Monday 4 March 2013

SANGAT KEJAM PENGANAS DI LAHAD DATU

Berita hari ini sangat menyedihkan saya, Ya Allah kita sesama islam berbunuhan... Inikah pemimpin yang baik (Kesultanan Sulu) dan saya dapat tahu yang Raja Al Kiram ini sendiri tidak di iktiraf di Kepulauan Sulu sendiri... tetapi kenapa pengikutnya begitu kejam dan tiada belas kasihan.. sedang islam sendiri mengajar kita supaya berbuat baik sesama manusia tidak kiralah apa agama sekali... dan lagi-lagi yang berkaitan dengan tahanan perang.. Hari ini saya baca Berita Harian sangat le terkejut dengan apa yang penganas Sulu itu lakukan, Ya Allah semoga tiada lagi yang menjadi korban, saya ringkaskan apa yang saya baca di akbar berita harian pagi ni,


" Dalam pertempuran di Kampung Sri Jaya, Simunul malam semalam (Sabtu) Seorang pegawai dan lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata.


Insiden di lokasi tersebut telah mengorbankan 6 anggota polis berlaku dengan amat kejam, mereka telah bergegas ke lokasi kerana mendapat laporan kononnya terhadap sekumpulan lelaki bersenjata api,Tiba ditempat kejadian, Anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri,seorang ditembak tepat dikepala manakala 3 orang lagi ditembak dengan menggunakan mesingan. Seorang lagi pada ketika itu dijadikan tembusan dan berakhir dengan kepalanya dipenggal. Seorang lagi mangsa iaitu Ketua Cawangan Khas Daerah (KCKD) yang berpangkat Assiten Supritenden maut selepas di rodok dnengan menggunakan senjata tajam di percayai parang sehingga perut terburai......


Macam ni kah kita orang islam.... sedihnya....... Cepatlah ATM bertindak, Insiden ini memberi pengajaran supaya Malaysia lebih berhati-hati, lebih meningkatkan kawalan baik di udara, darat dan laut. Semua anggota tentera sama ada Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Tentera Laut, Polis, Polis Maritim perlu memainkan peranan lebih efektif sekarang. Mungkin ini satu pengajaran bagi kita...
PENGANAS SULU (GAMBAR DI BAWAH)


17 comments:

  1. Malaysia selama ini berdiam dan mengambil inisiatif rundingan sebab mereka adalah orang islam dan melayu khususnya jangan ingat kita boleh bersabar lagi....

    ReplyDelete
  2. sangat terkesan kan
    semoga ia segera berakhir

    ReplyDelete
  3. sedih kan..pdhal negara kita selama ni aman damai je, xde pun ceroboh2 ni. huhuhu. let's pray for them!

    ReplyDelete
  4. Tragedi yg kian panjang dan kakak rasa akan berlarutan - sangat menyedihkan.
    Moga ada penyelesaian segera.

    ReplyDelete
  5. hilang kata kata...semestinya akan berlarutan...

    ReplyDelete
  6. masih lagi tergamam. tak sangka. mcm mana dorang boleh bolos masuk malaysia.

    masih lagi terngiang ngiang bila dorang di anggap seperti pendatang asing.

    sulu...oh sulu... tak tau nak cakap bila ada manusia yg suka hidup dalam persengketaan

    ReplyDelete
  7. bila perairan negara tidak di jaga dengan betul....mesti ada akibatnya....moga iyanya tak berpanjangan....

    ReplyDelete
  8. Moga para perwira kita dapat menjalankan tugas dengan cepat, selamat dan berkesan. Kita doakan mereka selamat pergi dan selamat pulang.

    ReplyDelete
  9. sakit ati betul dgn dorang ni...moga cepat2 la berakhir..

    ReplyDelete
  10. aku rasa penceroboh tu dah lama tinggal di sabah cuma kita tak dapat mengesan aktiviti mereka dan menunggu masa untuk bertindak mustahil kalau nak mendarat dari laut sebegitu ramai siap bersenjata tak dapat dikesan orang awam juga tak mungkin berdiam diri jika terlihat kecualilah 1 atau 2 orang penceroboh ini juga dilihat seolah olah mereka sudah mahir dengan keadaan bentuk muka bumi sabah serta terlatih dalam bidang ketenteraan bercorak gerila walau apa pun tahniah pasukan keselamatan dapat menangani situasi tersebut.sabagai pengajaran jangan terlalu MERAMAIKAN RAKYAT ASING DINEGARA KITA walau pun bertujuan bekerja bila dah ramai pelbagai boleh berlaku sekarang ini pun rakyat sendiri sudah takut dengan orang asing apa hal BUAT BAIK BERPADA PADA BERBUDU BAHASA BIAR BERTEMPAT NANTI RAKYAT SENDIRI YANG MEREMPAT.

    ReplyDelete
  11. I know this if off topic but I'm looking into starting my own blog and was curious
    what all is needed to get sett up? I'm assuming having a blog like yours would
    cost a pretty penny? I'm not very web svvy so I'm not 100% certain. Any tips or advice would be greatly
    appreciated. Many thanks

    ReplyDelete
  12. Hey There. I found your weblog the use of msn. This is a
    very smartly written article. I will be sure to bookmark it and come back to learn extra of your useful information.
    Thanks for the post. I will definitely return.

    ReplyDelete
  13. Awesome blog! Do you have any hints ffor aspiringg
    writers? I'm hoping to styart my own site soon but I'm a little lost on everything.
    Would you suggext starting with a free platform like Wordpress or go for a paid option? There arre so many options
    out tthere tat I'm completely overwhelmed .. Any ideas?
    Thanks a lot!

    ReplyDelete