Showing posts with label MASAKAN BARAT. Show all posts
Showing posts with label MASAKAN BARAT. Show all posts

Thursday, 10 March 2016

HOME MADE BISCOTTI

Resepi asal dari Anna Olson semasa saya tengok rancangannya di AFC, teruja le sangat.. nampak macam mudah (hehehe kalau tengok orang putih buat kek ke biskut ke, main campak-campak aje, jadi pulak tu). Bahan-bahan pun ada, jom le kita mencuba.. tak penah rasa ni, tapi teringin bebeno rasanya... Gagahkan diri juga untuk membuatnya... kelentang.. kelentung... ok siaplah biskoti kita... saya makan cicah kopi, ayah bebudak ni suka bebenor, sebab tak terlalu manis... sedang elok aje... Jom kita tengok resepinya..

Bahan-bahan

3/4 cwn gula,
1 3/4 cwn tepung,
2 sdt baking powder ,
2 bj telur,
1/2 cwn minyak masak,
secubit garam,
3/4 kekacang (saya letak bdm),
3/4 buah kering (saya letak kismis),
1 bj telur+air utk sapuan atas biscoti..
sedikit lemon zest (tak letak pn, xde)

cara2nya,
1. masuk telur+gula+esen vanilla+minyak.. kacau
2. masukkan kekacang dan buah kering, kacau sebati.
3. masukkan tepung.. gaul sebati
4. Adunan tepung di keluarkan dan di bentuk memanjang atas papan menguli.. (adunan agak lembik) tabur tepung untuk membentuk (saya letak dlm peti sejuk kejap.. agak2 dah boleh bentuk), dah bentuk sapukan telur atas adunan biscoti kemudian bakar (suhu 150 dalam 30 minit atau dah perang)
5. Keluarkan dan tunggu suam kemudian baru potong biskut... letakkan dalam tray balik dan bakar semula.. dalam 20minit plak .. siap... biskut ni tahan lama sbb bakar 2 kali..

cicah air kopi









Wednesday, 9 March 2016

Homemade pasta dgn sos bechamel & kacang peas....


HOMEMADE  PASTA WITH BECHAMEL SAUCE
SOS BECHAMEL

4 sdb butter,
5 sdb tepung,
4 cwn susu segar/cair,
scukup garam,
1 kiub ayam,
secukup lada hitam,
bay leaf, saya suka letak sket oregano,

Cara masaknya,
panaskan butter & sket myk dlm periuk, masukkan tepung dan kacau hingga sekata, kemudian masukkan susu dan kacau hingga sekata hingga tdk berketul2. letakkan suma bhn perasa dan daun bay, lada hitam dan oregano.. siap.. klu nak mkn mc&cheese, blh tambah cheddar chees... boleh pelbagaikan yer..
CANAIKAN DOH PASTA
HOMEMADE PASTA

Bahan-bahan
2 cwn tepung gandum (asal guna 1 cwn tpg gandum, 1 cwn tpg semolina, tp saya guna tpg gandum aje.)
2 biji telur
garam
2sdb minyak zaitun (sya guna minyak masak)

cara2nya
1. buatkan lubang di tengah tepung
2. pecahkan telur, letakkan garam, letakkan minyak masak
3. uli sehingga doh licin...
4. canai doh sehingga nipis.... kemudian gulung di antara tu bermain dgn tepung yer.. kalau tak melekat... setelah tu potong ikut lebar yg kta nk. kalau ada mesin buat mee tu.. letak aje dlm mesin yer...
5. celur pasta yg kita buat tadi dan boleh la kita gunakan untuk apa2 hidangan pasta yer...

POTONG DOH PASTA
SIDAIKAN SEKEJAP

Friday, 3 April 2015

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU

Aritu menyinggah ke blog Ayut.. adoii tergoda betul dengan roti lapis cheese dia. Boleh juga di panggil lasagna roti yer sebab sama aje konsep dia lapis dengan kepingan lasagna tapi kali ni kita lapiskan aje dengan kepingan roti. Kebetulan memang ada roti yang nak expire, daripada terbiar begitu saja, baik le di buatkan sesuatu supaya dapat perabiskan roti tu. Cara buatnya senang aje, tapi akak lapiskan, 3 kali lapisan roti untuk 1 loyang, kira-kira dalam 12 keping roti. Maklumlah anak ramai, kalau buat sikit memang tak cukuplah anak-anak makan, sebab anak-anak akak ni memang hantu cheese, boleh di katakan hampir setiap minggu akak stok up cheese untuk anak-anak. Suka sangat resepi ni sebab mudah. Anak-anak pun suka sangat, sedap katanya, alhamdulillah. Akak copy aje resepi dari ayut yer.
siap 1 loyang 

Bahan:

Untuk celupan

3 bii Telur
1 kotak Susu Full Crean
12 kpg Roti

Bahan untuk inti daging
1 tiub Daging kisar (yg cop ramlee)
1 bj Bawang besar (di hiris)
3 bj Bawang putih
4 sdb cili kisar( kalau suka pedas )
sedikit Sayur campur (akak letak carrot aje)
1sdb Rempah kari
Cheddar / Mozarella Cheese ( ikutla nak yang petak/parut )
2 sdk Oregano (akak tambah)
2 sdk lada hitam
sedikit minyak untuk menumis
1 kiub stok ayam (akak tambah)
sedikit dry parsley untuk taburan atas cheese 

dah siap untuk di makan 
Cara:

Tumis bahan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili dan tumis sehingga pecah minyak kemudian masukkan daging kisar dan masak masak sehingga empuk, jangan lupa tambahkan sedikit air yer untuk bagi empuk daging tersebut serta masukkan juga kiub stok ayam, oregano dan lada hitam. Kemudian tambahla garam bagi secukup rasa.

Jangan lupa sapukan seluruh loyang dengan minyak atau butter terlebih dahulu. Susu dan telur digaul sekali untuk bahan celupan.Celupkan roti dalam campuran dan susun dalam loyang kemudian lapiskan dengan daging dan letak cheese. Buat 3 lapisan. Akhir sekali atas roti,taburkan cheese. Siapa suka letak banyak,tabur jela banyak-banyak, (akak tabur sedikit dry parsley, saja aje nak menambah). Bakar pada suhu 180°C sampai nampak kering dan kekuningan sedikit. Siap!

mai sepotong... 





Friday, 6 March 2015

HOMEMADE CHICKEN CHOP

Seriously, puas hati buat sendiri, boleh buat banyak dan puas anak-anak makan. Resepi mudah saja, saya ambil resepi dari sini. Cuma saya tambahkan sedikit sosej, sayuran hijau dengan mayonis serta kentang goreng. Anak yang sulung komennya... ''Emmm sedap la umi, kalah dengan yang beli kat kedai''... hamboiii kemain jet hang nooo.... kembang habis umi dia ni hah... tapi ada sambungannya lagi lak si juri mastecep ni... ''tapi kalau umi tambah sikit hotdog kat abang bagi 2 biji lagi bertambah sedap, pastu tambah sikit kuah cam banjir tu lagi bes umi''. Podacit.... yang ada pun entah boleh habis ke tidak tu.... nak kuah lebih nak oiii... tu kat dapor ada lagi seperiuk kecil... ambil le semua... hahhaaha............... Jom skodeng resepi, saya copy aje dari blog kak aida yer. Selamat mencuba yer.

HOMEMADE CHICKEN CHOP
sumber resepi dari kak aida 




Chicken chop

Bahan2

3 ketul daging ayam boneless(sedap bahagian pehanye)
tepung jagung
serbuk roti
2biji telur (dikocak)

Cara2

1. basuh ayam dan letak sedikit garam dan lada hitam
2. panaskan api dalam kuali
3. golek2kkan ayam atas tepung jagung dan kmdn golekkan atas telur lak
4. slps golekkan atas telur golekkan pula atas serbuk roti
goreng dgn api yg sederhana...kalu bole tutupkn kuali agar daging ayam yg bhgn dlmnye masak
5. setelah ayam masak toskn dan lapkan dgn kitchen tissue agar dpt menyerap minyak(kena jaga       kesihatan)

Sos Blackpepper Chicken chop

Bahan2

2 cawan air
1 sudu butter
2 sudu tepung gandum (saya gantikan dengan tepung jagung)
1/2 ulas bawang besar (dipotong dadu)
1 1/2 sudu sos cili/tomato
1 sudu kicap
1 sudu sos tiram (saya xletak sbb xde stok, ** saya pn tak letak)
3 1/2 sos black pepper (saya guna 1 sdb black paper hancur, sos nyer takde)
1 kiub pati ayam/lembu (jgn letak semua yer takut masin nnti)
3 biji cendawan butang (potong nipis)

Cara2

1. gaulkan air dgn tepung gandum sehingga skata
2. dlm periuk masukkan butter dan tumiskan bawang hingga layu
3. kmdn masukkan air beserta tepung td ke dalamnye
4. masukkan sos cili/tomato,kicap,tiram dan juga sos black pepper
5. masukkan juga kiub pati ayam/lembu dan cendawan butang..(saya tambahkan dgn sdkt perisa pasti sedap..hiii)
5. kacau sehingga mendidih dan hingga ia mnjadi pekat..
6. boleh diangkat dan disira atas chicken chop yg tlh siap digoreng..

