KACHINGG $$$$

Thursday, 25 June 2015

HADIAH DARI ZALORA



HAMBOI, SERONOK SANGAT HARI NI, ALHAMDULLILAH DAPAT REZEKI KASUT RAYA HARI NI. DISKAUN BAUCER DAH DAPAT LAMA, HASIL DARI ARTIKEL COLABRATION DENGAN ZALORA HARI TU. SEMALAM BARU NAK REEDEM BARANG. SERONOK KEMAIN LAGI...  HARI NI MAKCIK MANIS SANGAT SEBAB ASYIK SENYUM SAMPAI KE TELINGA SEBAB DAPAT KASUT RAYA. BEST SANGAT, SUKA SANGAT. LAIN KALI ZALORA AJAK SAYA BUAT COLLABRATION LAGI YER...




Monday, 22 June 2015

Asam Pedas ikan Kembung

Salam ramadan semua, kalau berbuka puasa nanti dapat makan simple-simple saja dah ok bagi saya. Senang nak di jaga, kata mak saya. Saya ni senang bab makan, tak cerewet, makan apa saja di masak oleh ibu saya. Kekadang nasi+telur+kicap pun dah ok bagi saya. Dalam famili saya, saya adalah orang yang paling senang bab  makan ni. Serius tau, sebab kekadang saya kesian tengok mak saya, sebab kena masak banyak lauk untuk kami adik beradik. Contohnya abang-abang saya, mereka memang tak sentuh lauk berasaskan ikan. Adik saya pulak memang tak makan daging lembu. Haishhh memacam kan. Nasib anak-anak saya macam saya, belasah semua asal bukan batu dan kayu.. hahahha. Itu yang badan comel2 belaka. Kali ni, saya nak share resepi Asam rebus ikan kembung yang saya rasa sangat sedap di anak tekak saya ni. Wahh mabeles kalau dapat hirup kuah masam2 pedas2 tu. Di ganding pulak dengan ikan pekasam goreng memang makan tak toleh kiri kanan dah..... sedap bak hang.... hahaha. Jom skodeng resepi yer. Saya ambil dari kak inakl sebab simple dan mudah.
ishhh mana lak ikan kembungnya, hahaha ikan ciput aje tau..
Bahan-bahan

4 ekor ikan kembung
4 biji cili merah-buang biji*
sedikit ikan bilis* (tak letak juga, kebetulan dah abis)
4 biji bawang kecil*
2 biji bawang putih*
sedikit belacan* (saya tak letak, nanti tak berenti haaacummmm...)
1 batang serai-titik hujung
air ikut keperluan
air asam jawa-terpulang pada tukang masak..secukupnya (saya belasah asam keping aje,)
5 bendi (kalau nak letak daun kesom dan bungan kantan pun boleh)** saya tambah buah tomato.
Cara-cara


1. Tumbuk atau kisar semua bahan bertanda *. Kalau tumbuk lagi best.
2. Siang ikan dan toskan.
3. Masukkan semua bahan yang telah lumat ke dalam periuk dan masukkan air.
4. Hidupkan api dan biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan, air asam jawa berserta garam.
6. Bila mendidih masukkan bendi.
7. Rasa cukup garam dan asam barulah di padam api

Sunday, 21 June 2015

BLUEBERRY CHEESE TART

Alhamdullilah, dapat order lagi, walaupun tak banyak tapi every week memang tak miss dapat order. Kali ni rakan ofis suami saya order cis tat sebanyak 60 biji. Sebenarnya saya dah banyak kali buat cis tart ni, dan pada pendapat saya resepi anna Qawina ni memang sedap dan lazat. Crustnya makan begitu sahaja pun dah cukup sedap. Trylah buat memang sangat puas hati. Tapi kalau rasa tak de masa boleh aje order dengan saya di talian 0162700481. (hehehe sempat lagi tu).... Dengan resepi di bawah saya dapat buat banyak crust, kalau tak silap saya hampir 100 biji. Dapatlah saya buat lebih untuk makan-makan anak-anak saya juga. Bab ni memang kena wajib, kalau tak memang anak-anak saya bising. Macam tu la kalau dapat order memang kena wat sebijik untuk depa. Kekadang saya malas gak. Penat kotttt....


RESEPI CHEESE TART
Cheese Tart by AnnaQawina

CRUST

Bahan-bahan :
250g mentega Buttercup
120g gula ising
2 biji telur gred B
480g tepung gandum (kalau lembik tambah tepung lg)
Cara-cara :
Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
*Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
*Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
Simpan crust dalam bekas kedap udara.
ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
Pastikan acuan tidak basah.

CREAM CHEESE FILLING

Bahan-bahan : (Untuk 50pcs cheese tart)
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang cream cheese ke atasnya.
Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Saturday, 20 June 2015

CONGO BAR, BEST, SEDAP & MUDAH

Congo bar pernah menjadi fenomena di alam maya satu ketika dulu. Saya memang suka makan Congo Bar ni, sedap. Rasanya sedikit macam biskut dan sedikit macam kek. Dah banyak kali saya buat Congo Bar ni, tapi kali ni saya guna resepi dari kak zalina, sedap sbb ala2 macam brownies sket. Kalau nak lebih mudah, boleh ke blog beliau sebab ada step by step lagi. Rasa congo bar resepi kak zalina macam bronis sebab kandungan butternya di tambah dari kebiasaan saya buat 150grm tapi resepi kali ni memerlukan 250grm butter. Haisshhhhh memang sedap sangat. Adunan saya agak kecoklatan sedikit sebab saya sesuka hati tambah 1 sudu besar coklat serbuk, dan saya keluarkan 1 sudu besar kandungan tepung. Pepandai aje kan.... Congo bar ini sesuai juga di sediakan untuk hari raya nanti bagi menjamu tetamu datang ke rumahkan, potong kecik2 letak dalam paper cup comel, kannnn.... Jom tengok resepi. 


BAHAN-BAHANNYA
310 gram Tepung Gandum
2 1/2 sudu kecik Baking Powder
250 Butter ( ramai yang buat guna 150 gram butter.. terpulang nak ikut yang mana okey..)
300 gram Gula Perang
3 biji telur B
1 sudu kecik Esen Vanilla
SEBELUM DI BAKAR
CARA-CARANYA

Pukul butter dan gula perang. Sebaiknya butter yang dah lembut sikit iaitu yang dah lama kita keluarkan dari petiais. Pukul tak perlu hingga kembang. Guna kelajuan perlahan aje.

Kemudian masukkan telur. Pun pukul sekejap aje. Masukkan Esen Vanilla.

Masukkan tepung gandum yang dah dicampurkan dengan Baking Powder. Selepas tepung dah gaul rata, kita kaup balikkan adunan.

Masukkan Coklat Chip banyak mana ikut suka. 1 cawan pun okey.

Acik guna loyang 10 x 10. Tak boleh guna loyang kecik, nanti tak masak bahagian tengah. Kita lengserkan loyang dengan margerin atau butter dan kita alaskan dengan baking paper. Kemudian kita masukkan adunan ke dalam loyang. Ratakan kesemua bahagian. Taburkan coklat cip.

Boleh juga kalau nak letak almond slice.. tapi kalau letak almond slice banyak , bila potong jadi comot sikit... kalau nak senang potong, kita taburkan almond nib aje.


Friday, 19 June 2015

TEMPAHAN , TEMPAHAN

Saja nak menepek tempahan-tempahan yang lepas, tak pe kannnn... hahahaha. Order dari ibu rakan anak saya setadika.... hahahaha boleh gitu, untuk guru-guru pasti. Terima kasih ustazah siti. Ustazah siti ni cikgu kafa. Terima kasih daun keladi lenkali oder lagi yer...

kek2 keju leleh 




kek minyak

WALNUT CHOCOLATE BROWNIES (KEDUT)


Memang teringin sangat nak makan bronies kedut ni, memang sedap betul, garing dan crunchy di luar tapi melting di dalam. Memang puas hati, makan pun sampai tak ingat, ngap, ngap sampai entah berapa biji masuk dalam mulut ni, memang habislah diet hari tu. Resepi saya amik dari kak syuhaini juicy cafe. tak lupa juga buat eny sebab sudi beri akak tip untuk buat brownies ni 


CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'


400 gm coklat kompound - potong kasar
150 gm mentega
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sdk perasa vanila
100 gm tepung naik sendiri*
30 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
2. Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
3. Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
4. Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
5. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
6. Tuang dalam loyang dan ratakan.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
8. Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
9. Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.

Nota :-
- Jika mahu buat separuh adunan gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
- Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
- Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
- Boleh juga ditambah kekacang 100 gm jika suka.


Wednesday, 3 June 2015

COKLAT BROWNIES (resepi dari kursus latihan 1 Malaysia)

Tajuk post kali ni tak tahan.. bkn apa pun takat coklat bronis aje, cuma tajuk aje gimik yer, teringin sangat nak makan brownies kedut tu, tapi tak kesempatan nak buat lagi. Tapi wiken haritu, adik saya nak datang rumah bersama rakan-rakannya, kesempatan itu saya buatkan bronis coklat sebagai desert disamping hidangan nasi tomato untuk di jamu tengahari itu. Lama saya tak godek-godek resepi semasa saya pergi kursus 1 Malaysia di Kolej Komuniti Selayang haritu. Mudah aje, main godek2 pastu bakar. Itu yang rajin sangat nak buat.... bagi praktikkan kembali skill2 yang lama dah tersimpan ni. Ikutkan malas saya nak taip. Saya letakkan snap shot camera aje. tapi macam tak clear pulak. Takpe saya taipkan semula untuk rakan-rakan yer.

abis terbelah dua.. minta tolong anak bujang kuarkan dari oven,
even dah pakai mitten panas katanya..
dia terus tercampak loyang atas meja... adehhh.. 


Bahan-bahan
250grm majerin
1 1/2 cwn gula kastor
2 cwn tepung gandum
2tsp baking powder double action (yg biasa pun ok)
4 bj telur
1 tsp esen vanila
370gm coklat masakan (saya guna coklat berylls)

cara-cara
1. Cairkan coklat secara double boiler
2. masukkan majerin dan kacau hingga majerin cair.
3. masukkan gula dan kacau hingga gula larut
4. Masukkan telur dan seterusnya masukkan tepung
5. Sedia untuk di bakar. Suhu 180 darjah celcius selama 30-40 minit. Guna loyang12x12 (tpi saya guna loyang 10 x 10 aje tu, x de loyang besar sgt) .

nota : kita boleh variasikan brownies kita seperti yang tercatat dalam nota di bawah


MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI