Tuesday, 27 March 2012

Kek Karamel

Emm... kek ni mmg sedap.. lagi2 kalau di makan sejuk2 ... nikmattt....oooooooo.. sumber dari biasa le Myresepi ...






Bahan-bahan ( 20cm )


Resepi : Yani MYR
Karamel
60g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air
Puding
4 biji telur
500ml susu segar
70g gula
sedikit esen vanila
Kek span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan




Cara-cara
Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.

Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.

Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.

Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.

Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.

Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.

Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.

Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.

Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.

Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.

Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)

Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

4 comments:

  1. cantiknye...nak minta resepi ye...:)

    ReplyDelete
  2. Goodness, I simply love the outcome with the gorgeous colors.

    ReplyDelete
  3. Cantik dan gebussnya kek karamel mayang dgn warna2 ceria.. :)
    Terima kasih mayangsayang, sudi luangkan masa singgah SSK dan mencuba resepi kek nangka from my blog..at least iza tau ada juga teman di luar sana yg mencuba dan alhamdulillah dengan feedback yg diberikan. ~Salam kenal juga dari iza~ ;)

    ReplyDelete
  4. wow..menjadik tu..pernah gak buat sekali..

    ReplyDelete