Tuesday, 18 November 2014

REPUI EPAL (APPLE CRUMBLE)

Epal hijau banyak dalam peti ais. Abahnya (somi saya) beli untuk ubat kencing manis katanya. Jangan ingat suami saya ni ada kencing manis.. dia sangat suka makan jus-jus fresh gini untuk mencegah penyakit-penyakit. Jangan kata jus epal hijau, jus peria katak pun abahnya makan, saya ni tumpang sekaki le. time dia buat uminya yang menegok kemain, suruh buat kemain malas. Paling tak suka basuh part juice extractor tu. kekadang tercucuk tangan. nyampah tau. Jadi, tugas tu bior le abahnya yang penyabar lagi rajin membuatnya. Beli buah epal hijau aritu kemain banyak macam nak makan sapoloh taun, dari ke busuk dan lembik, biar lah isterinya buat epal crumble, boleh gak anak-anak makan di petang hari. hahahahah....... senang aje wat ni.. main campak-campak aje. Lagipun eskrim vanila ada banyak lebih beli ritu, bolehlah digandingkan dengan apple crumble ni... sedap tau.... jom tengok resepi nyer...


bahan-bahan filling

6 biji epal hijau di kupas kulit dan di potong kiub
1/2 cawan gula perang
1 sdb serbuk kayu manis

cara-caranya 

masukkan semua bahan di atas dan di gaul rata

bahan-bahan repui / crumble 
 3/4 cwn tepung gandum
3/4 cawan oat (saya guna badam keping sahaja)
1/2 cawan gula
1/2 cawan butter
secubit garam

cara membuatnya

masukkan semua bahan dan gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.

cara susunan
Masukkan inti epal tadi dalam loyang dan tutup dengan repui yang kita buat tadi dan bakar pada suhu 170'c selama 30 minit - 1 jam menggunakan api atas dan bawah...
Setelah siap boleh lah di hidangkan dengan aiskrim di atas apple crumble.


Monday, 20 October 2014

PAVLOVA WITH STRAWBERRY COMPOTE

MENYAMBUT BESDAY ADIK KESAYANGAN SAYA. TAK PERNAH MAKAN PAVLOVA KATANYA. JADI SEMPENA BESDAYNYA SAYA BUATKAN UNTUK DIA MERASA. SO PASNI JANGAN BUAT MALU LAK KALAU ORANG TANYA PERNAH MAKAN  PAVLOVA LAK... SEDAP RASANYA. NYAMAN SUNGGUH DI GANDING DENGAN STOBERI COMPOTE TU DAH RASA MACAM AISKRIM... HEPI BESDAY ADIK KU SEMOGA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.


SUMBER DARI : MERINGUE CAKE FROM GIADA AT HOME

BAHAN-BAHAN
MERINGUE
4 BIJI TELUR PUTIH
3/4 CAWAN GULA AISING
1/8 SDT CREAM OF TARTAR (SAYA GANTIKAN DENGAN CUKA)
1/4 ESEN VANILA
SECUBIT GARAM

CARA-CARANYA

PUKUL TELUR SEHINGGA KEMBANG DAN MASUKKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT GULA AISING SEHINGGA HABIS PUKUL SEHINGGA 'SOFT PEAK'KEMUDIAN MASUKKAN CREAM OF TARTAR DAN GARAM SERTA VANILA DAN PUKUL LAGI SEHINGGA MENDAPAT 'STIFF PEAK'. KEMUDIAN MASUKKAN MERINGUE KE DALAM PIPING BAG DAN PAIPKAN ATAS BAKING SHEET YANG TELAH DI LUKIS BULATAN SEBESAR LOYANG 8 INCI. KEMUDIAN BAKAR PADA SUHU 200 CELCIUS SEHINGGA KELIHATAN RANGGUP DAN KE PERANGAN. SETELAH MASAK BIARKAN DI DALAM OVEN SEHINGGA SEJUK.


** BOLEH BUAT 2 DISK MERINGUE. TAPI SAYA CUMA BUAT 1 DISK AJE... MALEHH..


CREAM
1 CWN READY WHIP WHIPPING CREAM

CARA-CARANYA
PUKUL WHIPPING CREAM SEHINGGA GEBU


BUAHAN
STRAWBERRY SEGAR

STRAWBERY COMPOTE
2 CWN STRAWBERRY
1 SDB LEMON JUS
1/4 CAWAN GULA - KALAU NAK MANIS BOLEH TAMBAH KALAU TAK NAK MANIS BOLEH KURANGKAN
1 CAWAN AIR
1 SDB TEPUNG JAGUNG UNTUK LIKATKAN..

CARA-CARANYA
MASUKKAN SEMUA BAHAN DI DALAM PERIUK DAN RENEH SEHINGGA LIKAT DAN BERBUIH-BUIH.

CARA SUSUNAN PAVLOVA
DI ATAS PAVLOVA PAIPKAN CREAM DI KESELURAHAN DISK. KEMUDIAN SUSUN BUAHAN SEGAR IKUT KREATIVITI MASING-MASING, DAN  AKHIR SEKALI TUANGKAN STRAWBERRY COMPOTE DI ATAS MERINGUE. SIMPAN DI DALAM PETI AIS SEKURANG-KURANGNYA 1/2 JAM. SEDAP DI MAKAN SEJUK, SEDAP MACAM AISKRIM.

** NAK ORDER BOLEH HUBUNGI NO. 0162700481

Saturday, 27 September 2014

Homemade Honey White Bread

Dah siap dah roti saya tapi anak-anak request pizza. Dalam peti ais ada lebihan kuah spageti. Ada capsicum sebelah. Ada lebihan cis mozarella. So, jomlah buat piza. Sedap roti ni, lembut aja. Tak de apa2 protien, hot dog tak de, minced chicken & meat pun x de, so saya pecahkan telur sebiji atas pizza ni.

Bahan-bahan

1 paket yis
1 1/2 cawan susu suam
1/2 cawan air suam
6 cwn tepung gandum
Garam
1 sdt gula
1 1/2 sdb madu
6 sdb butter cair
2 biji kuning telur
putih telur utk sapuan atas roti

Cara2

Dalam mangkuk mixer masukkan air, gula dan yis. Kacau dgn tangan sehingga serata. Tunggu 5 minit sehingga berbuih. Kemudian masukkan madu, butter, susu suam dan telur kemudian menggunakan mixer paddle kacau sehingga serata. Kemudian masukkan tepung sedikit dan pukul sehingga sebati. Keluarkan doh dan uli dengan tangan, setelah selesai tutup doh dengan kain lembap dan tunggu hingga doh naik 2 kali ganda. Keluarkan doh tumbuk2 utk keluarkan angin, kemudian bulatkan doh dan letak dlm loaf pan serta tutup dgn tuala lembab. Tunggu doh naik 2 kali ganda, sapu doh dgn putih telur. Kemudian bakar pada suhu 170 celcius dalam 40 minit atau sehingga msak.






Tuesday, 22 January 2013

SHERPERD PAI

First time buat sherpard pai, tak penah makan tapi teringin nak tahu apakah rasanya. Bagi saya sedap la tapi anak-anak pula kurang berminat.. Jadi saya sorang le perabiskan sherped pai ni..nak bagi umph le kekonon saya taburkan mozarela cheese atasnya.. tapi biasa la tekak orang melayu... lebih prefers nasi jugak..

Sherperd's Pie 
sumber dari : Yatie memories
tukang try masak : Mayang

saya copy aje yer..

Bahan A (Untuk Inti):-
  • 500 gram daging kisar
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang (saya x guna)
  • 8 biji cendawan butang  (saya x guna cuma gantikan dengan frozen mixed vege)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu) (saya x guna)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu) (saya x guna)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang) - Yatie guna yg kering je dlm 1 sudu kecil (saya x guna, sbb saya gunakan mixed italian herbs sahaja)
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air (saya x letak)
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu makan minyak masak/minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
psst : semua part sayur saya gantikan dengan sayur mixed vege ekk... lain kali saya nak letak cili kisar ataupun cili potong sikit, baru ngam dengan citarasa saya.... hahahahhah... org melayu le katakan

Bahan B (Untuk Pai):-
  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya
Cara Menyediakan Pai:-
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. Yatie tabur atasnya sedikit serbuk lada hitam dan sedikit daun parsli kering. (saya pula hanya taburkan parsly kering dan parutan keju mozarela)
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....

Makan panas-panas baru sedap....

Friday, 9 November 2012

Macaroni Gratin

Pening memikirkan makanan yang sihat untuk anak-anak saya. Mereka sangat cerewet dan susah nak makan, oleh itu saya ambil inisiatif cuba memperkenalkan makanan yg baru selain nasi di samping sihat untuk anak-anak. Saya telah mencuba resepi ni, dan feedback dari anak-anak sangat memberangsangkan.... siap request untuk buat lagi... terima kasih pada Ros "Jintan manis".. kerana memperkenalkan resepi ini.. jasa mu amat dikenang, kalau nak lebih lengkap lagi leh le singgah ke blog Ros ekk sbb siap di sertakan dengan step by step lagi.... saya kopi pes aje, malas nak taip... ros izinkan ekk



Macaroni Guratan/Gratin 


Bahan-bahanya
Untuk White Souce
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter
sedikit parmesan cheese
1/2 cawan susu segar ( saya guna susu cair)
1/2 cawan air
lada sulah (saya Guna Lada Hitam)
garam
Bahan-bahanya isi guratan

1 piring kecil ayam goreng
1/2 pokok brokoli yang siap dicelur
1/4 batang carrot yang dihiris nipis dan dicelur
2 cawan makaroni penne yang siap direbus
sedikit parmesan cheese
sedikit hirisan kentang ( kentang ni tak perlu celur, kupas kulit luarnye dan hiris nipis je)
Untuk taburan
dried pasley (Saya guna Oregano)
sedikit mozarela cheese
Cara-caranya

1. Mula-mula, buat white sauce- menggunakan  periuk kecil,  masukkan tepung gandum yang telah di campurkan 1/2 cawan air dan 1/2 cawan susu segar, kacau sebati dan masaka hingga agak pekat, baru masukkan lada sulah,  sedikit parutan pamersan cheese, garam dan butter. Kacau perlahan. Tutup api dan ketepikan. Jika terlalu pekat boleh tambahkan lagi 1/2 cawan air dan kacau sebati.

2. Satukan macaroni penne yang siap direbus dengan 1 sudu besar olive oil, garam dan sedikit lada sulah, gaul sebati, ambil bekas guratan sapukan keliling bekas atau acuan guratan tadi dengan butter, kemudian susun kan kentang di bawahnya. 
3. Kemudian letakkan macaroni penne di atas lepisan kentang tadi. 
4. taburkan atas macaroni dengan hirisan ayam goreng, brokoli dan hirisan carrot yang telah dicelur. 
5. Curahkan white souce di atas bahan-bahan tadi.
Sebelum masak
6. Pastikan white souce menutupi keseluruhan isi gurantan. .
7. taburkan dengan mozarela cheese. 
8. akhir sekali topping pula dengan dried pasley.
9. Bakar pada suhu 180 ke 190 darjah selama 40 ke 50 minit ataupun sehingga permukaan guratan perang, Angkat dan hidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.



setelah Masak

Friday, 12 October 2012

Pavlova jadi tak jadi..

Nape saya bagikan nama pavlova tu gitu... sbb saya main campak2 suma bahan-bahan dalam mixing bowl .... pas baca resepi , baru perasan kena pukul telur dan gula tu sampai meringue dulu... apa nak buat saya redho aje, sambil berdoa semoga pavlova ni menjadi .. Alhamdullilah menjadi akhirnya

Bahan2

Bahan A
3/4 telur putih (Lebih kurang 4 biji)
1 cawan gula icing (1 1/2 kalau suka manis)
1 sdt vanilla powder / esen
2 sdt tepung jagung
1 sdt cuka/ cream of tatar @ jus lemon (saya guna cuka epal)

Bahan B
2 cwn whipping cream (ready to mix, tak perlu tambah gula lagi)
sedikit Buahan segar seperti strawberi, anggur, pic, kiwi atau bluebery

Cara2, saya ekk.. kalau salah tolong betulkan sendiri... tapi cara camgini menjadi lak..

Pukul bahan A sehingga meringue.. (maksud meringue ialah adunan bertanduk dan apabila diterbalikkan mixing bowl tu adunan tak akan tertumpah)

ihsan dari google , lebih kurang begini le rupa meringue
 Kemudian ambil baking paper dan paipkan atas baking tersebut mengikut kreativiti kita, bakar pada suhu 180' dalam masa 15 minit atau masak (berubah warna kecoklatan)

Bila meringue telah sejuk pukul whipping cream sehingga berat dan kemudian sapukan/paipkan diatas pavlova tersebut. Jangan lupa letakkan buahan diatas pavlova .. siap.. boleh di makan .. tak susah mana pun kannnn..... jom kita ngapp...



Monday, 9 July 2012

Mini Chicken Pie



Jom makan Pai Ayam mini, buat wiken aritu, buat jualan untuk katering kawan somi.. entah apele rasanye.. Anak2 kata sedap.. Cuma kali ini saya fusionkan saya wat ala2 asian, saya karikan inti pai tersebut... Hehehehe.... pepandai aje saya ni.. kekonon berharap mereka yg makan akan suka lah ... hehhehe. Komen dari abg katering tu... lenkali toksah wat bubuh kari.. wat macam biasa yg creamy with herbs and chicken only.. Tak kesah le labu .. tapi memang saya amik serius komen abang tu.. akan saya improve lagi yek..

Bahan2 Kulit Pie(nak lagi mudah & cepat.. guna aje pastry kawanku ataupun readymade roti paratha)

4 1/2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan air sejuk dari peti ais 
1 cawan butter
1 biji Telur (untuk disapu pd atas pai, saya amik putih dan kuning sekali yg selepas saya kocokkan dan dapati permukaan tart lebih berkilat)

Cara2nyer
Campurkan semua bahan (kecuali air) sehingga menjadi serbuk roti....masukkan air sedikit2 sehingga membentuk menjadi doh. Kemudian masukkan kedalam plastik dan simpan dalam petiais selama 30 minit

Inti Pai (inti ini boleh di pelbagaikan mengikut citarasa)

Sayur campur (mixed vege) secukupnyer
Daging ayam cincang
Chicken hot dog
Secukup Bawang kecil
Bawang putih 
sedikit halia
Lada hitam 
Serbuk kari 
susu Cair (dalam 1/2 cawan)

Cara2
1. Tumis bawang, bawang putih & halia, biar wangi dan kuning kemudian masukkan rempah kari, tunggu rempah garing.
2. Kemudian masukkan daging ayam cincang dan hot dog, masukkan susu cair, taburkan lada hitam. kacau. biar masak sekejap dalam 10 minit gitu
3. Masukkan sayur campur, biarkan dalam 5 minit...kemudian tutup api 

Last sekali, apabila inti dah sejuk bolehlah assemblekan pai ayam ni, ala2 cam wat karipap... tapi saya kepilkan tepi2 pai dengan garpu ekk.. kemudian bakar dalam oven dengan api atas bawah pada suhu 180' dalam 20 minit. (sebelum itu panaskan oven dahulu dalam 10 minit)





Friday, 6 July 2012

Cream puff...

Suka tak makan cream puff, saya sungguh suka... aritu kawan somi saya ada ode cream puff, so saya wat lebih sket untuk wat makan2 kat rumah saya, lagi pun anak2 suka sangat makannya. Saya plak suka cream puff yg castardnye di paip terus kedalam, tak suka yg belah tengah kemudian masukkan inti kastad ( banyak songgeh hokey, saya ni..) tapi kalau malas hadapkan jugak yg tersentil2 tu...Intinya pula saya suka yang simple begini tanpa menggunakan susu atau telur atau butter.

saya suka gunakan nozel polos yg kecil dan paipkan terus inti masuk dalam CP saya ..

cream puff yg selepas melalui proses Quality Check, so yang tak lawa2 ni tinggal kat umah untuk di ngapppp..

Cream puff

Sumber : my resepi
Dari : Yani

Bahan-bahan ( 10 biji )
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak (saya guna tepung naik sendiri)
2 biji telur(100g)

Cara-cara
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.

Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.

Masukkan telur, kacau cepat-cepat (saya guna mixer sekejap.. hasil lagi cantik dan cepat)

Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.

Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.

Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit.

Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. (part ni saya tak buat pun.. x renjis air.. x turunkan suhu cuma bakar pada suhu 180 untuk 30 minit atau sehingga perang)..

Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim

Intinya

12 camca besar gula
9 camca besar tepung kastad
3 cawan air/susu cair
sedikit garam


Cara2

1. Maskkan air, garam dan gula sehingga mendidih, Bancuh tepung kastad dengan sedikit air dan kacau sehingga sebati.

2. Apabila air mendidih masukkan campuran kastad dan kacau cepat2 sehingga berkilat. Ok dah siap inti kastad kita.

Thursday, 21 June 2012

Eggless Chocolate Chip Muffin

Love this recipe because no Egg involve and it easy to prepare. Adding a teaspoon of Coffee emulco make this muffin so delicious. Got this recipe from my fb fren.. (meroyan sepeaking omputih lak ekk)


Ingredients

2 cups of flour
1 cup of Condense milk
1 cup of sugar
1 cup of warm water'
1 cup of vegetablel oil
1 teaspoon of baking powder
1 teaspoon of Vanilla Essen
1 teaspoon of Coffee Emulco (or instant coffee, should be ok too)
1/2 cup of cocoa powder
Chocolate chip to put on top of the muffin

Preparation

Put all the ingredient together and stir until incorporate. Put 3/4 batter into the paper cup and bake for 20 minutes with 150"c (oven temperature).

I tell you, its so easy to prepare...... hahahah



Monday, 18 June 2012

PASTA IN THE TOMATO SOUP

Simple, sedap dan marveles. Saya sangat malas le masak, tapi perut minta di isi. Anak-anak pun asyik tanya "umi takde ke makanan". So saya pun buat le pasta ni.. Orang kata Pasta Express... (psst : saya ni mmg antoo tomato.. x kira le tomato mentah hingga le ke Puri tomato.. dan tak lupa juga nasi tomato.. hehheheh)

Jamu mata ajelah ekkk...




Sunday, 17 June 2012

PIZZA LAGI

Dapat repeat order dari kawan. Terima kasih, semoga rezekiku bertambah selalu... Alhamdullilah ...

sebelum di bakar

closed up sebelum dibakar

selepas di bakar

MANGGO YEAST SUGAR TART


Saya teringin sangat makan yeast tart, Dulu saya pernah buat menggunakan epal dan blueberi, tapi masa tu saya belum berblogging lagi. Tapi stok mangga banyak di rumah, hasil dari tuaian di kampung haritu, so bagi menghabiskan stok mangga saya, saya pun merajinkan diri membuat manggo yeast tart ni yang memang merupakan kegemaran saya. Kepada peminat-peminat tart bolehlah mencuba tart jenis ini yang pastinya memberikkan kelainan. Saya dapatkan sumber resepi dari sini

Apple yeast sugar tart
from The Cook's Companion

TAMBAH ALMOND


1 ¾ cups (245g) all purpose flour, sifted
pinch of salt
1 tablespoon caster sugar
1 teaspoon instant yeast
1 egg
½ cup (120ml) warm whole milk
2 tablespoons (28g) softened unsalted butter
2-3 eating apples – I used Gala apples (saya guna buah mangga, boleh dipelbagaikan jenis buahnya)
1/3 cup (67g) demerara sugar (saya guna brown sugar)
½ cup (120ml) thick cream* (saya guna whipping cream)



Place flour, salt, sugar and yeast into a bowl. Whisk egg with milk and mix into flour mixture. Work in butter and knead to a smooth, thick batter – I used my Kitchen Aid with the hook attachment. Place in a buttered bowl and turn to coat. Cover with plastic wrap and leave to rise in a draught-free place for 30 minutes. Knock back dough, then press it into a 22cm buttered pie plate or loose-bottomed flan pan, cover with plastic and allow to recover for 30 minutes (it will have puffed slightly). (saya hanya guna loyang yang di lapik dengan baking paper sahaja, sbb x de Loose bottomed flan pan.

Preheat oven to 225°C/437°F. Peel apples, cored them and cut into eighths. Press apple slices into the dough, and sprinkle with the demerara sugar. Place pie plate/flan pan on a baking sheet. Bake for 10 minutes, then reduce heat to 200°C/395°F. Spoon cream over apples and bake for 20 minutes. The top should be slightly caramelized and the tart light and spongy. Eat warm.
selepas di potong, so spongy..





Wednesday, 6 June 2012

Bruschetta

Wah...lepas tengok kat AFC berkenaan dengan bruschetta, terus hati saya terpikat.. wah ini boleh jadi menu diet ni, berkhasiat dengan Olive Oil & Balsamic Vinegar bagai. Disebabkan ingin sangat merasa bruschetta ini maka saya pun merajinkan diri membuatnya.. buat dalam kuantiti sedikit dulu ialah takut x lalu makan pulakkan. Roti bagguette tu sebenarnya boleh aje beli tapi saya nak perabiskan tepung roti yg kat rumah tu so saya gagahkan diri buat lah ekk..

Simple Baguette
2 1/2 cawan tepung roti
1 1/2 sudu teh yis kering
+- 1 Cawan air suam
Garam secukup rasa
Olive oil (saya belasah aje minyak masak)
Cornmeal for dusting

Cara2
masukkan Tepung dan Yis, gaul sehingga sebati, kemudian masukkan garam dan adjust air pada adunan. Bila doh tidak melekat pada tangan, kira doh kita dah ok le tu. Basah2kan mangkuk dengan sedikit minyak dan letakkan doh dalam mangkuk tersebut. Tutup dengan kain basah dan biar ia mengembang selama 45-1 jam, dalam erti kata lain naik 2 kali ganda. Kemudian uli lagi dan tumbuk2 bagi udara keluar, kemudian bentukkan panjang2 dan kelar 3 garisan pada doh. Biarkan doh kembang lagi dalam 20-30 minit, dan sapukan sedikit air pada doh,  kemudian bakar dalam suhu 220" dalam masa 20 minit.
 So, beginilah rupa baguette saya:



crunchy outside but smooth inside
Ok, roti dah siap, jadi kena wat topping dia plak :-

Bahan-bahannya

tiada sukatan yer, main agak2 aje..

1 ketul timun jepun (saya tambah)
1 biji tomato 
Virgin Olive oil (saya guna olive oil biasa aje)
1 ketul(bkn sebongkah tu ekk, 1 aje) bawang putih (ditumbuk halus)
Garam
1 sdb Jus lemon 
Basil leave (x de jadi saya letak Oregano)
Balsamic Vinegar (saya letk apple vinegar, kalau cuka biasa tu x tau le saya leh guna ke idak ekk, rasa cam boleh aje)
1 sdt gula 
sedikit lada hitam (saya tambah)

Cara - cara 
Semua bahan-bahan sayuran di potong dadu, kemudian masukkan sayuran, bawang putih, garam, jus lemon,  lada hitam, Daun basil, Vinegar, Gula dan Garam sekali. Gaul-gaulkan dan letak ketepi.

Ambil roti dan potong serong, sapukan Olive oil atas roti dan bakar dalam oven atau toster.. hati2 jgn biar hangus sangat, keluarkan roti dan topping kan dengan sayuran kita buat tadi, bolehlah tahan dengan rasa crunchy sayur-sayuran itu..... tapikannn.... saya masih x boleh terima dengan rasa "Raw" bawang putih, so saya ambil keputusan, saya letakkan sedikit mozarella cheese di atas bruschetta dan saya bakar balik ... mmmm... baru le kena dengan "my taste bud".(psst, saya rasa lain kali saya nak tumis dulu bawang putih dengan olive oil), dan rasanyer fortunately Yummy, nanti bila datang azam saya nak berdiet, bleh le saya buat menu ni. Hahah, tp kalau bleh saya nak tambah turkey salami sket, kasi lebih mozarella cheese, atau udang ke?...Cissss...kalau begitu bukan diet nama nyer lagi... hahahhahh ..OK MAYANG... FOCUS... FOCUS.. FOCUS.. ON VEGETABLE MENU ONLY..... HAHAHAHA... 






Wednesday, 23 May 2012

HOMEMADE PIZZA

Tak penah2 dpt order Pizza, tapi alhamdullilah ada yang sudi mengoder dari saya 6 kpg homemade veggie pizza dan  5 kpgChicken/beef Pizza. Mula-mula rasa  cuak gak, ye le selalu buat untuk anak2 aje belum penah lagi buat untuk di komersialkan (ye ye ooo punya ayat.. hahah) tapi saya tak risau sangat kerana saya penah amik kursus membuat roti di KK Selayang aritu (walaupun tidak cemerlang... hahahaha...) so saya tau lah "what to do" and "what not to do" in making of Pizza".


6 box of Veggie Pizza

Closed up on my Veggie Pizza

Beef+Hotdog+Chicken Pizza


Closed up on my Beef+Hotdog+Chicken Pizza

5 box of Pizza
Resepi (for bigger Qtty)

Doh roti
1Kg Tepung Gandum (saya guna Tepung High Protein @ Tepung Roti)
1 paket Yis Mauripan
6 Sdb Gula
-+ 500ml  susu segar @ air Suam
4 Sdb marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
4 sdb susu tepung
1 sdb garam
1 Biji Telur

Untuk Quantity yang lebih Kecil 
250gram tepung gandum (saya guna Tepung High Protein @ Tepung roti)
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
110ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis





Topping


Carrot (shredded)


Semua dibawah di potong dadu :-


Capsicum
Tomato Puri/sos Tomato / Sos Cili
Pizza Herbs / Oregano
Bawang Besar
Tomato
Cendawan Button
Nenas dalam Tin
Daging dan Ayam Hancur (cap Ramlee) - di rebus dahulu
Sosej - di rebus
Mayonis
Mozarella Cheese


Cara-cara nya


Uli Tangan


1. Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  


Tips ini saya dapat dari blog Jintan manis bagi mendapatkan doh yang lembut, ambil plastik bersih letakkkan doh di dalam plastik tu, uli dan ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dan kita akan dpt doh yang lembut dan elastik.

2. Perapkan doh dan tutup bekas adunan dengan tuala basah dan biar doh naik dua kali ganda . Kemudian tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin.

3. Bahagi-bahagikan doh pada lapan bahagian dan bentukkan bulat dan bentukkan seperti Pizza base, cucukkan dengan garpu dasar Pizza tadi dan biarkan doh kembang sedikit lebih kurang dalam 1/2 jam.
.


4. Kemudian bila dah kembang sedikit, ratakan ke seluruh doh puri tomato/sos tomato/sos cili, tabur kan pizza herbs/Oregano, kemudian bolehah letakkan bahan-bahan seperti Capsicum, nenas, tomato, bawang, Carrot, Cendawan, tomato, Daging dan sosej serta toppingkan dengan mayonis dan mozarela cheese.

5.Bakar pada suhu 150 darjah selama 18 ke 20 minit atau sehingga permukaan pizza perang., Selamat Mencuba.