini mmg berselera sungguh, masakan tak sedap pun jadi sedap kannnn...... 

Thursday, 19 January 2012

BUAH NANGKA, LANGKA AND JACKFRUIT..

BLEH TAK GITU ... .. SEBENARNYA DAPAT BUAH NANGKA YANG MASAK RANUM DARI RUMAH EMAK, TAK TAU NAK WAT APA.. BANYAK PULAK TU, SO FIKIR PUNYA FIKIR SO SAYA PUN DECIDED NAK WAT SERAWA NANGKA DENGAN SAGU MATA IKAN (EHH BETUL TAK SAYA PANGGIL NI.. TAPI KALAU KAT UMAH ITU LE YG KAMI SATU FAMILI PANGGIL)....

INI LEH RUPA SAGU TU (GAMBAR IKHSAN GUGEL EKK)
SO, SAYA BUAT BANYAK GAK LE.. BLEH DIAGIH-AGIHKAN KE RUMAH MAK SAYA SKET, RUMAH PENGASUH ANAK SIKIT DAN BAWA PEGI OFIS SIKIT... HAMBEK .. BANYAKKAN, SAMPAI BANYAK TEMPAT BOLEH DIAGIHKAN TU ....

PENGAT NANGKA... MAAF YE TENTANG KOLITI GAMBO NI  EKK..
(TAKDE SUKATAN YA, SEBAB SAYA HANYA AGAK2 AJE, IKUT SELERA DAN KEPERLUAN SAYA)


SERAWA SAGU BUAH NANGKA

SAGU MATA IKAN 
AIR (UNTUK KEMBANGKAN SAGU)
GULA PUTIH
SEDIKIT AIR GULA MERAH 
SANTAN 
SECUBIT GARAM
BUAH NANGKA RANUM
DAUN PANDAN

CARA-CARANYA

1. BERSIHKAN DAN BASUH SAGU, KEMUDIAN TAPISKAN 
2. REBUS AIR HINGGA MENDIDIH DAN MASUKKAN SAGU 
3. MASUKKAN SAGU DAN KACAU SEHINGGA KEMBANG, 
4. KEMUDIAN MASUKKAN   SANTAN DAN GULA PUTIH DAN GULA MERAH, KACO  SEHINGGA SEBATI.
5. MASUKKAN BUAH NANGKA RANUM YG TELAH DI POTONG MEMANJANG, DAN KACAU SEHINGGA SEBATI DAN MENDIDIH.

 SO PAGI NI KAMI SEKELUARGA MAKAN SERAWA NANGKA CICAH ROTI GARDENIA.....





Tuesday, 10 January 2012

I LOVE U

Do u love me? i hope so.. teringin sangat makan kuih bakar.. so kedapo le saya dan mengodek2 bahan alhamdullilah ada suma bahan cuma x de bijan aje... santan pun saya belasah santan serbuk .. Bijan x de so saya ganti le dgn hawaiian coconut.... tapi bila di fikir2 nape le saya x letak aje almond nib yg berlambak kat umah ni... haishhh.... tapi tak pe le.. nak wat camne dah siap pun kuih bakar ni.. so ngap aje le.. sedap gak .. bleh tahan rasanyer .. garing2 kat atas di tambah plak ngan serdak2 coconut hawaian tu ....saya juga x guna perwarna hijo sbb dah abis ekk ... itu yg nampak malap aje kuih bakar saya nii..


Bahan-bahan ( 6 org )

penyumbang resepi : joayee

KUIH BAKAR
  • 1 cup gula
  • 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
  • 2 cup tepung gandum
  • 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
  • 2 tbs butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 tsp garam
  • colour hijau
  • bijan

Cara-cara

  1. campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
  2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
  3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing




Monday, 17 October 2011

karipap karipap cinta

saya sangat.. sangat .. suka karipap.. dulu masa kecik2 mmg mak saya menjual kuih ... so karipap mak mmg menjadi sebutan le .. so saya tempakkan disini resepi karipap nyer yek.. utk rujukan saya nanti ...

doh karipap
3/4 cawan minyak
2 sudu besar majerin/butter
4 cawan tepung
2 cawan air panas + 1/2 sudu kecil garam di kacau sebati ekk dgn air tu

inti
4 biji keledek / kentang
secukup udang kering
secukup halia + bawang + bawang putih (ditumbuk)
secukup daun sup
daun kari sket
1 paket rempah kari (saya x kesah kari ikan ke kari daging ke.. dua2 pun sodap)
garam dan gula secukupnyer

cara buat doh
Minyak dan majerin di panaskan hingga cair
tepung di lubangkan tengah2 kemudian masukkan majerin cair itu .. gaulkan segera (guna senduk ekk nanti melecur lak tangan tu )
kemudian masukkan air sedikit demi sedikit (tak perlu abiskan) bila dah membentuk doh berhenti le tuang airnyer ekkk...(lagi sekali masa proses tuang air panas tu guna senduk bila dah sejuk sedikit baru le oooooli sungguh doh tu sehingga berminyak sedikit .. kemudian leh le gunakan untuk menbalut inti karipap...oppps tapi inti nye kita lumm  wat lagi kan... ok .. itu mudah aje ...

cara2 intinyer

tumis bawang+bawang putih + halia  dan udang kering sehingga naik bau, masukkan daun kari.. hingga naik bau, kemudian masukkan rempah kari .. masak hingga garing sket.. kendian baru le masukkan air dalam 2 cawan (atau kandungan air sama paras dgn inti keledek itu ekk) ..serta perasakan dengan garam dan gula kendian barule masukkan keledek.. tunggu hingga air kering, last kali taburkan daun sup ... ok siap  (lupa lak ... keledek tu potong dadu ekk.. saya mmg lebih suka keledek dari kentang sbb keledek ni maniss sket..
..Kemudian bentukkan karipap kita bersama intinyer (guna acuan karipap pun bleh).. kemudian goreng .. saya guna periuk, wat cam ala2 deep fry tu.. minyak mmg kena banyak ... saya masukkan doh karipap itu masa minyak dia x panas .. ala2 suam gitu .. baru le doh dia x spt berbuih2 tu... kalau nak wat frozen pun bleh .. masak kan separun masak aje ekkk... kemudian packing kan dan masuk dlm peti ais (yg tempat air batu tu ekk).. senang bila ada tetamu dtg.. kita goreng aje .. jimat masa kannnn....
ok dah siap karipap kita,, so boleh le kita ngaaappppp...


Sori yg dah goreng , x sempat snap sbb dah di ngap..