Monday 6 April 2015

KEK LEMON

Ketamakkan membeli lemon aritu di Aeon Big, murah le katakan, RM0.90 sebiji. Bantai le beli bebanyak, kekonon nak buat air detox le tu. di sebabkan takde masa punya pasal, abis le 2 biji lemon lenyor dalam peti sejuk. Nak buat minum, confirm anak-anak memang tak minum air masam-masam ni. Lagi pun petang Ahad tu buntu nak buat minum petang untuk anak-anak. Jadi jom le kita perabiskan buah lemon ni daripada membazir. Adehhhh.. tapi leka punya pasal, kek ni terhitam sikit bahagian atasnya, tapi tak pe, kek di rumah saya ni, macam biasalah memang licin, tolak batu dan kayu aje. Masaklah apa pun, memang anak-anak jenis pemakan, memang licin lincau punyalah, alhamdullilah memang tidak membazir. Insyaallah. Dulu-dulu memang anakk-anak saya ni jenis yg picky sikit, tetapi sejak membesar bagaikan johan ni, memang senang saya nak sediakan makanan untuk mereka. Cuma kena rajin dan tak aje untuk pelbagaikan menu makanan mereka.





SUMBER : POTRET KASIH

Resepi Sicilian Lemon Cake

250g butter ( lebih sedap guna yg high quality butter )
1 1/4 cawan gula caster ( boleh kurang kepada 1 cawan )
2 cawan tepung naik sendiri
4 biji telur ( grade A)
1 biji oren ( diambil parutan kulitnya )- saya tukar 2 biji lemon
1/2 cawan jus limau – saya tukar kepada jus lemon

Icing (glaze):
1/2 cawan gula icing
5 sudu makan jus limau/lemon

Cara Penyediaan

1. Pukul butter bersama gula hingga berkerim. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
2. Masukkan parutan kulit limau.
3. Dengan menggunakan spatula masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup dan balikkan hingga adunan sebati.
4.Perlahan2 masukkan jus limau dan kacau.
5. Masukkan adunan dalam acuan dan bakar selama 45 -50 minit pada suhu 160 darjah celsius.
6. Sejukkan dahulu barulah diletakkan glaze.

Untuk glaze/icing

**Ayak gula icing dalam bekas kemudian satukan dengan jus limau… pukul/kacau hingga sebati. Bolehlah letakkan di atas kek tadi…



13 comments:

  1. Anak2 tgh nk mmbesar tu....dr bli2 kt luar baik kita msk kan......puas mkn
    nmpk sgt gebus tu.....rajin

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena rajinkan diri kak.. sekarang barang byk mahal sesejak gst ni.. cam tak berbaloi makan luar...

      Delete
  2. Rasanya camana yea..mcm lemon jgk ker...masam2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa nya tak masam pn manis + masam sket aje cheq da , ala2 cam cream cheese

      Delete
  3. Sekali tengok ingatkan roti.. X pernah buat kek guna lemon.. sebab masam die terlampau hiii

    ReplyDelete
  4. dapnya. kek oren pernah makan.kek lemon blm pernah.
    nk cuba la nnti.sokmo ada stok lemon.abg buat air detox.hihi

    pppstt: akak sy pula mnghitung 10/4/2015 Rania 8 bulan.hihi.. sama la tarikh tu.. Rania 10/8/2015 genap stahun nnti.. hihi anak akak tua 4 bulan dr Rania la kan :)
    blh geng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. beza beberapa bulan aje... tu la bleh geng ni ... masuk sekolah sesama

      Delete
  5. saya pernah buat keke try masukkan jus lemon . jadi bantat lak kek tu x mau naik . dah jadi bingka !

    ReplyDelete
  6. Salam Mayang.. Nak tanya kat pakar ni.. kek ni kalau kita letak icing dan deco macam cikgu kat kolej komuniti tu ajar bole kan?

    ReplyDelete
  7. mesti wangi kan kek ni mayang sbb guna lemon tu

    ReplyDelete