Thursday 7 February 2013

GOOD LUCK AND FAREWELL...

Akak Kawasan dah berenti.... hahaha salah sorang sahabat saya berhenti.. saya doakan semoga berjaya di tempat yang baru... sempena perpisahan itu saya telah sediakan Chocolate Mouse Cake.. saya memang suka kek ni dan tak sangka dia pun suka gak... SELAMAT BERJAYA DIKKK...



 Resepi penah saya tempekkan kat sini dan sini..

Sumber : My Resepi
Dari : Yani..

Bahan-bahan ( 18cm )
  • Brownies
  • 45g butter
  • 65g gula halus
  • 1 biji telur
  • 50g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • Chocolate Mousse
  • 140g coklat masakan
  • 1 sudu besar gelatin
  • 100ml air
  • 2 biji telur putih
  • 200g whipping cream
  • 40g gula halus

Cara-cara

  1. Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
  2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
  3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
  5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
  6. Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
  7. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
  8. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
  9. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
  10. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
  11. Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
  12. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

Kami gelarkan beliau kakak kawasan kerana sikapnya yang Sempoi dan brutal, tokang kotip wang apabila ada occasion yang ingin kami lakukan., menjadi kegerunan kengkawan di ofis... hahahah...(kalau dayah baca.. mampus aku ni...) ... Selamat tinggal kawanku Hidayah..... dan selamat mencari kawasan jajahan baru...

7 comments: