Thursday 3 March 2016

KEK CIS LELEH



Kek Cheese leleh ni memang sangat nyaman kalau di makan apa lagi sejuk-sejuk. Dengan lemak manis dan masin cheese. Waduhh sangat le tergoda.
Resepi Cheese Leleh saya sangat mudah. Saya gunakan kek sponge sebagai base saya. Cara nak buat pun senang, saya selalu sangat guna resepi ni sebab sangat mudah dan sukatannya hanya menggunakan cawan, sangat sesuai untuk mereka yang tiada alat timbang metrik. Anak-anak saya sangat suka makan kek ni, lagi pun saya masih lagi tau membuat jualan untuk kek cheese leleh ni. Kalau sesiapa yang rasa sangat susah nak membuatnya atau malas nak kecah-kecahkan dapur tu, boleh saja call saya yer untuk tempahan di no 0162700481 (Mayang), untuk area di Gombak, Sri Gombak, Batu Caves, Wangsa Maju, Setapak dan di kawasan sekitarnya. Jom skodeng resepi yer.

Bahan-bahan untuk kek span ( Kalau rasa malas nak buat boleh juga guna sponge cake mix)

1 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
5 biji telur (saiz B)
3/4 cawan Gula kastor
1 sdt ovalett
80 ml air
80ml minyak jagung/masak/ butter cair
secubit garam

Caranya
1. Ayak tepung gandum dan baking powder dan asingkan.
2. Masukkan semua bahan (kecuali minyak) dalam mangkuk mixer dan pukul sehingga kembang dan gebu serta berwarna putih.
3. Akhir sekali masukkan minyak dan pkul perlahan sehingga sebati
4. Gris loyang bersaiz 8' dan tuang adunan dalam loyang
5. Bakar pada suhu 150'C (ikut oven ye) lebih kurang dalam 30 minit.
6. Apabila kek sudah masak sisip tepi kek dan terbalikkan kek pada papan kek. (kalau tak nanti kek kecut). Sejukkan untuk diletakkan topping cheese.

Cheese topping
250 cream cheese tatura
1/2 cwn susu pekat manis (saya biasa kurangkan manis)
1/4 cwn susu segar/cair
1-2 titik esen lemon (x letak pun tak pe)

Hiasan
Cheddar cheese yang di parut

Akhir sekali curahkan Cheese topping pada kek yang telah disejukkan dan taburkan cheese yg di parut di atas kek....



11 comments:

  1. Mesti habis semua kek ni. Sedap nampak kek akak buat.

    ReplyDelete
  2. Aduhai Mayang bukan cheese yg leleh tapi kakak ni yg meleleh tengok hihi...

    # Doa yg Mayang mahukan رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

    ReplyDelete
  3. nampak gebu je topping cheese tu.. mcm carpet

    ReplyDelete
  4. akk,sila pindah ipoh supaya yui boleh order..huhuh

    sdpnyaaa!

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap dengan cheese patut...

    ReplyDelete
  6. SEDAPNYA TERASA NK MKN HIASAN PUN CANTIK...

    ReplyDelete
  7. ni klu my anak buah hadap , terus licin !

    ReplyDelete