KACHINGG $$$$

Thursday, 26 March 2015

IKAN BAWAL MASAK SOS

Salam, semoga hari ini lebih baik dari semalam dan saya harap kengkawan semua sihat sejahtera. Sekejap sahaja dah sampai hari Khamis. Cepat betul masa berlalu. Pejam celik esok dah hari Jumaat. Alhamdullilah masih lagi kesempatan mencoretkan sedikit di dalam blog ini kan. Cuma kebelakangan ni saya sedikit terganggu dengan pelaksanaan GST yang bakal dijalankan pada bulan April ini. Belum lagi GST bermula tapi kebanyakkan barang sudah mula naik, even pengangkutan awam pun dah mula naik harga. Aduhhh... macammana le nanti nasib kita bila GST ni dah bermula. Kalau PM dengar suara rakyat marhaen ni.. tolonglah mansuhkan GST ni.. If service tax aje macam dulu dah ok dah tapi please no Goods Tax. Kami rakyat marhaen ni sangat terkesan. Terbaca pula luahan rasa Saiful Nang, sangat setuju dengan pendapat beliau.

Ehhh, membebel banyak pula saya, semalam saya sempat memasak ikan bawal dan sayur kacang bendi goreng aje untuk anak-anak. Alhamdullilah ada juga rezeki untuk makan... Jom kita tengok resepi campak-campak saya ni. Mudah aje dan yang penting cepat kannn...



Bahan-bahannya

2 ekor ikan bawal - dibersihkan dan di gorengkan
2 s/b cili kisar
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
1 biji bawang besar - potong bulat
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 inci hali - hiris halus
1/2 cawan air
Garam
 5 btg cili padi
Nota: Boleh juga tambah potongan nenas ataupun timun yer dan juga buah tomato, tapi saya tak letak pun sebab takde stok yer.

Cara-caranya

1 Tumis halia, bawang putih dan cili padi hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan cili kisar pula dan masak hingga garing dan pecah minyak.

3. Selepas itu, masukkan sos cili & sos tomato. Kemudian masukkan air.

4. Biarkan mendidih, masukan bawang besar dan kacau sekejap.

5. Akhir sekali perasakan dengan garam.

6. Tuangkan kuah atas ikan yg digoreng tadi. Dah siap :)

9 comments :

  1. La hai sedapppppnya...
    msk gini budak2 suka sgtt.
    knor tk msk lgi, gombak la ni tk ada air...klu apa pun tk ada tup2 tk ada air, terbntut tugasan.....

    ReplyDelete
  2. ooh ye ke tak de air.. mesti umah saya pun x de air jugak tu kak... tu la mmg abis suma terbantut la.. harap2 petang ni ada air hendaknya..

    ReplyDelete
  3. kalau curah atas udang atau ketam pun sedap jugak agaknya kan...
    tu yang ada dlm fridge

    ReplyDelete
  4. tak pernah cuba lagi seafood masak sos ... rasanya nak cuba lepas ni .

    ReplyDelete
  5. Risau pulak kalau hari2 masak sedap cam gini..hehe

    ReplyDelete
  6. sedapnya..
    nyim nyum
    sy mkn sambal bilis j hri ni..

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI