KACHINGG $$$$

Saturday, 7 March 2015

IKAN TENGGIRI MASAK CUKA

Suami saya suka sangat dengan masak cuka dan masak asam. Kena sangat dengan tekaknya. Walau ada masakan lain, lauk ni yg dia terkam dulu. Pelik saya, bukan ke saya yang patut suka masakan camni, ye la untuk makanan orang dalam pantang, masa berpantang 11 bln yg lalu inilah lauk saya seharian. Memang selalu le dia mengendeng sebelah saya kalau time makan. Uishhh sibuk aje, pegi le main jejauh... hahahahah. Resepi simple aje, stail saya. Main campak-campak aje... harap ada yg sudi mencuba yer....


Bahan-bahan

3 potong ikan tenggiri yang telah digoreng dahulu
3 ulas bawang merah yang dihiris
3 ulas bawang putih yang dihiris
1 biji bawang besar potong bulat
5 biji cili merah/cili api
5 biji cili hijau
1 jari halia atau dalam seinci halia dihiris
Garam dan gula secukup rasa.
1 sdt rempah campur
2 sudu besar cuka masakan
1 Cawan air
rempah campur

Cara membuatnya

Panaskan 2 sudu minyak dan masukkan semua bahan tadi kecuali ikan tenggiri dan cuka sehingga naik bau. Kemudian masukkan air dan lepas tu masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng tadi. kemudian masukkan cuka masakan, masakkan sekejap sehingga likat dan mendidih, perasakan dengan garam dan gula. Boleh juga letak perasa (ajinoomoto). Siap untuk dihidangkan. 

11 comments :

  1. masak cuka menu fav orang2 utara ni mayang, akak seminggu sekali mesti buat ni tapi selalu tak sempat nak snap gambar hahahaa

    ReplyDelete
  2. Ikan tenggiri ni memanng kesukaan saya juga. Nak kena cuba macam ni.

    ReplyDelete
  3. selama ni tak terfikir pun CM nak masak cuka ni . Tapi CM memang suka masakan masam terutamanya tom yam ...

    ReplyDelete
  4. boleh msk lunch esok ni....kecur liur dgr msm2 ni

    ReplyDelete
  5. nampak simple resipi ni mayang.. nanti nak cuba lah

    ReplyDelete
  6. bestt . boleh la try . huhuu

    ReplyDelete
  7. Untung suami dapat isteri pandai masak sedap..;)

    ReplyDelete
  8. sama la kak cik abe saya pon suka.. mmg sedap. mkn dgn nasi panas panas pulakkan.
    mmg x tgk lauk lain dah

    ooo, akak guna rempah campur ye.
    saya kalau buat masak acar ikan tenggiri tu, saya letak biji sawi je..

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI