Tuesday, 22 January 2013

SHERPERD PAI

First time buat sherpard pai, tak penah makan tapi teringin nak tahu apakah rasanya. Bagi saya sedap la tapi anak-anak pula kurang berminat.. Jadi saya sorang le perabiskan sherped pai ni..nak bagi umph le kekonon saya taburkan mozarela cheese atasnya.. tapi biasa la tekak orang melayu... lebih prefers nasi jugak..

Sherperd's Pie 
sumber dari : Yatie memories
tukang try masak : Mayang

saya copy aje yer..

Bahan A (Untuk Inti):-
  • 500 gram daging kisar
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang (saya x guna)
  • 8 biji cendawan butang  (saya x guna cuma gantikan dengan frozen mixed vege)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu) (saya x guna)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu) (saya x guna)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang) - Yatie guna yg kering je dlm 1 sudu kecil (saya x guna, sbb saya gunakan mixed italian herbs sahaja)
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air (saya x letak)
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu makan minyak masak/minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
psst : semua part sayur saya gantikan dengan sayur mixed vege ekk... lain kali saya nak letak cili kisar ataupun cili potong sikit, baru ngam dengan citarasa saya.... hahahahhah... org melayu le katakan

Bahan B (Untuk Pai):-
  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya
Cara Menyediakan Pai:-
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. Yatie tabur atasnya sedikit serbuk lada hitam dan sedikit daun parsli kering. (saya pula hanya taburkan parsly kering dan parutan keju mozarela)
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....

Makan panas-panas baru sedap....

8 comments:

  1. makanan bercheese sedap makan panas2..masa cheese nya cair..adess...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn.... lemak kat badan kalau makin cair takpe rai tapi makin tepu adalah..

      Delete
  2. wah sedap tu mayang. rajin mencuba juga ye

    ReplyDelete
  3. Oh... boleh ikut kalau macam ini. Nantilah kena ambik mood dulu.
    Baca bahan yg diguna kakak suka ni..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Mayang,

    Rajin lah Mayang ni..selalu mencuba macam2 resepi..kali pertama buat pun dah menjadi nampak cantik dan sedap...banyak lagi tu...hantar mai kat Kak Ros sikit he.he..

    ReplyDelete
  5. ni ala2x baked yg kat pizza ke?huhuhu...mcm sdapppp....

    ReplyDelete