KACHINGG $$$$

Wednesday, 25 February 2015

PAU BUNGA


Adehhh.. lama betul saya tak update blog. Bukan apa, tak de masa. Ceh wahhh.. hahaha poyo aje suma tu. Hari ini saya nak selitkan resepi kuih pau... hah jangan terkejut.. kuih pau tau.. tapi kali ni sepesel sket sebab saya buat munge2 sket. Wahhhh... gigih membuat kuih ni.... adeh sakit pinggang nak perabiskan satu adunan.. Resepi saya skodeng dari kak Ros. Kekonon nak buat cam renbow ... (renbow le sangat kann..) dan cara buat pulak saya tak ikut kak ros (kak ros ikut kak wan) saya cuma lenyekkan adunan dan canai leper, kemudian tekap bulat2 (guna gelas aje), buat dalam 4 colour bulatan, saya buat warna biru, pink, putih dan kuning. Kemudian cantumkan adunan bulat bertindih sedikit antara satu sama lain, belah di tengah (jadi semibulatan), kemudian baru letak inti di bulatan pertama dan gulung yer, so jadilah bunga rosnya. Sorilah saya tak amik gambar, tak sempat, sambil pulun buat sbb takut baby saya bangun. Kalau dia bangun memang pelangi anganku musnahlah... memang tak boleh buat keje. Resepinya.. saya copypaste aje dari blog kak ros yer.


Bahan-bahan ( 10 biji )

250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
3g (3/4 sudu teh) yis kering
2g (1/2 sudu teh) baking powder
50g (4 sudu makan) gula castor- tun letak 40g
20g (1 sudu makan) lemak sayuran(shortening)
2g (1 sudu teh) bread softener- tun guna bread improver
1/2 cawan air suam

Cara membuatnya

1- Campukan semua bahan kecuali air kedalam 1 mangkuk besar.
2- Campurkan beberapa titik pewarna merah/pink bersama air suam
3- Ramas semua bahan hingga sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit.Jika tak cukup lembut ,tambahkan sedikit lagi air
4- Uli adunan hingga menjadi lembut dan licin dan tidak melekat ditangan.Tutup mangkuk adunan dengan tuala kering dan biarkan selama 10 ke 15 minit.
5- Selepas 15 minit, bahagikan adunan kepada 8/10 ketulan kecil -lebih kurang 50 grm sebiji.
6- Biarkan sebentar.
7- Taburkan sedikit tepung gandum diatas papan canai dan ambil sebiji adunan dan leperkan mengunakan tangan dan gelek menjadi nipis dan bulat.Letak sebiji inti ditengah dan balut menjadi sekuntum bunga ros/mawar.(Refer blog kak Wan untuk cara-caranya).
8- Letakkan Pau diatas sekeping kertas(P.Ros guna cupcake paper.Atur dalam kukusan dan kukus pau lebih kurang 10 minit hingga masak, saya pun guna kertas cupcake aje..

intinya,
inti kacang merah yang saya beli di kedai bakeri aje dan lebihan inti kelapa yang saya buat koci 2 hari lepas... 

8 comments :

  1. wah, rajinnya buat pau bunga..perlu kesabaran ni..kalau wana tak terbuat la ni..heheh

    ReplyDelete
  2. cantik menraik sayang nak makan la mayang...camner

    ReplyDelete
  3. Untungnya rajin buat kuih pau. SP sememangnya suka sangat makan pau..:)

    ReplyDelete
  4. cantiknya pau tu... sendiri kalau buat bulat pun belum tentu cantik :p

    ReplyDelete
  5. rajinnya buat bentuk bunga ros ...

    ReplyDelete
  6. Rajinnya nk godek2 pau ros tu

    ReplyDelete
  7. alahai cntiknya kejadian pau bunga ros akak tu.
    nmpak menarik. tp nk mmbuanya tu mcm rumit je..

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI