KACHINGG $$$$

Wednesday, 12 August 2015

KEK KELADI

Khas buat untuk officemate yang teringin sangat nak makan kek keladi katanya. Semoga puas hati yer, resepi saya amik dari bbwana yang memang kerap sangat buat kek ni.

scene di luar opis.... hahaha
BAHAN SPONGE CAKE:
150 g tepung halus superfine ( aku hanya guna tepung gandum biasa + 1 sk baking powder, ayak 3x )
150 g gula kastor
5 biji telur gred A
1 sb ovallete
80 ml air masak
80 ml minyak
2 sk yam paste
sedikit pewarna ungu- optional
tulisan tak jadi tiru sampul angpow hari raya.. hahahaha
CARA MEMBUATNYA:
Satukan gula, ovallete, tepung, baking powder dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan menggunakan high speed.
Low speed, masuk air, yam paste dan sikit pewarna ungu.
Pukul dengan high speed selama beberapa minit hingga adunan ringan.
Tuang minyak dalam adunan, gaul guna senduk hingga sebati. Kaup balik.
Sediakan loyang, gris dasarnya dan lapik dengan baking paper, bakar selama 45 minit - masak.
Suhu 150-180 degree.
Bila kek masak, keluarkan dari oven dan telengkupkan atas redai selama 5 minit. Untuk elakkan kek mendap.
Terbalikkan semula dan biar sejuk sebelum letak filling @ deko.
Potong kek kepada 2 bahagian dan letak fresh cream. Hias ikit kreativiti.

UNTUK FILLING & DEKO:

Fresh cream dan yam paste secukupnya

- Pukul fresh cream @ non diary whip cream yang dicampur dengan yam paste hingga bertanduk dan sedia untuk digunakan.

ok.. tutup balik, jom naik opis kita ngapppp...

17 comments :

  1. Hmmm... untunglah yg duduk satu office dgn Mayang dpt makan kek FOC.

    ReplyDelete
  2. Wah cantiknya kek..Thanx sebab cuba resepi wana.^_^.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kek Keladi. Nak cuba juga.

    ReplyDelete
  4. Tak rasa dah nampak sedap. Nak rasa kek Keladi juga. Pandai akak buat.

    ReplyDelete
  5. Kenyang juga bisnes lps raya..ye..
    sesekli teringin juga merasa kek keladi..
    bilalh tu ye...

    ReplyDelete
  6. asben saya peminat tegar keladi..terutamanya aiskrim keladi..ni kalau dpt kt dia, sure dia makan jugak..hehehe

    ReplyDelete
  7. cantikkk,, pandainya mayang buat,,

    ReplyDelete
  8. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  9. nampak cantiknye kek ni mayang... teringin nk buattt

    ReplyDelete
  10. nampak cantik dan menyelerakan tu

    ReplyDelete
  11. Hai..keladi singgah sini...drp www.keladionline.com...wahh. .nampak mcm sedap tu....

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI