Tuesday, 27 December 2011

SPAGETTI MEATBALL



Coti2 ni kami anak beranak layan sepegeti bolognise meatball aje... sekali sekala meme sedap (cam anak hafiz I cakap, ala2 sleng kelate), tapi ayahnyer x makan, biasa le tekak oghe melayu gitu le .. mmg di x sentuh langsung spegeti ke? pasta ke? piza ke? mmg x masuk list le .. tp kalau kedai mamak mmg no 1, roti canai, tose, kari kepla ikan, peria tpg, sotong masala, ayam masala.. .. mmg antoo.. sedo x sedo, leh ode tambah nasi lagi.. So malam tu saya cuma masakkan telo goreng di percikkan kicap dan dihiasi bawang goreng potong beso2 gitu...wakakaka dengor cam sedap lak ekkk.. dan sambal ikan bilis .. sib le babah oiiii... camno dah x mo makan kannn... hehehheheh...Sepegeti ni lebih bebola daging aritu wat sup untuk anak (ala ala bakso gitu hahhah sebenonyer chek malas g paso .. masak aje le ape yg ado, heheh awak ado?), tomato puri ada le sebekas kecik, oregano ade sket, sos tomato ada sket, sepegeti lebihan wat caboronara aritu.. adalah lagi setengah ... .. So kita godek2 jadi le sepegeti bolognise meatball...

Bahan-bahan:
Minyak + Butter untuk menumis
4 ulas bawang putih – di cincang halus
1 bj bawang besar (jenis putih) – di potong kiub
2 helai daun bay kering
Tomato yang di potong dadu (boleh juga letak Carrot yang di potong dadu juga)
Daging Meatball (ikut suka kita nak bubuh Banyak mana, guna daging burger atau daging kisar yang di bentuk bulat2 pun boleh)
1 tin besar tomato puri @ Sos spagetti yang readymade
500 ml air
1 kiub stok daging/ayam
2 sudu besar oregano kering
1 Paket spaghetti – direbus lembut dan toskan
Parutan keju parmesan secukupnya ( x letak pun x pe)
1 tin cendawan butang yang telah di tos airnya.
Gula & garam secukup rasa

Cara membuatnya
Masukkan minyak + butter , apabila telah panas masukkan Bawang, bawang putih dan daun bay sehingga naik bau dan perang
Masukkan daging, sehingga berubah warna
Campurkan tomato, air, stok, puri, oregano, cendawan, gula dan garam.
Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api.
Masak selama 45 minit atau hingga kuah pekat dan sentiasalah di kacau.
Sajikan panas-panas dengan spaghetti dan keju parut.

No comments:

Post a Comment