Tuesday 10 March 2015

SAGO GULA MELAKA

Sekarang ni musim panas membahang di tengahari, tapi kekadang bila petang di tempat saya (Sri Gombak) hujan. Tapi bila waktu panas begini memang sedap kalau dapat makan desert sejuk-sejuk memang heaven sungguh. Saya buat malamnya, tengahari baru saya makan dengan famili, sedap dan nyaman, satu tak cukup pulak kena tambah 2 dan lagi dan lagi. Anak-anak saya pun suka sangat makan. Resepi saya copy paste dari blog Mat Gebu yer, kalau nak tengok gambar yang lebih cantik boleh la pergi ke blog beliau. Gambar saya ni ikut dann.. aje, sebab tak sabo dah nak makan.


Sumber resepi : MAT GEBU
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biji sago rumbia
2 liter air (untuk merebus biji sago)
300 ml santan pekat + sedikit garam, kacau rata (saya guna susu cair sahaja yang telah saya renehkan sedikit)
60 gram gula Melaka, potong kecil*
100 gram gula pasir*
3/4 cawan air*
1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)


CARA MEMBUATNYA :-)

Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih). Tapis dan bilas bawah air paip untuk membuang kanji sago.

Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda (che mat guna acuan apam atau acuan agar2 berbentuk hati). Isi penuh2, buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit). *** saya cuma masukkan dan padatkan dalam loyang dan sejukkan saja. Setelah sejuk saya potong-potong berbentuk kiub.
.
Keluarkan dari acuan (longgarkan tepi2nya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk.....hmm tak cukup satu lahh.

9 comments:

  1. ha ah mmg heavenlah..
    tak pernah rasa lagi..nti nak bt juga compom anak2 jakun..kuih apalah ni...hihi

    ReplyDelete
  2. ha ah mmg heavenlah..
    tak pernah rasa lagi..nti nak bt juga compom anak2 jakun..kuih apalah ni...hihi

    ReplyDelete
  3. masa saya kecik2 my bonda rajin buat . Biji sagu tu letak pewarna merah pastu kukus . dah masak , potong2 dan golekkan kat kelapa parut . selalunya buat banyak lah . mkn dr bfast sampai la ke petang ... masa tu peti sejuk x de lagi . masih barangan mewah ...

    ReplyDelete
  4. memang syok ni makan time cuaca macam ni

    ReplyDelete
  5. ooo dibuat gitu pulak... kalau saya masak... saya biarkan jer dia berbintil2 gitu... tak kisah besar mana... curah santan... pehhh sedapnya... kadang makan ngan air batu lagi..

    ReplyDelete
  6. assalam kak. Musim panas ni memang mencari dessert2 sejuk. Yang tak pernah cuba pun nampak sedap je kat mata.uhuu

    ReplyDelete
  7. Fuh..matahari pun tengah membahang sekarang ni..

    ReplyDelete