KACHINGG $$$$

Tuesday, 17 March 2015

PAK CHOY MASAK LEMAK KUNING

Hari-hari balik dari kerja memang bertungkus lumus pulak di dapur memasak untuk makan malam anak-anak. Berkecapi memasak sebab anak-anak saya kalau kalau saya sampai rumah memang sibuk tanya uminya masak apa hari ini. Lagi-lagi anak saya yang no. 3, memang bila sampai rumah aje pada pukul 7.30 petang memang terjah meja makan dulu. Bila dah hari-hari masak ni kekadang jadi buntu pula memikirkan apa yang perlu di masak. Di dalam peti ais ada sawi pak choy, fish ball dan ikan sedikit. Anak-anak saya pulak dah pandai komplen, tak mo dah asik makan sayur goreng atau pun sup sayur lagi, nak masak kari ikan macam malas plak. Adehhhh.. pening memikirkan apa yang perlu di masak. Akhirnya dapat idea masak lemak putih, entah macam mana masa tengah masak tertukar lak plan jadi masak lemak kuning pulak. Jadilah ... sedap jugak, pastu goreng aje ikan dan buat sambal telur pecah, emmm cukuplah untuk hari ini. Simple-simple aje, asalkan perut kenyang.
 SAWI PAK CHOI 
Bahan-bahannya:
2 ikat sayur bak choy
1 paket fish ball/fish cake
1 cawan pati santan + 1 cawan air
Garam/gula secukup rasa
2 sudu besar minyak
1 sdb serbuk kunyit


Bahan-bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 batang serai diketuk

Cara-cara menyediakan:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan serai sehingga kekuningan. Kemudian masukkan serbuk kunyit kemudian kacau sebentar.
2.. Masukkan santan dan kacau lagi.
4. Masukkan fishball bersama garam secukup rasa. Kacau semua bahan.
5. Akhir sekali masukkan sayur pak choy dan terus kacau kuah supaya tidak pecah minyak. Bila sayur pak choy telah layu, bolehlah ditutup api.

Masak lemak kunig pak choy

26 comments :

  1. Hmmm..sedap ni mkn ratah pon sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. suka sayur ni krap krup .. ranggup

      Delete
  2. emmm nampak sgt berselera juga ni..
    gigih msk utk family...terrrbaikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullilah kak.... semoga anak-anak terdidik juga dengan air tangan ibunya yg mithali ni.. hehehehe

      Delete
  3. wah masak lemak letak fishball..kreatif nih =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. main letak aje apa yang ada ibu zarith

      Delete
  4. nyum2 sdp ni.. yui ada beli syur ni..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. leh wat menu diet atkin ni yuii tapi kita jangan letak santan ..

      Delete
  5. Nih sawi putih. Siew pak choy batang hijau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke rodziah.. entahle akak ni pun dok gugel gambo dan nama dia lam tenet.. itu yg di kasi namanya.. akak follow aje.. tapi akak mmg panggil sawi putih aje.. sesaja nak letak nama glemer dia tu..

      Delete
  6. ank2 yana suka mkn sayur pak choy nii..nnt bleh try masak lemak cani plak..sedappnyaa ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple2 aje yana.. bila dah anak ramai ni.. lauk masak takat yg cepat di masak sedap di makan aje

      Delete
  7. Sedapnya. Ada juga yang panggil sawi jepun jika saya tak salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke.. entah la PKDR... senang kita panggil sawi putih aje le

      Delete
  8. Okey la tu janji ada mknn. Akk blk ptg x larat dah nk masak. Beli ns grg je kongsi 3 beradik. Tu pun kdg makan kdg x. Teringin nak blk masak cam mayang. Tp anak anak akk ni bukan jenis pemakan. Mkn apa yg dorang suka je

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak wat camna kak ana.. anak2 suma majoriti lelaki perkasa.. makan kalau tak 2 pinggan memang tak sah. itulah kekadang anak2 jenis tak pemakan pun mmg malas nak masak, sebab depa takmo makan

      Delete
  9. kat umh ni pun selalu ada sawi dlm senarai belanja dapur ... sawi byk air pd btgnya . suka masak sup .

    ReplyDelete
  10. wani kalau sayur gini tak masak lemak dah ..goreng2 jer.. kat rumah ni tak suka lemak2 hiii

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Mayang... kalau saya mampir ke sana boleh ke masakkan saya semua tu tapi tambah sikit sambal belacan... demand ni... boleh yek boleh kan?? belacan ngan cili lebih yer... hahahaha

    ReplyDelete
  12. Masak lemak putih ke kuning ke yg pasti pakcoy berkuah macam ini makan dgn nasi putih memang sedap Mayang..

    ReplyDelete
  13. saya tak makan sayur pulak . huhuu

    ReplyDelete
  14. Salam singgah kak mayang...
    biase sayur nie buat masak lemak putih je,pasni bole try la masak lemak kuning laks!

    ReplyDelete
  15. lapar la plak nampak lemak kuning tuuu..

    ReplyDelete
  16. menarik.. blm pernah buat mcm ni lg.
    thanks akak

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI