KACHINGG $$$$

Monday, 20 May 2013

Toffee Caramel Cheese Cake

Sangat sedap kek ni ... saya amik resepi kat sini, lama dah amik resepi tapi saya baru aje buat ahad lepas... sedap memang sedap... sangat saya rekomen la bagi peminat cheese cake...


Bahan base:

150 gm biskut marie - saya guna biskut tiger

130 gm butter cair

Cara:

1- Campur semua bahan, tekan pada dasar loyang yang dialas dengan kertas minyak kemudian sejukkan.

Tofee

Bahan:
40 gm almond nib

60 gm gula kastor

Cara:

1- Masakkan gula dalam bekas caserol sampai kuning, masukkan almond nib, gaul. Tutup api dan ratakan atas loyang sebentar.

2-Bila sejuk patah-patahkan kecil.

Bahan Cheese

200 gm cream cheese

20 gm gula kastor

8 gm gelatin

60 gm air

200 gm whipped cream (whisk dahulu)

Cara:

1-Putar cream cheese sampai gebu, masukkan gula dan pukul sampai smooth. Kemudian tapiskan.

2-Dalam bekas lain, curah gelatin dalam air, biar seketika double boiled sampai gelatin hancur. Campurkan pada adunan cream cheese, gaul rata

3-Akhir sekali kacau dengan whipped cream, masukkan dalam loyang 7', berselang seli tabur toffee tadi.

4- Sejukkan dalam peti ais

Topping

1/2 cawan brown sugar

1 cawan anchor whipping

1 tsp butter

Cara:

1-Campur semua bahan, panaskan sampai pekat. Kemudian sejukkan dalam suhu bilik

Hiasan
100 gm walnut (imported) di tos dan cincang

Cara:

1- Keluarkan kek tadi dan tabur walnut kemudian letak topping tadi. Hidangkan
 
 
sangat sedap sbb ada crunhie tofee tu....
 
 
 
 
 

7 comments :

  1. Bestnya klo dpt jadi org yg tau membaking ni. Saya ni tau print resipi jer kak. Buatnya tak tau bila ☺☺

    ReplyDelete
  2. rajin betul akak buat kek ye :)

    ReplyDelete
  3. Aduhai Mayang... kakak tengok yg meleleh tu tak boleh tahan...

    ReplyDelete
  4. wahhhh....saya xpandai buat kek

    ReplyDelete
  5. kalau bagi kat saya ni mau mengunyah je kerja nya. pas tu komplain la lemak sana sini. ngeee...

    dah le tu saya ni jenis kurang gula dalam badan. mkn manis manis memang harus tau.

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI