Wednesday, 18 April 2012

ROTAVIRUS





Amat risau saya sebab 2 orang anak saya demam, muntah dah cirit birit, adoila penyakit ni yang paling saya takut .. fobia yg paling tepat sekali. Penah anak saya yang ke 2 masuk wad disebabkan penyakit ni. Yang paling saya sedih sekali cuma 2 hari sahaja anak saya menjadi terlalu kurus dan tak bermaya... Sekarang ni adiknya yang ke 3 (Muhammad Irfan Farihin) dan adik yang bongsu dan my one and only baby girl (Nur Salsabila) lak kena. Risau, sedih, Kesian .. suma perasaan bercampur baur... kalau boleh biar saya aje yang ganti untuk tanggung suma rasa sakit mereka.. hari ni dah masuk 6 hari simptom cirit birit masih berlarutan walaupun dah semakin berkurang (Alhamdullilah dan saya amat bersyukur) tapi mungkin perut masih tidak selesa, itu yang anak2 saya asyik mengadu sakit perut sahaja. Yang adik nasib baik masih breast feed .. mmg bf power tul la sbb cuma 2 ari aje anak saya dah ok dari muntah (Bella sempat dpt simptom muntah2 aje tapi tiada cirit birit, but the fever still ada). Menurut doktor yang merawat anak saya, anak saya di jangkiti kuman Rotavirus yang biasa menyerang kanak-kanak dan bayi.. Simptom2nya adalah :

1. Muntah-muntah
2. Demam
3. Cirit birit

saya dapatkan sedikit maklumat dari internet untuk panduan bersama2 yek ...


Si manja kerap membuang air besar atau lebih tepat lagi mengalami cirit-birit, perkara ini jangan diambil mudah. Kerana adakalanya ia berlarutan sehingga beberapa hari hingga membawa kepada kemudaratan kesihatan dan masalah-masalah lain.
"Cirit-birit di kalangan kanak-kanak dan bayi boleh menyebabkan malnutrisi. Malah di negara-negara membangun, ia boleh menyebabkan kematian dan morbiditi," kata Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya (SDMC), Dr. Khoo Paik Choo.
Menurutnya, merujuk kepada fakta yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekitar tahun 2000 hingga 2003 sebanyak 10.6 juta kematian setiap tahun di kalangan kanak-kanak berusia kurang lima tahun adalah disebabkan cirit-birit.
"Ia merangkumi 18 peratus iaitu kedua tertinggi selepas pneumonia," ujarnya ketika pelancaran Operasi Lampin oleh GSK baru-baru ini.
Operasi lampin merupakan kempen pendidikan untuk ibu bapa yang bertujuan meningkatkan kesedaran mereka tentang bahaya rotavirus dan langkah pencegahannya.
Katanya, biasanya bayi yang kerap membuang air besar atau najisnya sedikit cair tidak menjadi masalah. Namun, jika ia berlanjutan dengan kerap dan lebih cair, ia adalah cirit-birit.
Menurutnya, cirit-birit merupakan masalah gastroenteritis. Ia boleh disebabkan jangkitan parasit, bakteria atau viral seperti rotavirus. Namun, cirit-birit di kalangan bayi juga boleh disebabkan oleh antibiotik, alahan kepada susu atau makanan atau pun pengurangan aliran darah ke intestin (jarang berlaku).
"Rotavirus paling merbahaya dan semakin kerap berlaku ketika ini," kata Dr. Khoo.
Merujuk kepada data WHO katanya, dianggarkan lebih 440,000 kematian kanak-kanak dan bayi sedunia disebabkan oleh rotavirus.
Secara global katanya, sebelum umur lima tahun, lebih 95 peratus kanak-kanak menderita penyakit rotavirus. Malah katanya di negara-negara membangun, cirit-birit dan muntah akibat rotaviral membunuh kanak-kanak hampir setiap minit.
Di Malaysia kata Dr. Koo, merujuk kepada data Kementerian Kesihatan antara 1999 hingga 2000, dianggarkan satu daripada 37 kanak-kanak berusia bawah lima tahun dirawat sebagai pesakit luar akibat rotavirus. Manakala satu daripada 67 ditahan dalam wad sementara satu daripada 15,000 berdepan dengan kematian.
Katanya lagi, bayi berusia antara tiga hingga 24 bulan adalah golongan yang paling mudah terjejas oleh rotavirus dan 71 peratus daripada kejadian jangkitan ini berlaku dalam usia tahun pertama.
"Di SDMC sendiri, rotavirus dikesan daripada 52 peratus kanak-kanak yang dimasukkan ke wad akibat masalah gastroenteritis," katanya.
Simptom dan penularan rotavirus
Muntah, cirit-birit, demam dan sakit perut adalah simptom rotavirus. Demam dan muntah boleh berlarutan hingga sembilan hari, manakala cirit-birit pula hingga tiga minggu.
Kata Dr. Khoo, cirit-birit akibat rotavirus lebih mengundang risiko dehidrasi berbanding cirit-birit akibat lain.
"Komplikasi major akibat dehidrasi termasuk renjatan, masalah pernafasan, kardiak, kegagalan buah pinggang, jangkitan otak dan membawa maut," katanya.
Menurut beliau, rotavirus sangat mudah menular. Ia boleh hidup hingga beberapa jam pada persekitaran dan beberapa hari pada permukaan tangan dan pepejal.
Saluran makanan dan najis paling mudah menyebarkan rotavirus. Selain itu ia disebarkan melalui seorang ke seorang yang lain melalui tangan yang tercemar, barang permainan dan objek lain.
"Ibu-ibu perlu memahami bahawa gastroenteritis adalah penyakit serius dan rotavirus boleh menyerang semua kanak-kanak," katanya.
Menangani cirit-birit dan rotavirus
"Elakkan bayi mengalami dehidrasi berterusan dengan memberi susu ibu, formula dan juga cecair lain ketika mereka mengalami cirit-birit. Bawa bayi berjumpa doktor jika ia menunjukkan tanda dehidrasi seperti mulut kering, lampin tidak basah antara enam hingga lapan jam, terdapat pendarahan pada najis, demam dengan suhu tinggi, kerap muntah dan sebagainya," katanya.
Sementara bagi menangani jangkitan rotavirus pula, tiada rawatan antiviral spesifik digunakan melainkan menggunakan kaolin, pectin, smecta dan probiotik.
"Menggunakan oral redehidrasi adalah penyelesaian biasa yang sering digunakan," katanya.
Dalam sesetengah kes muntah yang teruk, redehidrasi dengan cecair melalui laluan intravena diperlukan.
Mengurangkan risiko jangkitan
"Susu ibu adalah penyelesaian terbaik untuk mengelakkan jangkitan rotavirus. Selain itu kerap disinfek barang permainan dan kawasan bermain. Amalkan kebersihan dan sanitasi asas seperti membasuh tangan dengan betul.
"Namun membasuh tangan dan disinfek sahaja tidak mencukupi dan cara yang paling baik adalah mendapatkan vaksinasi rotavirus," ujar Dr Khoo.
Dengan mendapatkan vaksin rotavirus katanya, ia menawarkan pencegahan paling baik dalam melawan jangkitan rotavirus di kalangan bayi.

3 comments:

  1. salam...mcmana ek nk dapatkn vaksin rotavirus ni..diklinik swasta saja ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat klinik kerajaan pun ada try tanya kat klinik kesihatan atau hospital berdekatan

      Delete
  2. tu sbb islam kata sus ibu yg terbaik . masalahnya baby yang beru belajar merangkak , dia akan ambila apa saja yg dia nampak dan terus masuk mulut ...

    ReplyDelete