Monday 24 November 2014

ROLLED OATMEAL WITH BANANA (MAKANAN BAYI)

MUHAMMAD AMIRUL AIMAN



Baby saya yang comel ni kena sembelit. Kesian pula tengok dia, so saya preparekan makanan ni bagi memudahkan proses membuangnya. Banyak khasiat oat ni sebenarnya. Oat adalah makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua.

Oat mengandungi Serat yang merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.

Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.
OAT + BANANA +BUTTER SEBELUM DI KISAR

Makanan bayi berasaskan oat

1 cawan rolled oat (apa jenis oat pun ok juga)
2 biji pisang emas
2 sudu besar butter
1 cwn air (untuk rebus oat)
SELEPAS DI KISAR.
cara-caranya

masakkan oat sehingga kembang, masukkan pisang emas yg telah dipotong dan juga butter. tunggu mendidih, dan siap untuk di makan. Bagi bagi yang berumur 6-8 bulan oat perlu di kisar terlebih dahulu.

7 comments:

  1. berkhasiat.. ot ni.. kn..
    org tua pun bileh mkn ni...
    tq mayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de garam ni kak nor.. Klu org tua kena letak garam.. Sbb tu myg letak butter bg lemak masin sket.. Lgpn bau dia kemain sedap bile ltk butter

      Delete
  2. Sedapnye tengok...boleh cuba nanti :)

    ReplyDelete
  3. sedap nye...bole try untuk baby zhafiraa ni...

    ReplyDelete
  4. oat untuk mengatasi masalah sakit jantung.. selalu jugak makan ni tapi tak hari hari lah

    ReplyDelete
  5. oat juga blh kuruskan badan ...

    ReplyDelete