JITRA, 5 Feb (HPM) – Buah tembikai atau Citrullus Vulgaris kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian lain yang bermutu tinggi dalam bidang perubatan.

Tembikai amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Jus tembikai membekalkan tenaga dan kekuatan di kalangan orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru saja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh, selaim kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah. Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksi dan lycopene, kaya dengan beta karotena yang mampu mencegah pelbagai penyakit terutamanya KANSER.

Tembikai juga kaya dengan kalium (potsium) dimana sekiranya seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia akan memperoleh lebih kurang 825miligram KALIUM.

Fungsi kalium ialah merendahkan tekanan darah dan menghalang kolesterol daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri. Tembikai hendaklah diambil sebelum makan berat untuk membersihkan perut dan rasanya akan menjadi sangat manis terutama pada waktu petang kerana resonan dengan warna merah di alam

INFO YG NI PLAK SAYA DAPAT DR SINI EKK.. MOHON SHARE EKK NISA

Rambut gugur dan kepala menjadi botak menjadi masalah utama bagi mereka yang menghadapainya terutama yang masih lagi berusia muda atau bujang sama ada lelaki mahu pun wanita.

Banyak faktor atau punca terjadinya masalah keguguran rambut antaranya seperti perubahan hormon, efek pengubatan, shampoo yang tidak sesuai malah gangguan stres.

Salah satu kaedah rawatan tradisional untuk mengatasi rambut gugur ialah menggunakan kulit buah tembikai. Buah tembikai yang kaya dengan vitamin C dan memang digemari semua orang ternyata berkhasiat dan bermanfaat untuk mengatasi rambut gugur.

Caranya mudah. Setelah anda memakan isinya, jangan dibuang kulitnya. Bahagian isi kulit tembikai yang berwarna putih amat mujarab digunakan untuk mengubati rambut gugur.

Tusuk-tusuk bahagian putih kulit tembikai itu menggunakan garpu supaya keluar cairan. Kemudian gosokkan pada kulit kepala anda dan langirkan atau ramas perlahan -lahan beberapa minit. Cukup lakukan seminggu sekali.



Ni lagi satu fungsi dia dapat dari blog cik min, mohon share yek cik min.

 Belahan tembikai yang merah menyala,bukan hanya meransang selera tetapi turut meransang ghairah suami isteri.

Para akademik di Texas Amerika Syarikat, menemui kandungan citrulline.sejenis zat yang melancarkan pengaliran darah didalam tubuh yang memberi efek persis viagra.Citrulline berkuasa mengatasi disfungsi ereksi dan meransang produksi senyawa kimia yang membantu merehatkan pembuluh darah.

Zat ini juga baik untuk kesihatan jantung dan kekebalan tubuh apabila bereaksi dengan enzim tubuh.Selain itu,Citrulline juga mampu meransang arginine didalam tubuh.Rangsangan arginine berupaya memicu pengeluaran nitrat oksida yang membuat pembuluh darah menjadi releks seperti efek viagra serta mengatasi dan mencegah disfungsi ereksi.