Friday 27 March 2015

SAYUR BENDI GORENG

Sayur bendi memang feveret di rumah saya. Kalau masak kari ikan memang sesaja letak bendi banyak-banyak. Anak-anak saya pun suka makan sayur ni. Adehhh kengkawan oiii, sampaikan goreng sayur bendi pun nak post dalam blog kan..  Tapi takpe layankan aje saya ni yer kengkawan.. mak yang kehabisan idea nak masak ape arini, di samping tu boleh juga bagi idea kawan-kawan di alam maya yang sibuk memasak dan takde idea nak masak apa hari ni kannn.... ada gak pekdahnya......


Bahan:
10 biji bendi (dipotong serong-serong)
1/2 biji Bwg Merah di hiris
2 biji cili padi 
2 ulas bawang putih di hiris
Sedikit ikan bilis untuk perencah
Minyak Masak (Untuk menumis)
Bahan perasa - garam dan ajinomoto, secukup rasa

Cara Buat:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih serta sedikit ikan bilis sehingga naik bau, kemudian masukkan cili padi.
2. Selepas itu masukkan kacang bendi yang dah dihiris serong-serong
3. Masukkan bahan perasa dan air sedikit
4. Gaul rata dan sedia untuk dihidang (anggaran dalam 3-4 minit)

Thursday 26 March 2015

IKAN BAWAL MASAK SOS

Salam, semoga hari ini lebih baik dari semalam dan saya harap kengkawan semua sihat sejahtera. Sekejap sahaja dah sampai hari Khamis. Cepat betul masa berlalu. Pejam celik esok dah hari Jumaat. Alhamdullilah masih lagi kesempatan mencoretkan sedikit di dalam blog ini kan. Cuma kebelakangan ni saya sedikit terganggu dengan pelaksanaan GST yang bakal dijalankan pada bulan April ini. Belum lagi GST bermula tapi kebanyakkan barang sudah mula naik, even pengangkutan awam pun dah mula naik harga. Aduhhh... macammana le nanti nasib kita bila GST ni dah bermula. Kalau PM dengar suara rakyat marhaen ni.. tolonglah mansuhkan GST ni.. If service tax aje macam dulu dah ok dah tapi please no Goods Tax. Kami rakyat marhaen ni sangat terkesan. Terbaca pula luahan rasa Saiful Nang, sangat setuju dengan pendapat beliau.

Ehhh, membebel banyak pula saya, semalam saya sempat memasak ikan bawal dan sayur kacang bendi goreng aje untuk anak-anak. Alhamdullilah ada juga rezeki untuk makan... Jom kita tengok resepi campak-campak saya ni. Mudah aje dan yang penting cepat kannn...



Bahan-bahannya

2 ekor ikan bawal - dibersihkan dan di gorengkan
2 s/b cili kisar
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
1 biji bawang besar - potong bulat
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 inci hali - hiris halus
1/2 cawan air
Garam
 5 btg cili padi
Nota: Boleh juga tambah potongan nenas ataupun timun yer dan juga buah tomato, tapi saya tak letak pun sebab takde stok yer.

Cara-caranya

1 Tumis halia, bawang putih dan cili padi hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan cili kisar pula dan masak hingga garing dan pecah minyak.

3. Selepas itu, masukkan sos cili & sos tomato. Kemudian masukkan air.

4. Biarkan mendidih, masukan bawang besar dan kacau sekejap.

5. Akhir sekali perasakan dengan garam.

6. Tuangkan kuah atas ikan yg digoreng tadi. Dah siap :)

Wednesday 25 March 2015

MOIST WALNUT CARROT CAKE

Adehh.. tak tau lah kenapa tekak ni teringin sangat nak makan kek kerot, sampai terasa-rasa di anak tekak ni.. tak boleh jadi ni, kena gak turun dapor ngodek-ngodek apa yang ada, kalau tak kempunan lak nanti.... Kebetulan pulak adik beradik nak datang umah nak celebret besday anak saya Muhammad Irfan. Hehehe celebret le sangat, besday pun dah lama lepas, 4/3/2015 aritu. Try resepi dari kak Zu Semanis gula ni. Adehhh memang sedap dan moist sangat.
MOIST WALNUT CARROT CAKE
(toppingkan dengan hawaiian
coconut ni mmg sedap sgt,
kena dgn cream cheese toping ni)
BAHAN BAHAN

4 biji telur besar ~ kkzu guna 5 biji telur gred B (saya pun guna 5 bj gred B)
1 1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum ~ ayak
1 sudu kecil soda bikabonate ~ ayak
1 1/2 sudu kecil baking powder ~ ayak
1 cawan minyak jagung
2 1/2 cawan carrot parut ( 340 gm ) ~ perah layang air nye
1 cawan walnut ~ kkzu letak 100 gm ~ potong kecil kecil ~ kkzu tak panggang
secubit garam

* bahan bahan lain seperti serbuk kayu manis dan esen vanilla kkzu tak letak walaupun ade pada resepi asalnye (saya pun tak letak yer, sebb tak suka rasa berempah-rempah)
.
* Perah layang makne nye perah sedikit aje air nye .Kekadang terdapat lobak merah yang terlalu banyak kandungan air nye.Tak semue lobak merah berair. Tujuan nye supaya kek tak menjadi bantat dek kandunag air yang berlebihan.
DAH DI POTONG


CARA CARA

Putar gula dan telur hingga kembang dan gebu
Masukkan minyak jagung
Masukkan tepung bercampur baking powder dan soda bikabonate
Masukkan walnut
Akhir sekali masukkan secubit garam dan lobak merah ~ kaup balik sahaja
Masukkan adunan ke dalam loyang 9 inci yang telah di gris kan dan bakar kek selama 1 jam @ lebih ~ bergantung pada kepanasan oven masing2 ye.

TOPPING CHEESE
260 gm creamcheese
130 gm butter anchor ~ salted
130 gm gula icing ~ ayak

Putar ketiga tiga bahan ini sebati aje ~ jangan sampai kembang ,,nanti cheese melembik

sekejap aje... tinggal ni aje...

Tuesday 17 March 2015

PAK CHOY MASAK LEMAK KUNING

Hari-hari balik dari kerja memang bertungkus lumus pulak di dapur memasak untuk makan malam anak-anak. Berkecapi memasak sebab anak-anak saya kalau kalau saya sampai rumah memang sibuk tanya uminya masak apa hari ini. Lagi-lagi anak saya yang no. 3, memang bila sampai rumah aje pada pukul 7.30 petang memang terjah meja makan dulu. Bila dah hari-hari masak ni kekadang jadi buntu pula memikirkan apa yang perlu di masak. Di dalam peti ais ada sawi pak choy, fish ball dan ikan sedikit. Anak-anak saya pulak dah pandai komplen, tak mo dah asik makan sayur goreng atau pun sup sayur lagi, nak masak kari ikan macam malas plak. Adehhhh.. pening memikirkan apa yang perlu di masak. Akhirnya dapat idea masak lemak putih, entah macam mana masa tengah masak tertukar lak plan jadi masak lemak kuning pulak. Jadilah ... sedap jugak, pastu goreng aje ikan dan buat sambal telur pecah, emmm cukuplah untuk hari ini. Simple-simple aje, asalkan perut kenyang.
 SAWI PAK CHOI 
Bahan-bahannya:
2 ikat sayur bak choy
1 paket fish ball/fish cake
1 cawan pati santan + 1 cawan air
Garam/gula secukup rasa
2 sudu besar minyak
1 sdb serbuk kunyit


Bahan-bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 batang serai diketuk

Cara-cara menyediakan:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan serai sehingga kekuningan. Kemudian masukkan serbuk kunyit kemudian kacau sebentar.
2.. Masukkan santan dan kacau lagi.
4. Masukkan fishball bersama garam secukup rasa. Kacau semua bahan.
5. Akhir sekali masukkan sayur pak choy dan terus kacau kuah supaya tidak pecah minyak. Bila sayur pak choy telah layu, bolehlah ditutup api.

Masak lemak kunig pak choy

Friday 13 March 2015

BUBUR LAMBUK MUDAH

Musim panas ni, macam-macam penyakit yang datang. Di rumah saya habis anak-anak demam berjemaah, kesian pula tengok. Asyik ulang pergi klinik dan hospital sahaja. Lepas seorang, seorang kena demam, batuk, selsema dan sakit tekak. Memang pakej lengkap. Bila dah demam ni selera makan pun takde kan. Saya buatkan bubur lambuk untuk anak-anak saya. Memang best makan bubur lambuk ni, lepas makan confirm keluar peluh-peluh jantan... hahahahhaha... di samping tu memang banyak khasiatnya. Resepi ni ikut sedap saya aje. Entah ke idak bubur lambuknya, hentam sajalah labu, asalkan ada iras-iras rasa bubur lambuk kampung baru tu kira ok la kan. Tapi saya tak letak santan, dan rasanya ada rempah ratus lain yg saya tak letak, contohnya halba. bukan ape. ini takat stok-stok rempah yang ada kat rumah saja. Mana rempah yang selalu guna tu, adalah kat rumah. 


BAHAN-BAHAN

Garam secukup rasa. 
1 genggam Beras
Garam secukup rasa
1 kiub ayam 
1/2 sudu teh Lada Hitam (untuk di letak dalam bubur lambuk)
sedikit bawang goreng

BAHAN BASAH
Sedikit  Daging (potong kecil2) (lebih kurang 100-200grm)
Sedikit isi ayam (Lebih kurang 200 grm)
Sedikit Udang 

BAHAN TUMISAN
3 ulas Bawang Merah (hiris) 
2 ulas Bawang Putih (hiris) 
2cm Halia (hiris)
3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
1 buncut rempah sup (yang ikat dalam kain tu)
3 sudu besar minyak masak untuk tumisan 


sup buncut

BAHAN SAYURAN (Boleh letak sayuran yang kita suka yer, saya letak macam-macam dalam bubur ni)

Segenggam Lobak Masin (hiris nipis2) 
1 btg lobak merah 
sedikit Kobis bunga (dalam sejambak kecil)
Sedikit kacang buncis (dalam 5-6 batang)
Sedikit daun sup 
Sedikit daun bawang
1 biji Kentang ( di potong kiub)

Cara-caranya
1. Saya basuh beras dan masukkan dalam periuk, kandungan air kenalah banyak yer, masukkan juga rempah buncut dan kiub ayam dan saya masukkan juga semua bahan basah, renehkan seketika.

2. Apabila dah nak kering saya tambah air lagi, pastu saya letakkan suma sayuran (kecuali daun sup dan daun bawang) kemudian saya reneh lagi sehinggalah semua sayuran sudah empuk.Saya kerap tambah air yer dalam bubur, sehingga mendapat konsintensi bubur yang saya inginkan.

3. Kemudian masukkan lada hitam dan kacau sehingga sebati. (saya suka letak banyak sedikit) biar berpeluh

4) Kemudian saya tumis darat bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Lepas tu masukkan pula rempah 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga). Dan saya letakkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk bubur, kacau sehingga sebati, barulah saya masukkan daun bawang dan daun sup dan tidak lupa garam secukup rasa, kacau lagi, apabila telah mendidih barulah saya tutup api

5) Jangan lupa taburkan bawang goreng di atas bubur lambuk tersebut.


Tuesday 10 March 2015

SAGO GULA MELAKA

Sekarang ni musim panas membahang di tengahari, tapi kekadang bila petang di tempat saya (Sri Gombak) hujan. Tapi bila waktu panas begini memang sedap kalau dapat makan desert sejuk-sejuk memang heaven sungguh. Saya buat malamnya, tengahari baru saya makan dengan famili, sedap dan nyaman, satu tak cukup pulak kena tambah 2 dan lagi dan lagi. Anak-anak saya pun suka sangat makan. Resepi saya copy paste dari blog Mat Gebu yer, kalau nak tengok gambar yang lebih cantik boleh la pergi ke blog beliau. Gambar saya ni ikut dann.. aje, sebab tak sabo dah nak makan.


Sumber resepi : MAT GEBU
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biji sago rumbia
2 liter air (untuk merebus biji sago)
300 ml santan pekat + sedikit garam, kacau rata (saya guna susu cair sahaja yang telah saya renehkan sedikit)
60 gram gula Melaka, potong kecil*
100 gram gula pasir*
3/4 cawan air*
1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)


CARA MEMBUATNYA :-)

Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih). Tapis dan bilas bawah air paip untuk membuang kanji sago.

Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda (che mat guna acuan apam atau acuan agar2 berbentuk hati). Isi penuh2, buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit). *** saya cuma masukkan dan padatkan dalam loyang dan sejukkan saja. Setelah sejuk saya potong-potong berbentuk kiub.
.
Keluarkan dari acuan (longgarkan tepi2nya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk.....hmm tak cukup satu lahh.

Monday 9 March 2015

Piknik lagi

Salam semua... Tak habis lagi dengan berpiknik lagi yer. Lain yang di rancang lain yang di buat. Biasalah kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya. Pitt stop tak berubah masih lagi di kampung Kemensah. Adik-adik semua tak penah lagi pergi sini dan semua decide nak berkelah di sini, so kami sekeluarga pun ikut saja. Sayang sekali suami tercinta tak dapat join kerana outstation ke Langkawi. Kami berkelah di Kem Isi Rimba, Kg Kemensah, nice tempat dia. Sekepala masuk RM5 dewasa, kanak-kanak free, tapi lain kali pergi kena bawa ubat nyamuk, adehhh banyak nyamuk pulak. Di sini ada juga tempat untuk bermain paintball. Menarik jugak lah, kalau nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke facebook mereka. Malas nak taip banyak-banyak, moh le kita layan gambar pulak yer.





  

Saturday 7 March 2015

IKAN TENGGIRI MASAK CUKA

Suami saya suka sangat dengan masak cuka dan masak asam. Kena sangat dengan tekaknya. Walau ada masakan lain, lauk ni yg dia terkam dulu. Pelik saya, bukan ke saya yang patut suka masakan camni, ye la untuk makanan orang dalam pantang, masa berpantang 11 bln yg lalu inilah lauk saya seharian. Memang selalu le dia mengendeng sebelah saya kalau time makan. Uishhh sibuk aje, pegi le main jejauh... hahahahah. Resepi simple aje, stail saya. Main campak-campak aje... harap ada yg sudi mencuba yer....


Bahan-bahan

3 potong ikan tenggiri yang telah digoreng dahulu
3 ulas bawang merah yang dihiris
3 ulas bawang putih yang dihiris
1 biji bawang besar potong bulat
5 biji cili merah/cili api
5 biji cili hijau
1 jari halia atau dalam seinci halia dihiris
Garam dan gula secukup rasa.
1 sdt rempah campur
2 sudu besar cuka masakan
1 Cawan air
rempah campur

Cara membuatnya

Panaskan 2 sudu minyak dan masukkan semua bahan tadi kecuali ikan tenggiri dan cuka sehingga naik bau. Kemudian masukkan air dan lepas tu masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng tadi. kemudian masukkan cuka masakan, masakkan sekejap sehingga likat dan mendidih, perasakan dengan garam dan gula. Boleh juga letak perasa (ajinoomoto). Siap untuk dihidangkan. 

Friday 6 March 2015

TAMAN RIMBA KAMPUNG KEMENSAH

Best sangat-sangat... sesekali bawa anak-anak piknik tepi sungai sambil mandi manda... Destinasi kami tak jauh mana pun. Masih lagi dalam Kuala Lumpur. Nak pegi jauh2 rasa cam malas aje. Letih driving nanti. So kami pun singgah ke air terjun Kg Kemensah. Dekat sahaja, cuma belakang zoo negara. Bolehlah kita melepaskan lelah setelah penat bekerja, selain damai memandang tumbuhan hijau dan mendengar deruman air terjun sambil mendengar anak2 menjerit keriangan. Alhamdullilah masih lagi bernafas dan berkesempatan merasa semua itu. Terima kasih Allah.

ni lah Muhammad Irfan Farihin Harun
Sebenarnya ini juga sebagai token untuk hero saya sorang ni. Muhammad Irfan Farihin Harun yang minggu lepas agak buat perangai sebab takmo pegi sekolah. Habis saya berjanji bulan dan bintang dan akhirnya dia minta kalau dia pegi sekolah cuti nanti umi bawa abang pegi mandi-mandi.. Ok lah anak.. jangan risau umi akan bawa janji nak pegi sekolah yer sayang. Kesahhhhnya, saya baru aje tukar sekolah anak2 saya. Itu yang Muhd Irfan agak berperangai sedikit. Yelah, sekolah baru, kawan baru dan cikgu baru. Nama pun baru darjah satu... Itu yang saya malas nak pergi jauh, Nanti hari Isnin penat, mesti ada yang buat perangai takmo pergi sekolah pulak. Hadoiiiii susah camtu..

 
   

 
 






 




1 happy family, cuma ayahnya takda, malas nak berbasah-basahan katanya..
 Air terjunnya, oklah.. sesuai untuk budak-budak mandi manda, tak delah dalam sangat, tapi kalau nak lebih menarik, silalah mendaki ke atas yer, tapi jangan risau kereta boleh melalui jalan tersebut tapi sempittttt.. tempat saya mandi ni di bahagian bawah sahaja, ada rumah pelantar untuk anak berehat dengan caj sebanyak rm15, tapi kalau nak yang ala-ala chalet tak mahal sangat pun hanya rm30 sahaja. Di sini ada macam2 spot untuk berkelah yg di bina oleh penduduk kampung yer, lain spot lain harganya. ok sampai di sini sahaja. Our next stop pulak ke Air Terjun Sg Pisang... Dekat saja pun.. Dekat area Gombak sahaja...











HOMEMADE CHICKEN CHOP

Seriously, puas hati buat sendiri, boleh buat banyak dan puas anak-anak makan. Resepi mudah saja, saya ambil resepi dari sini. Cuma saya tambahkan sedikit sosej, sayuran hijau dengan mayonis serta kentang goreng. Anak yang sulung komennya... ''Emmm sedap la umi, kalah dengan yang beli kat kedai''... hamboiii kemain jet hang nooo.... kembang habis umi dia ni hah... tapi ada sambungannya lagi lak si juri mastecep ni... ''tapi kalau umi tambah sikit hotdog kat abang bagi 2 biji lagi bertambah sedap, pastu tambah sikit kuah cam banjir tu lagi bes umi''. Podacit.... yang ada pun entah boleh habis ke tidak tu.... nak kuah lebih nak oiii... tu kat dapor ada lagi seperiuk kecil... ambil le semua... hahhaaha............... Jom skodeng resepi, saya copy aje dari blog kak aida yer. Selamat mencuba yer.

HOMEMADE CHICKEN CHOP
sumber resepi dari kak aida 




Chicken chop

Bahan2

3 ketul daging ayam boneless(sedap bahagian pehanye)
tepung jagung
serbuk roti
2biji telur (dikocak)

Cara2

1. basuh ayam dan letak sedikit garam dan lada hitam
2. panaskan api dalam kuali
3. golek2kkan ayam atas tepung jagung dan kmdn golekkan atas telur lak
4. slps golekkan atas telur golekkan pula atas serbuk roti
goreng dgn api yg sederhana...kalu bole tutupkn kuali agar daging ayam yg bhgn dlmnye masak
5. setelah ayam masak toskn dan lapkan dgn kitchen tissue agar dpt menyerap minyak(kena jaga       kesihatan)

Sos Blackpepper Chicken chop

Bahan2

2 cawan air
1 sudu butter
2 sudu tepung gandum (saya gantikan dengan tepung jagung)
1/2 ulas bawang besar (dipotong dadu)
1 1/2 sudu sos cili/tomato
1 sudu kicap
1 sudu sos tiram (saya xletak sbb xde stok, ** saya pn tak letak)
3 1/2 sos black pepper (saya guna 1 sdb black paper hancur, sos nyer takde)
1 kiub pati ayam/lembu (jgn letak semua yer takut masin nnti)
3 biji cendawan butang (potong nipis)

Cara2

1. gaulkan air dgn tepung gandum sehingga skata
2. dlm periuk masukkan butter dan tumiskan bawang hingga layu
3. kmdn masukkan air beserta tepung td ke dalamnye
4. masukkan sos cili/tomato,kicap,tiram dan juga sos black pepper
5. masukkan juga kiub pati ayam/lembu dan cendawan butang..(saya tambahkan dgn sdkt perisa pasti sedap..hiii)
5. kacau sehingga mendidih dan hingga ia mnjadi pekat..
6. boleh diangkat dan disira atas chicken chop yg tlh siap digoreng..