KACHINGG $$$$

Friday, 10 April 2015

MUHAMMAD AMIRUL AIMAN HARUN




INI BABY KECIK SAYA DAH MENJANGKAU UMUR 1 TAHUN, ADOILA CEPAT SANGAT MEMBESAR, RASA MACAM BARU AJE LEPAS BERSALIN. SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH, BERILMU, BERIMAN, BERTAKWA DAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH TERUTAMANYA, IBU DAN  BAPA SERTA KEPADA MASYARAKAT. SEMOGA SENTIASA RAJIN DAN ISTIQOMAH SOLAT BILA DAH BESAR NANTI YER SAYANG.......



Tuesday, 7 April 2015

OVEN BULAT BUROK..: KEK LEMON

OVEN BULAT BUROK..: KEK LEMON: Ketamakkan membeli lemon aritu di Aeon Big, murah le katakan, RM0.90 sebiji. Bantai le beli bebanyak, kekonon nak buat air detox le tu. di ...

Monday, 6 April 2015

KEK LEMON

Ketamakkan membeli lemon aritu di Aeon Big, murah le katakan, RM0.90 sebiji. Bantai le beli bebanyak, kekonon nak buat air detox le tu. di sebabkan takde masa punya pasal, abis le 2 biji lemon lenyor dalam peti sejuk. Nak buat minum, confirm anak-anak memang tak minum air masam-masam ni. Lagi pun petang Ahad tu buntu nak buat minum petang untuk anak-anak. Jadi jom le kita perabiskan buah lemon ni daripada membazir. Adehhhh.. tapi leka punya pasal, kek ni terhitam sikit bahagian atasnya, tapi tak pe, kek di rumah saya ni, macam biasalah memang licin, tolak batu dan kayu aje. Masaklah apa pun, memang anak-anak jenis pemakan, memang licin lincau punyalah, alhamdullilah memang tidak membazir. Insyaallah. Dulu-dulu memang anakk-anak saya ni jenis yg picky sikit, tetapi sejak membesar bagaikan johan ni, memang senang saya nak sediakan makanan untuk mereka. Cuma kena rajin dan tak aje untuk pelbagaikan menu makanan mereka.





SUMBER : POTRET KASIH

Resepi Sicilian Lemon Cake

250g butter ( lebih sedap guna yg high quality butter )
1 1/4 cawan gula caster ( boleh kurang kepada 1 cawan )
2 cawan tepung naik sendiri
4 biji telur ( grade A)
1 biji oren ( diambil parutan kulitnya )- saya tukar 2 biji lemon
1/2 cawan jus limau – saya tukar kepada jus lemon

Icing (glaze):
1/2 cawan gula icing
5 sudu makan jus limau/lemon

Cara Penyediaan

1. Pukul butter bersama gula hingga berkerim. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
2. Masukkan parutan kulit limau.
3. Dengan menggunakan spatula masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup dan balikkan hingga adunan sebati.
4.Perlahan2 masukkan jus limau dan kacau.
5. Masukkan adunan dalam acuan dan bakar selama 45 -50 minit pada suhu 160 darjah celsius.
6. Sejukkan dahulu barulah diletakkan glaze.

Untuk glaze/icing

**Ayak gula icing dalam bekas kemudian satukan dengan jus limau… pukul/kacau hingga sebati. Bolehlah letakkan di atas kek tadi…



Friday, 3 April 2015

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU

Aritu menyinggah ke blog Ayut.. adoii tergoda betul dengan roti lapis cheese dia. Boleh juga di panggil lasagna roti yer sebab sama aje konsep dia lapis dengan kepingan lasagna tapi kali ni kita lapiskan aje dengan kepingan roti. Kebetulan memang ada roti yang nak expire, daripada terbiar begitu saja, baik le di buatkan sesuatu supaya dapat perabiskan roti tu. Cara buatnya senang aje, tapi akak lapiskan, 3 kali lapisan roti untuk 1 loyang, kira-kira dalam 12 keping roti. Maklumlah anak ramai, kalau buat sikit memang tak cukuplah anak-anak makan, sebab anak-anak akak ni memang hantu cheese, boleh di katakan hampir setiap minggu akak stok up cheese untuk anak-anak. Suka sangat resepi ni sebab mudah. Anak-anak pun suka sangat, sedap katanya, alhamdulillah. Akak copy aje resepi dari ayut yer.
siap 1 loyang 

Bahan:

Untuk celupan

3 bii Telur
1 kotak Susu Full Crean
12 kpg Roti

Bahan untuk inti daging
1 tiub Daging kisar (yg cop ramlee)
1 bj Bawang besar (di hiris)
3 bj Bawang putih
4 sdb cili kisar( kalau suka pedas )
sedikit Sayur campur (akak letak carrot aje)
1sdb Rempah kari
Cheddar / Mozarella Cheese ( ikutla nak yang petak/parut )
2 sdk Oregano (akak tambah)
2 sdk lada hitam
sedikit minyak untuk menumis
1 kiub stok ayam (akak tambah)
sedikit dry parsley untuk taburan atas cheese 

dah siap untuk di makan 
Cara:

Tumis bahan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili dan tumis sehingga pecah minyak kemudian masukkan daging kisar dan masak masak sehingga empuk, jangan lupa tambahkan sedikit air yer untuk bagi empuk daging tersebut serta masukkan juga kiub stok ayam, oregano dan lada hitam. Kemudian tambahla garam bagi secukup rasa.

Jangan lupa sapukan seluruh loyang dengan minyak atau butter terlebih dahulu. Susu dan telur digaul sekali untuk bahan celupan.Celupkan roti dalam campuran dan susun dalam loyang kemudian lapiskan dengan daging dan letak cheese. Buat 3 lapisan. Akhir sekali atas roti,taburkan cheese. Siapa suka letak banyak,tabur jela banyak-banyak, (akak tabur sedikit dry parsley, saja aje nak menambah). Bakar pada suhu 180°C sampai nampak kering dan kekuningan sedikit. Siap!

mai sepotong... 





MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI