KACHINGG $$$$

Thursday, 26 February 2015

Cara Menggunakan Pencuci Muka yang Betul


Haiii... comelnya awak.....
Seronok bukan kalau muka kita lembut dan sehalus bayi. Wah best sangat…. Muka adalah aset kita, jadi perlulah kita menjaganya dengan penuh teliti. Bukan sahaja golongan muda dan remaja sahaja yang perlu titikberat soal penjagaan muka ni, semua golongan perlu mempunyai kesedaran terutama para ibu-ibu yang macam saya ni kan… hehehheheh. Penting tu, mestilah kita ingin kelihatan cantik, anggun dan bergaya bukan sahaja untuk pandangan suami kita malah untuk semua. Di bawah ini saya share dengan semua tentang penjagaan dari segi pencucian muka dengan betul yer.
Jangan jadi muka kita bermasalah dan berjerawat....
takmooooo... takmoooooooooo...
Memiliki kulit muka yang sihat dan bebas daripada masalah kulit seperti jerawat, bintik hitam, kulit berminyak atau kulit terlalu kering merupakan impian setiap wanita. Oleh itu, langkah-langkah penjagaan kulit muka haruslah dititikberatkan dan ia bermula daripada pemilihan pencuci muka wanita yang bersesuaian.
https://lh3.googleusercontent.com/obeUy1S3IylbY9kuBbeHXXiqhfFg0lvFhy1h1BvudI5-x014dLgYqis_BtfXP3M4u8UTg9aaEZQZiWngn5fLlypTxIIX1hVoO2dEIQ1Vm_TKgcf4ZlKVGjFw2wwfB2L_fZtlKA
Antara produk-produk yang boleh di gunakan
Seperti yang kita sedia maklum, kini terdapat pelbagai jenama pencuci muka yang boleh ditemui di pasaran. Apa yang penting, kenal pasti kondisi kulit muka anda terlebih dahulu dan pastikan anda memilih pencuci muka yang benar-benar berkesan. Berikut merupakan cara-cara menggunakan pencuci muka yang betul:

https://lh3.googleusercontent.com/Dp3m1ZhUCfzAk2Z993rKH8TkKleoVAqPBFmovu881X9gws8e1DuaDHrrYR_ZFlbVcIXFCFUJQLHCSCZmLm8bL3KGLFTP9pookvcATThD_W33HuS235XHqbSiGDRjeKZvQrL9VA
1. Cuci tangan
Pastikan anda mencuci tangan anda dengan bersih sebelum anda menyentuh kawasan kulit muka. Ini kerana, kawasan kulit muka adalah bahagian yang amat sensitif.
https://lh6.googleusercontent.com/ypLua2u_CALKXCmBm5kTzNHYN5l5Hrpauk-HfkcvlR6J8QkORJrzMbAhbELd0bJlWTsaI1VXmwhFEfeAIolunTwLLFTS1H0FWdTQ6pMQ-QIaSpRsvdo34EzaRkPD_gFbxmn0Hw

2. Bersihkan muka dengan kapas
Kemudian, bersihkan muka dan kesan make up dengan kapas yang lembut.
https://lh6.googleusercontent.com/ym42QuteoOKWqc2b17OuFbOAFe5Ur50xHLJg_WvD-s2n_NEgEDuMBIfJ_C8j_rEAvXzBUXY4-JULZIUlmjL9QlBjvEWmZB_GRCIQZddw6xlFsLeSUMqpQkrKJdl3yAaYIya15A
3. Gunakan air dengan suhu yang sederhana
Pastikan anda mencuci muka dengan air yang bersuhu sederhana (tidak terlalu sejuk atau tidak terlalu panas)
https://lh5.googleusercontent.com/fw5_bCX7z3CzQMHXzmbaMnNEYNVkV66J_pymrlTExiTG9tuFZ_jvUk6XOvTy2Jhp5xtRN_XPVszQPa9dcJzJzAaFwSjHw7VuNZCaEvTntv3NX2qUblltzNjF7Tg1rufDLCmMEA
4. Fokus kepada kawasan T (T zone)
Fokuskan kepada kawasan T atau T zone di bahagian muka yang merangkumi dahi, hidung dan dagu. Ini merupakan bahagian muka yang paling berminyak dan paling sering diserang masalah kulit seperti jerawat.
https://lh5.googleusercontent.com/cd-ZenRgfo4hiL_v-iYJO1JEkWmn5dsXatQFdAF-qvdD4bcGdd3xOpyKgXI9eJs_e2premweYd5GgWSzuvOya4CbPTNqcru9MSnVMTGRjdXUOJExAoa8xnoxSjOVog2dXVsy2Q
5. Bilas dengan perlahan
Selepas mencuci dengan menggunakan pencuci muka, bilas muka anda dengan perlahan-lahan.
https://lh3.googleusercontent.com/N_ATCYVpo2NNy5bjpTX2mAEcKVMFfTcMfzEUIjlk92WQOCB_C9giXx84WOmDyuV7ytYSOUTA-iRAc3ALXnluOXNoRT4MsqWT8xNOvfH8XRLsnH2DacVtFO5FOhX6EPPFIBhzSQ
6. Jangan gunakan tuala untuk mengelap
Akhir sekali, jangan gunakan tuala untuk mengeringkan atau mengelap muka anda. Sebaiknya, biarkan air di bahagian muka anda untuk kering sendiri.

6 comments :

  1. saya kadang2 pakai sabun je . tak tahu nak pakai pencucui muka apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang lelaki normal la kalau macam ni :)

      Delete
  2. yg last tu penting sbb tuala muka tu sebenarnya ada juga habuk wpun disimpan di dalam bilik ...

    ReplyDelete
  3. kadang2 benda simple ni pun ade juga yang kita terlepas pandang kan Mayang :)

    ReplyDelete
  4. nice sharing ... biasa kalau cuci muka, main basuh aje :p

    ReplyDelete
  5. kan.
    saya skrg pakai sabun ephyra je.

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI