KACHINGG $$$$

Thursday, 16 August 2012

TRIPPLE CHOCOLATE TRIFFLE



Melayan tekak di bulan puasa. Tak rugi saya mencuba mmg mabeles le triffle ni. Rekaan saya sendiri tapi menggunakan resepi yang sedia ada.. Sesiapa yang suka coklat mmg heaven kalau dapat makan triffle ni....Bahagian bawah sekali saya letak kek coklat moist (kek yang tak abis di makan oleh anak saya). Second layer saya letakkan Chocolate Mousse dan yang paling atas sekali saya letakkan Rich Chocolate pudding. Asalnyer saya sediakan menu ni untuk di bawa di majlis pot luck office saya. Malangnyer saya tak dapat hadir disebabkan alasan yang tak dapat dielakkan oleh pihak suami saya.. Jadi saya redha aje.. hahahahha (ayat poyo aje, tapi di ati agak frust sbb x dpt hadir). So kami korbankan triffle ni kat umah mak saya bersama adik beradik saya yang lain.. mmg sedap, macam makan ais krim.







Best Chocolate Moist Cake

Ingredients

A

2 Cawan Tepung

2 Cawan Gula

2 sdk Baking Soda

1 sdk Baking Powder

3/4 cup Cocoa Powder

1 Cawan minyak masak

B

1 Cawan Buttermilk (1 cwn susu + 1 sdk cuka)

1 Cwn air panas

1 sdk Esen Vanilla

2 bj telur


How to make


1. Ayak Bahan A

2. Campurkan semua bahan B dan Pukul dengan hand mixer sehingga rata kemudian masukkan bahan B pukul hingga sebati.

3. Gliss loyang dengan butter dan masukkan adunan .

4. Bakar pada suhu 150' dalam 45 minit atau 1 jam...







Chocolate Mousse
140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus

Penyediaan Mousse.


Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.

Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).

Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.

Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.

Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.

Masukkan no.3 dan no.4 ke dalam no.5. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang kek. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.




Rich Chocolate Pudding

Bahan-bahan

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung ( saya guna tepung kastard)
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter ( saya letak 2 sudu besar je)
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.


Nota: semasa mencurahkan Puding, make sure puding sejuk sikit (make sure le belum keras jadi puding lagi). Jangan lupa juga lorekkan dengan permukaan moouse dengan garpu dahulu sebelum meletakkan puding coklat.

2 comments :

  1. tq share mayang, selamat hari raya maaf zahir batin dari KA sekeluarga

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya kak

    sedap nmpak trifle tu

    #kahwin dan seks eh, cume iffah rse ia terlalu open kat dlm novel. maybe kene buat amaran untuk 18 tahun ke ats ke ape ke

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI