MUHAMMAD AMIRUL AIMAN |
Baby saya yang comel ni kena sembelit. Kesian pula tengok dia, so saya preparekan makanan ni bagi memudahkan proses membuangnya. Banyak khasiat oat ni sebenarnya. Oat adalah makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua.
Oat mengandungi Serat yang merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.
Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.
OAT + BANANA +BUTTER SEBELUM DI KISAR |
Makanan bayi berasaskan oat
1 cawan rolled oat (apa jenis oat pun ok juga)
2 biji pisang emas
2 sudu besar butter
1 cwn air (untuk rebus oat)
SELEPAS DI KISAR. |
masakkan oat sehingga kembang, masukkan pisang emas yg telah dipotong dan juga butter. tunggu mendidih, dan siap untuk di makan. Bagi bagi yang berumur 6-8 bulan oat perlu di kisar terlebih dahulu.