KACHINGG $$$$

Monday, 20 May 2013

Toffee Caramel Cheese Cake

Sangat sedap kek ni ... saya amik resepi kat sini, lama dah amik resepi tapi saya baru aje buat ahad lepas... sedap memang sedap... sangat saya rekomen la bagi peminat cheese cake...


Bahan base:

150 gm biskut marie - saya guna biskut tiger

130 gm butter cair

Cara:

1- Campur semua bahan, tekan pada dasar loyang yang dialas dengan kertas minyak kemudian sejukkan.

Tofee

Bahan:
40 gm almond nib

60 gm gula kastor

Cara:

1- Masakkan gula dalam bekas caserol sampai kuning, masukkan almond nib, gaul. Tutup api dan ratakan atas loyang sebentar.

2-Bila sejuk patah-patahkan kecil.

Bahan Cheese

200 gm cream cheese

20 gm gula kastor

8 gm gelatin

60 gm air

200 gm whipped cream (whisk dahulu)

Cara:

1-Putar cream cheese sampai gebu, masukkan gula dan pukul sampai smooth. Kemudian tapiskan.

2-Dalam bekas lain, curah gelatin dalam air, biar seketika double boiled sampai gelatin hancur. Campurkan pada adunan cream cheese, gaul rata

3-Akhir sekali kacau dengan whipped cream, masukkan dalam loyang 7', berselang seli tabur toffee tadi.

4- Sejukkan dalam peti ais

Topping

1/2 cawan brown sugar

1 cawan anchor whipping

1 tsp butter

Cara:

1-Campur semua bahan, panaskan sampai pekat. Kemudian sejukkan dalam suhu bilik

Hiasan
100 gm walnut (imported) di tos dan cincang

Cara:

1- Keluarkan kek tadi dan tabur walnut kemudian letak topping tadi. Hidangkan
 
 
sangat sedap sbb ada crunhie tofee tu....
 
 
 
 
 

Selamat Hari Guru....

Masih belum terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat hari guru kepada semua guru di dunia ini tak kisahlah guru apa pun, guru mengaji, guru memasak, guru berenang, guru sekolah, pensyarah, guru melukis, guru memandu, dan lain-lain .....Sempena hari guru.. saya sediakan kek khas untuk guru2 di sekolah anak saya.. Semoga cekgu2 suka ekk, dan terima kasih kerana mengajar anak saya dengan baik..... yang sekolah tadika kemas hanya kek sponge dan filling stoberi dan bagi yg sekolah rendah tu saya buatkan kek sponge dengan filling kiwi....




Wednesday, 15 May 2013

Orange blended Cake..

Kek yang mudah dan Simple ... serta tidak lupa juga sedap rasanya... kalau bake kek ni harum semerbak rumah bau oren... sangat suka.. masih lagi menggunakan resepi yang dulu cuma saya kurangkan penggunaan gulanya dan kali ini saya serasikan dengan buttercream oren yg sedap dan harum... buat khas untuk kawan adik yg ingin menyambut besday bersama insan tersayang





Orange Blended cake

2 Cawan Tepung
2 cawan gula (saya guna 1 1/2 aje, kali ni saya kurang ke 1 1/3 pun dah ok rasanyer)
1 st baking powder
3 biji Telur
1 biji oren di buang biji
1 st esen vanilla
1 cawan minyak
2 sudu teh Tepung Jagung (saya tambah, kek jadi lebih gebu.., x letak pun x pe)

Caranya

1. Tepung, Baking powder dan tepung jagung di ayak dan ketepikan..
2. Masukkan telur, minyak, gula dan buah oren dan mesin sehingga buah oren dan gula hancur.
3. Tuang atas tepung tadi , kacau hingga sebati.. (Kalau berketul2 saya masukkan dalam blender dan mesin)
4. Lengserkan loyang dengan butter dan masukkan adunan dalam loyang. Kemudian bakar pada api 170'c selama 45 minit -  1 jam. (saya hanya letak dalam cup supaya senang anak2 nak bawa ke sekolah)

Orange Buttercream 

1 cawan Creamwell/shortening
1/2 cawan susu pekat
sedikit esen Orange
2 sb jus orange
1sb parutan kulit limau

Cara2
Masukkan semua bahan dalam mixing bowl dan pukul hingga gebu...

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI