KACHINGG $$$$

Monday, 22 June 2015

Asam Pedas ikan Kembung

Salam ramadan semua, kalau berbuka puasa nanti dapat makan simple-simple saja dah ok bagi saya. Senang nak di jaga, kata mak saya. Saya ni senang bab makan, tak cerewet, makan apa saja di masak oleh ibu saya. Kekadang nasi+telur+kicap pun dah ok bagi saya. Dalam famili saya, saya adalah orang yang paling senang bab  makan ni. Serius tau, sebab kekadang saya kesian tengok mak saya, sebab kena masak banyak lauk untuk kami adik beradik. Contohnya abang-abang saya, mereka memang tak sentuh lauk berasaskan ikan. Adik saya pulak memang tak makan daging lembu. Haishhh memacam kan. Nasib anak-anak saya macam saya, belasah semua asal bukan batu dan kayu.. hahahha. Itu yang badan comel2 belaka. Kali ni, saya nak share resepi Asam rebus ikan kembung yang saya rasa sangat sedap di anak tekak saya ni. Wahh mabeles kalau dapat hirup kuah masam2 pedas2 tu. Di ganding pulak dengan ikan pekasam goreng memang makan tak toleh kiri kanan dah..... sedap bak hang.... hahaha. Jom skodeng resepi yer. Saya ambil dari kak inakl sebab simple dan mudah.
ishhh mana lak ikan kembungnya, hahaha ikan ciput aje tau..
Bahan-bahan

4 ekor ikan kembung
4 biji cili merah-buang biji*
sedikit ikan bilis* (tak letak juga, kebetulan dah abis)
4 biji bawang kecil*
2 biji bawang putih*
sedikit belacan* (saya tak letak, nanti tak berenti haaacummmm...)
1 batang serai-titik hujung
air ikut keperluan
air asam jawa-terpulang pada tukang masak..secukupnya (saya belasah asam keping aje,)
5 bendi (kalau nak letak daun kesom dan bungan kantan pun boleh)** saya tambah buah tomato.
Cara-cara


1. Tumbuk atau kisar semua bahan bertanda *. Kalau tumbuk lagi best.
2. Siang ikan dan toskan.
3. Masukkan semua bahan yang telah lumat ke dalam periuk dan masukkan air.
4. Hidupkan api dan biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan, air asam jawa berserta garam.
6. Bila mendidih masukkan bendi.
7. Rasa cukup garam dan asam barulah di padam api

8 comments :

  1. Selamat berpuasa itulah pengorbanan besar kaum ibu di bulan puasa, susah bila nak ikut slera orang.. Kena suruh masak sendiri la gtu.. Kitap pun letih jugak hiii.. Boleh la cari idea nak buat lauk berbukA ..kadang2 pening nak masak apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pening bila dah ari2 masak kan wani

      Delete
  2. selamat menjalani ibadah puasa . saya pun tak cerewet . janji pedas ... heeee

    ReplyDelete
  3. kn lain anak lain seleranya
    ibu turutkan juga
    ayah saya ckup suka asam pedas style gini. asam pedas yg tak bertumis ni kan.. nak nak ikan kembung siap hirup kuah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pn sama ngan ayah su.. mmg feveret gak

      Delete
  4. dulu masa mula2 tiba sg petani, pelik gak bila depa kata asam pedas, walhal kami di johor kata asam rebus..
    lama2 boleh terima, mayang..hihi. depa kata asam pedas johor tu asam pedas tumis

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak anim .. rasanya kat kedah susah nak cari asam pedas johor tu .. kat kl ni melambak la .. cuma antara sedap atau tak aje

      Delete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI