Sunday, 2 June 2019

AGAR-AGAR COKLAT

Alhamdulillah, sempat juga menyiapkan avar-agar coklat untuk menyantuni anak yatim yang dianjurkan oleh pejabat saya. Maklumlah kanak-kanak memang sinonim dengan makanan bercoklat. Bersama-sama ini saya sertakan resepi untuk simpanan saya. Resepi belasah saja ni tapi alhamdulillah menjadi.



Bahan-bahan
1 paket agar2 tali
5 cawan air
1/2 cawan milo/serbuk koko
1 tin susu cair
1 cawan gula
3 sdb tepung kastad
3 sdb butter

Cara-caranya
1. Masak agar-agar, air dan gula hingga agar-agar larut.
2. Matikan api. Kemudian masukkan milo, susu cair dan tepung kastad dan kacau hingga semua bahan larut dan sebati. Mudah guna whisk.
3. Buka api dapur dan kacau bahan hingga mendidih. Masukkan
 butter dan kacau hingga larut dan tutup api dapur.
4. Basahkan acuan dengan air masak dan tuangkan agar-agar dalam acuan dan tunggu hingga sejuk. Tujuan basahkan acuan adalah untuk memudahkan agar-agar di keluarkan dari acuan.

No comments:

Post a Comment

AGAR-AGAR COKLAT

Alhamdulillah, sempat juga menyiapkan avar-agar coklat untuk menyantuni anak yatim yang dianjurkan oleh pejabat saya. Maklumlah kanak-kanak...