KACHINGG $$$$

Thursday, 14 May 2015

JOM LAYAN PULUT MANGGA BERSANTAN

HARAP MAAF, SAYA AGAK SIBUK DAN TIDAK KESEMPATAN LAGI UNTUK MENYINGGAH KE BLOG RAKAN2. ISHH BANYAK SANGAT KE RAKANNYA... INSYALLAH ADA YANG NAK BERKAWAN DENGAN SAYA KANNNN?.. NANTI SAYA AKAN SINGGAH KE BLOG KAWAN2 YER. WEEKEND HARI TU SAYA ADA BELI MANGGA. MURAH BETUL 2 KILO RM10.00. TAK TAU LAH KENAPA MURAH SANGAT, MUNGKIN MUSIM MANGGA KOT. KEMAIN SERONOK SUAMI SAYA. KATANYA NAK BUAT PULUT MANGGA, LAMA BETUL TAK MAKAN. ALHAMDULLILAH REZEKI SUAMI SAYA BERKESEMPATAN SAYA MEMBUAT PULUT MANGGA UNTUKNYA. MENURUT SUAMI SAYA ORANG-ORANG BELAH UTARA MEMANG BIASA MAKAN PULUT BEGINI, SERIUS SAYA MEMANG TAK PENAH MAKAN SEHINGGALAH SAYA BERKAHWIN DENGAN SUAMI SAYA. KALAU IKUTKAN SUAMI SAYA KUAH SANTAN TU, MEREKA TAK MASAK CUMA GAULKAN DENGAN GARAM SAJA. TAPI SAYA MASAKKAN JUGA SIKIT SEBAB TAKUT ANAK2 SAKIT PERUT PULAK. LAGI PUN LEBIH TAHAN LAMA.



Bahan-bahan

500gram beras pulut
*510ml santan
*2 sudu teh garam
*1 sdb gula
2-3  helai daun pandan 
1 biji mangga masak (dihiris)

** nota : di campurkan sekali dan di gaul rata.
untuk kuah santan 
250ml santan (kira-kira 1 cawan)
1sdt garam
1sdb gula (kalau tak suka tak payah letak pun takpe, tapi saya letak bagi manis-manis buah gitu)
1-2 helai daun pandan

Cara-cara memasak pulut
1. rendam beras pulut semalaman dan kemudian kukus selama 25 minit. Jangan lupa letakkan daun pandan.

2. Setelah masak, keluarkan pulut dan masukkan pulut yang sudah masak ke dalam bekas dan campurkan santan bersama dengan gula dan garam. gaul hingga rata ke seluruh pulut dan kelihatan berkilat. jangan masukkan semua santan, masukkan sedikit demi sedikit. apabila telah rata ke seluruh pulut berhenti letakkan santan dan kukus semula sekejap sehingga pulut meresap santan dan berkilat.

3. Bila telah masak bolehlah dihidangkan bersama dengan mangga atau durian.

cara memasak kuah santan

Campurkan semua bahan kuah dan renehkan di atas dapur, jangan sehingga pecah minyak, setelah itu hidangkan pulut dan mangga dan di siram dengan kuah santan untuk juadah keluarga yer.



11 comments :

  1. Comeel btul pulut2 tu
    kretip
    berselera lh en somi mkn ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. scoop ngan scop ice cream aje tu kak... hahahha

      Delete
  2. saya pun nak kata comel pulut tu.. mula2 ingatkan bebola ayam ke apa.. hahaha..

    actually saya pun tak pernah makan pulut mangga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AHHAHHA... KEKONON NAK BUDGET MAKAN KALAU KECIK2 GITU... TAK DE MAKNANYA... GUNA SKOP ESKRIM AJE TU...

      Delete
  3. Assalammualaikum...

    sedap nyer tgk pulut tu.. yum22..

    mselim3

    pls: pulut dengan mangga tak pernah cuba.. sedap nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita dulu sebelum kawin mmg tak penah makan pun... try le sedap gak..

      Delete
  4. pergghhh..sedapnya!!! tapi x pandai mkn ngan mangga..salu makan ngan sambal or serawa doyan je..rajin plak akak wat bebola gitu kan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak dulu pn tak penah makan kalau org perak makan ngan serawa doyan aje kannn....

      Delete
  5. Musim mangga sekarang ni akan mula keluarlah resepi ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg byk sekarang kak.. tadi survey dah jatuh harga rm10 utk 3kilo plak

      Delete
  6. smlm bru mkn kat kdai.. xsdp..xlemak.. pulut pun keras..huwaaa.. yg ni tgk sdppp sgt...kirim sni kak =)

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI