Friday 27 March 2015

SAYUR BENDI GORENG

Sayur bendi memang feveret di rumah saya. Kalau masak kari ikan memang sesaja letak bendi banyak-banyak. Anak-anak saya pun suka makan sayur ni. Adehhh kengkawan oiii, sampaikan goreng sayur bendi pun nak post dalam blog kan..  Tapi takpe layankan aje saya ni yer kengkawan.. mak yang kehabisan idea nak masak ape arini, di samping tu boleh juga bagi idea kawan-kawan di alam maya yang sibuk memasak dan takde idea nak masak apa hari ni kannn.... ada gak pekdahnya......


Bahan:
10 biji bendi (dipotong serong-serong)
1/2 biji Bwg Merah di hiris
2 biji cili padi 
2 ulas bawang putih di hiris
Sedikit ikan bilis untuk perencah
Minyak Masak (Untuk menumis)
Bahan perasa - garam dan ajinomoto, secukup rasa

Cara Buat:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih serta sedikit ikan bilis sehingga naik bau, kemudian masukkan cili padi.
2. Selepas itu masukkan kacang bendi yang dah dihiris serong-serong
3. Masukkan bahan perasa dan air sedikit
4. Gaul rata dan sedia untuk dihidang (anggaran dalam 3-4 minit)

8 comments:

  1. ohh yumm..lama gak x makan bendi ni kak..kadang2 teringin nak makan .. tapi x buat.. kurang suka lendir dia tu huu ..hii x pe post sebegini blh buka peluang idea orang nak masak apa

    ReplyDelete
  2. sayur bendi mmg kaknoor suka, tapi sorang je, yg lain tak suka, itulah selalu jarang beli gak, kalau tingin sngt kaknoor asingkan tumis bendi dan sayur lain utk diaorang yg tak suka ni...

    ReplyDelete
  3. Knor pun suka
    rebus lgi la gitu2 jer

    ReplyDelete
  4. saya suka juga mkn bendi ni tapi tumis kering lah ...

    ReplyDelete
  5. Yui suka ratah kalau masak mcm ni.. hehe

    ReplyDelete
  6. Sama la kita klu bt kari @ asam pedas mmg sngaja letak bendi byk2..sedapkan hehee

    ReplyDelete