Alhamdullilah pada 13/3/19 tempoh hari saya sempat bercuti di Sabah bersama-sama rakan, ya kali ini saya tidak pergi bersama keluarga, walaupun hati ini asyik teringat anak-anak dan tentulah suami di rumah, tapi alhamdullilah kiriman video-video suami sangatlah mengubah hati yang sedang rindu kesumat. Hahahaa... rindu mak oiii.... jangan main-main rindu dia macam mana tau, memang tak boleh di bawa bincang. Tapi bila dah pergi sana sini sambil menikmati keindahan SABAH.. wow acik sangat kagum dan lupa sekejap la anak2 dan bapak anak kat umah sekejap.
Trip kami berlangsung selama 3 hari bermula pada 13/3/19 hingga 15/3/19. Trip kami bermula apabila sampai sahaja di Airport Kota Kinabalu kami terus bergerak ke Kundasang, best sangat dalam perjalanan ke Kundasang, kami singgah ke Rumah terbalik, bayaran masuk RM12 ada gst, jadi harganya jadi RM12.72. Di sini di pamerkan rumah dan semua perabotnya terbalik. Sekejap sahaja kami di sana, bagi saya tiada apa yang menarik dan merugikan sahaja dengan harga entry yang mahal. Tidak berpadanan dengan fee yang dikenakan terasa terlalu mahal dengan kemudahan yang disediakan, it's okay, kalau tak pergi kita pun tak tahu kan? so ini pengalaman yg sangat berguna.
Selepas itu kami bergerak ke Jambatan Tamparuli yang famous tu kan... Rupanya selain glamour dalam lagu, jambatan ini juga penuh dengan lagenda, berkenaan kisah cinta pegawai British Mr Robinson dan gadis tempatan yang cantik jelita bernama Selungkoi yang di jadikan korban untuk pembinaan jambatan yang sebelum ini gagal. Akhir sekali pegawai British tersebut menyesal dan turut membunuh diri di jambatan tersebut. Aduh sadisnya. Jambatan yang saya pergi tempoh hari adalah jambatan tergantung, tapi sebenarnya jambatan ini adalah jambatan yang baru di bina juga, yang asal telah rosak di landa banjir. tapi ada bersebelah jambatan gantung ini terdapat jambatan lain yang di bina, saya tak pasti sama ada itu jambatan baru atau lama. Ini kena tanya orang Tamparuli....
pandangan dari tempat saya tiba |
DAY 2
Kami singgah ke tempat yang paling famous di Kundasang, iaitu Desa Cattle Dairy Farm, sedap oii aiskrim susu lembu kat situ, saya macam biasa akan pilih gelato coklat, sambil tu makan yogurt sejuk, nikmat sangat oo. Kemudian kami gerak ke Kundasang War memorial Museum. Sedih pulak bila baca sejarah di sini. Muzium ini di bina bagi memperingati askar tahanan perang dari British, New Zealand dan Australia yang mati dalam pemindahan semua tahanan dari Sandakan ke Ranau semasa pendudukan Jepun di Borneo. Hanya 6 orang askar sahaja yang terselamat
sempat ambil gambar ini sahaja kerana gambar yg lain hanyut dek air laut |
harga tiket bagi dewasa |
tiket masuk |
Kami bertolak ke Kota Kinabalu dan menetap di Marina View apartment di tengah bandar Kota Kinabalu.
Day 3
Makan malam kami pula, kami decide untuk mencuba makanan sea food yang terkenal di Sabah. Memang sedap dan segar tau. Tak banyak gambar saya ambil sebab takde mood, sakit-sakit badan pagi tadi. Makanan sangat sedap kami order kerapu masak sweet sour, ketam masak telur ikan masin, sotong goreng tepung, kerabu latok, udang masak butter dan kerang bakar. Mak aihh sedapnya, makan
sotong goreng tepong |
dah lama nak makan latok... uishhh sedapnya meletop2 dalam mulut |
DAY 4
Sebelum balik sempat singgah di Signal hill dan Sabah Cultural Muzium . Ok done, penat dah menaip, rasanya banyak perkara tak include dalam ini, tapi penat dah menaip + malas.. hahahaha. ok bye..
singgah di Signal Hill |
Kakcik juga 'cintakan' Sabah, terutama Kundasang. Dah lama rasanya tak ke sana sebab suami kakcik lebih sukakan Kuching...
ReplyDeletebest kak cam nak pi lagi
DeleteLokasi dan pemandangan di Sabah menang cantik, breathtaking :)
ReplyDeletesangat.... rasa x mo balik aje
Delete