Friday 26 April 2019

HAMBOIII KEMAIN LAGI AWAK YEE

Semalam sekolah tadika adik buat lawatan ke balai bomba. Sangat seronok dan exicited adik. Pagi-pagi dah bangun, minta siapkan baju salinan, bekal dan air minuman untuk dia. Selepas pergi lawatan tersebut adik terus cakap "umi esok besar adik nak jadi bomba". Terima kasih pada mereka yang terlibat.







Tuesday 23 April 2019

CANTIKNYA SABAH





Alhamdullilah pada 13/3/19 tempoh hari saya sempat bercuti di Sabah bersama-sama rakan, ya kali ini saya tidak pergi bersama keluarga, walaupun hati ini asyik teringat anak-anak dan tentulah suami di rumah, tapi alhamdullilah kiriman video-video suami sangatlah mengubah hati yang sedang rindu kesumat. Hahahaa... rindu mak oiii.... jangan main-main rindu dia macam mana tau, memang tak boleh di bawa bincang. Tapi bila dah pergi sana sini sambil menikmati keindahan SABAH.. wow acik sangat kagum dan lupa sekejap la anak2 dan bapak anak kat umah sekejap.

Trip kami berlangsung selama 3 hari bermula pada 13/3/19 hingga 15/3/19. Trip kami bermula apabila sampai sahaja di Airport Kota Kinabalu kami terus bergerak ke Kundasang, best sangat dalam perjalanan ke Kundasang, kami singgah ke Rumah terbalik, bayaran masuk RM12 ada gst, jadi harganya jadi RM12.72. Di sini di pamerkan rumah dan semua perabotnya terbalik. Sekejap sahaja kami di sana, bagi saya tiada apa yang  menarik dan merugikan sahaja dengan harga entry yang mahal. Tidak berpadanan dengan fee yang dikenakan terasa terlalu mahal dengan kemudahan yang disediakan, it's okay, kalau tak pergi kita pun tak tahu kan? so ini pengalaman yg sangat berguna.

Selepas itu kami bergerak ke Jambatan Tamparuli yang famous tu kan... Rupanya selain glamour dalam lagu, jambatan ini juga penuh dengan lagenda, berkenaan kisah cinta pegawai British Mr Robinson dan gadis tempatan yang cantik jelita bernama Selungkoi yang di jadikan korban untuk pembinaan jambatan yang sebelum ini gagal. Akhir sekali pegawai British tersebut menyesal dan turut membunuh diri  di jambatan tersebut. Aduh sadisnya. Jambatan yang saya pergi tempoh hari adalah jambatan tergantung, tapi sebenarnya jambatan ini adalah jambatan yang baru di bina juga, yang asal telah rosak di landa banjir. tapi ada bersebelah jambatan gantung ini terdapat jambatan lain yang di bina, saya tak pasti sama ada itu jambatan baru atau lama. Ini kena tanya orang Tamparuli....

pandangan dari tempat saya tiba 
Kemudian kami bertolak ke Pekan Nabalu, di pinggir gunung saya dapat lihat gunung Kinabalu dan walaupun cuaca panas hari itu tapi suhu masih lagi sejuk. Indah betul ciptaan Allah. Selepas itu, kami singgah ke Ranau sebentar untuk menjamu selera sebelum kami ke tempat penginapan kami di Izz Lodge and Homestay. Tempat penginapan kami selesa dan bersih. Alhamdulillah sangat.



DAY 2

Kami singgah ke tempat yang paling famous di Kundasang, iaitu Desa Cattle Dairy Farm, sedap oii aiskrim susu lembu kat situ, saya macam biasa akan pilih gelato coklat, sambil tu makan yogurt sejuk, nikmat sangat oo. Kemudian kami gerak ke Kundasang War memorial Museum. Sedih pulak bila baca sejarah di sini. Muzium ini di bina bagi memperingati askar tahanan perang dari British, New Zealand dan Australia yang mati dalam pemindahan semua tahanan dari Sandakan ke Ranau semasa pendudukan Jepun di Borneo. Hanya 6 orang askar sahaja yang terselamat



sempat ambil gambar ini sahaja kerana gambar yg lain hanyut dek air laut 

harga tiket bagi dewasa
Kemudian kami singgah ke kaki gunung Kinabalu, sejuk sangat di sini, maaf lah tiada gambar kerana ada tragedi Mac berlaku. hahahaaha.
tiket masuk 
Kami juga sempat singgah ke Sabah tea, Rabbit Village dan tidak lupa di Pusat Santuari Ikan kelah yang makan kotoran di kaki kita ni yang terletak di Ranau.


Kami bertolak ke Kota Kinabalu dan menetap di Marina View apartment di tengah bandar Kota Kinabalu.
Day 3

Hari ini tiada banyak aktiviti sebab kami island hopping ke Pulau-pulau Sapi dan Pulau Manukan. Semasa disini la berlaku apabila sibuk mandi manda, handphonenya terputus dari beg waterproof dan hanyut dibawa arus.. hahahaha... penat tau posing tapi jadi buih buih air laut aje tau.... Best tau pantai-pantai di Sabah ni. Pulau Manukan paling cantik, biru air lautnya. Di tengah-tengah panas bila masuk laut, mak aihhhh sejuk lit lit gitu. Sun burn toksah cakap la..... hitam merelik. Tapi tips di sini sebelum pergi pulau-pulau ini sila tapau makanan dari gerai gerai di jeti yer sebab makanan di pulau sangat mahal, tak berbaloi. Naik bot ke pulau-pulau ni pun macam roller coaster, bermain dengan terjahan ombak2 bila air dah naik. Kami bertolak pagi dalam pukul 10.00 pagi untuk ke pulau Sapi dan bertolak balik dalam pukul 5 petang dari pulau Manukan, air dah pasang di Jeti dan ombak pun kuat. Hari ini kami singgah makan di sekitar Kota Kinabalu sahaja, di gerai-gerai di tengah bandar Kota Kinabalu.
Makan malam kami pula, kami decide untuk mencuba makanan sea food yang terkenal di Sabah. Memang sedap dan segar tau. Tak banyak gambar saya ambil sebab takde mood, sakit-sakit badan pagi tadi. Makanan sangat sedap kami order kerapu masak sweet sour, ketam masak telur ikan masin, sotong goreng tepung, kerabu latok, udang masak butter dan kerang bakar. Mak aihh sedapnya, makan
sotong goreng tepong 
 licin pinggan.



dah lama nak makan latok... uishhh sedapnya meletop2 dalam mulut


DAY 4

Sebelum balik sempat singgah di Signal hill dan Sabah Cultural Muzium . Ok done, penat dah menaip, rasanya banyak perkara tak include dalam ini, tapi penat dah menaip + malas.. hahahaha. ok bye..


singgah di Signal Hill



Monday 22 April 2019

Aktiviti adik di sekolah

Aktiviti hari ini adik di sekolah, mewarna gegelung tisu tandas. Hari ini balik rumah habis baju tercalit sana sini warna hijau. Emak tengok pun naik hijau. Walaupun umi dah bekalkan baju tambahan tapi masih lagi kena pada baju sekolah. Biasalah kanak-kanak riang, umi tak marah, sentiasa husnuzon. Itu tandanya sel sel otak sedang berhubung.




Sunday 21 April 2019

Tulis Nama atas batu....

Hahaha... maaf bukan atas batu yer (ala ala lagu allahyarham Sudirman). Adik Aiman baru belajar tulis nama, tapi kemain eksen, sebab takmo mak dia ajar... cikgu dah ajar katanya...

Koleksi kek coklat

Ini sahaja yang sempat... kalau ada lagi kita upload kemudian...
















Saturday 13 April 2019

TEMPAHAN KEK....

Tempahan-tempahan kek minggu lepas, Mini Indulgence kek dan Blueberry kek.. Alhamdulillah memang selalu mendapat feedback yang baik dari kengkawan yang order kek ni. Saya memang tak ambil tempahan banyak, biasala yer, sambil bekerja sambil memenuhi minat baking saya ini. Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di talian, 0162700481. Saya doakan sahabat2 semua mendapat rezeki yang melimpah ruah.. Insyallah... 

Mini Indulgence Cake 

Blueberry cake