Friday 13 March 2015

BUBUR LAMBUK MUDAH

Musim panas ni, macam-macam penyakit yang datang. Di rumah saya habis anak-anak demam berjemaah, kesian pula tengok. Asyik ulang pergi klinik dan hospital sahaja. Lepas seorang, seorang kena demam, batuk, selsema dan sakit tekak. Memang pakej lengkap. Bila dah demam ni selera makan pun takde kan. Saya buatkan bubur lambuk untuk anak-anak saya. Memang best makan bubur lambuk ni, lepas makan confirm keluar peluh-peluh jantan... hahahahhaha... di samping tu memang banyak khasiatnya. Resepi ni ikut sedap saya aje. Entah ke idak bubur lambuknya, hentam sajalah labu, asalkan ada iras-iras rasa bubur lambuk kampung baru tu kira ok la kan. Tapi saya tak letak santan, dan rasanya ada rempah ratus lain yg saya tak letak, contohnya halba. bukan ape. ini takat stok-stok rempah yang ada kat rumah saja. Mana rempah yang selalu guna tu, adalah kat rumah. 


BAHAN-BAHAN

Garam secukup rasa. 
1 genggam Beras
Garam secukup rasa
1 kiub ayam 
1/2 sudu teh Lada Hitam (untuk di letak dalam bubur lambuk)
sedikit bawang goreng

BAHAN BASAH
Sedikit  Daging (potong kecil2) (lebih kurang 100-200grm)
Sedikit isi ayam (Lebih kurang 200 grm)
Sedikit Udang 

BAHAN TUMISAN
3 ulas Bawang Merah (hiris) 
2 ulas Bawang Putih (hiris) 
2cm Halia (hiris)
3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
1 buncut rempah sup (yang ikat dalam kain tu)
3 sudu besar minyak masak untuk tumisan 


sup buncut

BAHAN SAYURAN (Boleh letak sayuran yang kita suka yer, saya letak macam-macam dalam bubur ni)

Segenggam Lobak Masin (hiris nipis2) 
1 btg lobak merah 
sedikit Kobis bunga (dalam sejambak kecil)
Sedikit kacang buncis (dalam 5-6 batang)
Sedikit daun sup 
Sedikit daun bawang
1 biji Kentang ( di potong kiub)

Cara-caranya
1. Saya basuh beras dan masukkan dalam periuk, kandungan air kenalah banyak yer, masukkan juga rempah buncut dan kiub ayam dan saya masukkan juga semua bahan basah, renehkan seketika.

2. Apabila dah nak kering saya tambah air lagi, pastu saya letakkan suma sayuran (kecuali daun sup dan daun bawang) kemudian saya reneh lagi sehinggalah semua sayuran sudah empuk.Saya kerap tambah air yer dalam bubur, sehingga mendapat konsintensi bubur yang saya inginkan.

3. Kemudian masukkan lada hitam dan kacau sehingga sebati. (saya suka letak banyak sedikit) biar berpeluh

4) Kemudian saya tumis darat bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Lepas tu masukkan pula rempah 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga). Dan saya letakkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk bubur, kacau sehingga sebati, barulah saya masukkan daun bawang dan daun sup dan tidak lupa garam secukup rasa, kacau lagi, apabila telah mendidih barulah saya tutup api

5) Jangan lupa taburkan bawang goreng di atas bubur lambuk tersebut.


13 comments:

  1. BUBUR ORG TAK DMM PUN ADA SELERA JUGA TU..
    SEMOGA ANAK2 CPT BAIK YE...

    MUSIM AGAKNYA..

    ReplyDelete
  2. saya suka makan bubur nak buatnya tu leceh skit. hehe.

    ReplyDelete
  3. macam sedap je rupa dia.. sah orang yang tak demam makan lebih dari yg sakit..hahaha

    ReplyDelete
  4. x letak santan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer.. Saya x letak santan. Sebab tak suka berlemak sgt. Tp klu nak letak tak salah pn. Lg wangi baunya. Letak dlm 1 cwn apabila bubur di atas api, reneh hingga mendidih

      Delete
  5. Wah, minggu lepas baru buat bubur lambuk =)

    ReplyDelete
  6. Sedapnya. Teringin pula nak makan..:)

    ReplyDelete
  7. Balik Insyallah nak suruh isteri cuba laa...Thanks for the recipe.

    ReplyDelete
  8. saya buat bubur lambuk pun x letak santan ...

    ReplyDelete
  9. Lebih kurang je cara kita ni. Sedap kan bubur lambuk ni

    ReplyDelete
  10. bubur lambuk ni bubur asyura kan... namapk sedap pulak resepi kak mayang nih... leh lah saya try

    ReplyDelete
  11. sesekali pekena bubur sedap kan. bukan kena tunggu time tak sihat bru jamah bubur..

    ReplyDelete