KACHINGG $$$$

Friday, 3 April 2015

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU

Aritu menyinggah ke blog Ayut.. adoii tergoda betul dengan roti lapis cheese dia. Boleh juga di panggil lasagna roti yer sebab sama aje konsep dia lapis dengan kepingan lasagna tapi kali ni kita lapiskan aje dengan kepingan roti. Kebetulan memang ada roti yang nak expire, daripada terbiar begitu saja, baik le di buatkan sesuatu supaya dapat perabiskan roti tu. Cara buatnya senang aje, tapi akak lapiskan, 3 kali lapisan roti untuk 1 loyang, kira-kira dalam 12 keping roti. Maklumlah anak ramai, kalau buat sikit memang tak cukuplah anak-anak makan, sebab anak-anak akak ni memang hantu cheese, boleh di katakan hampir setiap minggu akak stok up cheese untuk anak-anak. Suka sangat resepi ni sebab mudah. Anak-anak pun suka sangat, sedap katanya, alhamdulillah. Akak copy aje resepi dari ayut yer.
siap 1 loyang 

Bahan:

Untuk celupan

3 bii Telur
1 kotak Susu Full Crean
12 kpg Roti

Bahan untuk inti daging
1 tiub Daging kisar (yg cop ramlee)
1 bj Bawang besar (di hiris)
3 bj Bawang putih
4 sdb cili kisar( kalau suka pedas )
sedikit Sayur campur (akak letak carrot aje)
1sdb Rempah kari
Cheddar / Mozarella Cheese ( ikutla nak yang petak/parut )
2 sdk Oregano (akak tambah)
2 sdk lada hitam
sedikit minyak untuk menumis
1 kiub stok ayam (akak tambah)
sedikit dry parsley untuk taburan atas cheese 

dah siap untuk di makan 
Cara:

Tumis bahan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili dan tumis sehingga pecah minyak kemudian masukkan daging kisar dan masak masak sehingga empuk, jangan lupa tambahkan sedikit air yer untuk bagi empuk daging tersebut serta masukkan juga kiub stok ayam, oregano dan lada hitam. Kemudian tambahla garam bagi secukup rasa.

Jangan lupa sapukan seluruh loyang dengan minyak atau butter terlebih dahulu. Susu dan telur digaul sekali untuk bahan celupan.Celupkan roti dalam campuran dan susun dalam loyang kemudian lapiskan dengan daging dan letak cheese. Buat 3 lapisan. Akhir sekali atas roti,taburkan cheese. Siapa suka letak banyak,tabur jela banyak-banyak, (akak tabur sedikit dry parsley, saja aje nak menambah). Bakar pada suhu 180°C sampai nampak kering dan kekuningan sedikit. Siap!

mai sepotong... 





23 comments :

  1. macam sedap je roti ni mayang akak pun nak try jugak lah, roti dah ada ni

    ReplyDelete
  2. Roti dgn cheese biasa pun dah sedap inikan pula dah dijadikan hidangan sempurna mestilah sedap teramat Mayang. Mana boleh sepotong, at least dua potonglah hihi...

    ReplyDelete
  3. boleh bt tuk projek hujung minggu ni...tu pun klu tk bz lew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak... tokey kuih mmg bizi ... alhamdullilah rezeki kak tu

      Delete
  4. mmg sedap...bila2 masa pun ok je di santap kan...

    ReplyDelete
  5. Sedapnye... lapor perut dibuatnya.. hehe..

    ReplyDelete
  6. Untungnya makan sedap hari-hari..:)

    ReplyDelete
  7. wahhh sedapnyaaa... nanti mesti cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh le cuba eny.. time kasih sudi singgah

      Delete
  8. kat kepala dah terbayang je nak membeli cheese . stok roti mmg sentiasa ada ... perghhh terliur !

    ReplyDelete
  9. sedap saya pon suka ni kak
    sokmo buat tp x pernh ltk kt blog.hihi

    lama dh x buat ni.
    tgk ni teringin pulak.
    nak tunggu rania dah besar nk buat bg dia rasa pulak. hihi
    kena sabaq sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh tak sabar nak tunggu rania beso..

      Delete
  10. ffuhhh!! terancam sungguh melihat makanan ni dipagi hariii.. weekend nak try la.. in shaa Allah..

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI