Monday 13 May 2019

KOLE KACANG

Minggu lepas kami sekeluarga telah mengadakan kenduri tahlil buat ibu dan bapa saya. Semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Kami cuma buatkan bungkusan-bungkusan untuk di sedekah di masjid. Kami memang tidak tempah dari orang lain dan kami memang bertungkus lumus masak sendiri. Menu hari itu adalah Nasi Putih, sambal belacan, sayur campur dan ulam timun. Kuih muih juga saya masak sendiri, iaitu kole kacang dan ada juga kuih muih lain seperti apam pisang dan kek sumbangan jiran tetangga. Kali ini saya ingin sharekan resepi kole kacang yang saya rasa sangat simple dan mudah. Resepi ini merupakan resepi saya belajar di kolej Komuniti suatu ketika dulu.

nyum-nyum, manis pun sedang-sedang aje 
Bahagian A
1 Cawan santan ( di buat tahi minyak)


Bahagian B
1 Cawan gula merah
1 cawan air
2 sudu besar gula putih
Daun Pandan

Bahagian C
1 cawan tepung kacang hijau (saya prefer jenama babas sebab lebih halus)
2 cawan santan pekat
sedikit garam

Cara-caranya
1. Masakkan bahagian A sehingga naik tahi minyak. (keluarkan tahi minyak tapi jangan buang minyak)
2. Masak bahagian B dan sejukkan.
3. Dalam periuk yang lain, masukkan bahagian C bersama-sama bahagian B, kacau sehingga sebati semua dan tapis.
4. Masukkan bahagian B dan C dalam tadi dalam kuali tahi minyak tadi dan kacau adunan sehingga pekat dan likat
5. Lapiskan loyang dengan plastik kuih talam, sapukan minyak dan kemudian masukkan adunan kole kacang dalam loyang, bila dah sejuk boleh potong dan taburkan tahi minyak tadi.

5 comments: