KACHINGG $$$$

Thursday, 26 February 2015

QUANTITY SURVEYOR THEME CUP CAKE

Meh nak belanja 1 gambar...Ehh silap 2 gambar. Seorang QS mengoder cupcake sempena hari pertunangannya haritu. Saya buatkan figurine topi keselamatan, kon keselamatan, Square ruler, kalkulator, Architect drawing, safety boot dan buku. Terima kasih banyak2 yer... lenkali ode lagi tau...

Cupcake : KEK COKLAT wt GANACHE + FIGURIN

Resepi Gump paste (sesuai untuk membuat figurin dan bunga)

Caranya sama seperti membuat fondant seperti post saya sebelum ini, tapi saya letakkan juga di sini resepi tersebut.

RESEPI FONDANT

63 ml air
1 sudu besar gelatin halal ( guna Halalgel)
125 ml sirap glucose
1 1/2 sudu besar gliserin
2 sudu besar lemak sayur (shortening)
1 kg gula aising (Ayak dulu)
Pewarna pilihan

Cara-cara

1. Kaedah double boiled akan digunakan utk membuat fondant ni. Bekas tahan panas diperlukan utk proses memasak.

2. Tuang air ke dalam bekas dan masukkan gelatin. Kacau dan ketepikan (lebih kurang 1min) supaya gelatin kembang.

3. Double boiled bahan td. Kacau gelatin sehingga larut.

4. Kemudian masukkan glucose, gliserin & shortening ke dlm bahan yg sudah larut td. Kacau sehingga semuanya larut.

5. Setelah semua bahan larut. Tutup api dan biarkan bahan td sejuk atau suam2 gitu.

6. Setelah bahan suam2 kuku, masukkan sedikit demi sedikit gula icing dan kacau sehingga sebati (lebih kurang 500gm gula, doh akan keras sedikit. Proses menguli boleh diteruskan menggunakan heavy duty mixer, breadmaker atau teruskan dgn uli menggunakan tangan)

7. Biarkan doh semalam utk hasil yg lebih baik. Simpan dalam bekas yg kedap udara. Boleh simpan didalam suhu bilik.

8. Seterusnya, proses mewarnakan doh. Bahagi doh kepada beberapa bahagian. Titiskan sedikit sahaja pewarna sehingga dpt warna pilihan hati.



CUMA UNTUK GUMPASTE, SAYA AMBILKAN 

250GRM FONDANT YANG DI BUAT TADI 
1 SDT GUM TRAGACATH/CMC/GUMTEX. (boleh beli di kedai bakeri)

Cara-caranya
Kedua-dua bahan di uli sehingga sebati. Kemudian bolehlah di gunakan untuk membuat figurin atau bunga-bungaan. kerana gumpaste lebih tahan lasak dan cepat kering berbanding fondant.


15 comments :

  1. Hebatnya.. cantikkk..
    kreatif la kak mayang ni.. semoga terus menghasilkan idea yg kreatif dan semoga perniagaan akak semakin maju..
    Amin.. :)

    ReplyDelete
  2. Wah sedapnya. Terima kasih kongsi resepi ni akak. Menarik untuk dicuba.

    ReplyDelete
  3. Bukan mudah tu nak buat rekabentuk gitu.. Teringin juga nak tempah ni..hihii

    ReplyDelete
  4. Salam .Hee nampak cantik dan kreatif.

    ReplyDelete
  5. Kreativiti pon salah satu faktor yang membuatkan sesuatu perniagaan kecil, boleh jadi besar, dan yang paling penting costumer gembira.... kan?

    ReplyDelete
  6. mmg berseni . saya nak hias kek anak buah pun x de idea ... heeee

    ReplyDelete
  7. Wahh
    Agknya kalau yui nnti, order cmni gak kot. Ehhh.. hehhehe

    ReplyDelete
  8. saya jangan kata nak menghias... nak membuat pun tak reti... salute pada tuan blog yg pandai buat cupcake...

    ReplyDelete
  9. Timekasi Mayang.. step by step tu mudah difahami..all the best :)

    ReplyDelete
  10. wah.. pandainya .. hias bagai.. x reti lagi nak main hias cam ni hii

    ReplyDelete
  11. cntik menarik
    kalau cntik dhias begini nk mkn pon syg kan

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI