Sunday 21 June 2015

BLUEBERRY CHEESE TART

Alhamdullilah, dapat order lagi, walaupun tak banyak tapi every week memang tak miss dapat order. Kali ni rakan ofis suami saya order cis tat sebanyak 60 biji. Sebenarnya saya dah banyak kali buat cis tart ni, dan pada pendapat saya resepi anna Qawina ni memang sedap dan lazat. Crustnya makan begitu sahaja pun dah cukup sedap. Trylah buat memang sangat puas hati. Tapi kalau rasa tak de masa boleh aje order dengan saya di talian 0162700481. (hehehe sempat lagi tu).... Dengan resepi di bawah saya dapat buat banyak crust, kalau tak silap saya hampir 100 biji. Dapatlah saya buat lebih untuk makan-makan anak-anak saya juga. Bab ni memang kena wajib, kalau tak memang anak-anak saya bising. Macam tu la kalau dapat order memang kena wat sebijik untuk depa. Kekadang saya malas gak. Penat kotttt....


RESEPI CHEESE TART
Cheese Tart by AnnaQawina

CRUST

Bahan-bahan :
250g mentega Buttercup
120g gula ising
2 biji telur gred B
480g tepung gandum (kalau lembik tambah tepung lg)
Cara-cara :
Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
*Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
*Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
Simpan crust dalam bekas kedap udara.
ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
Pastikan acuan tidak basah.

CREAM CHEESE FILLING

Bahan-bahan : (Untuk 50pcs cheese tart)
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang cream cheese ke atasnya.
Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

2 comments: