KACHINGG $$$$

Tuesday, 28 October 2014

PISANG GORENG SALTED CARAMEL CHEESE.

SEKARANG MANA-MANA AJE MESTI SIBUK TENTANG PISANG GORENG CHEESE. SAYA PUN SUKA MAKAN PISANG GORENG NI, SEDAP DAN LEMAK BERKRIM. TAPI HARGA DIA MAHAL YA AMPUN DAN KUANTITI DIA SIKIT AJE. ALAHAI... TAK PUAS KAMI SEFAMILI MAKAN. MAKLUMLAH AHLI KELUARGA MAKAN.. MAU KENA BELI RM50 BARU CUKUP KOT. SEDAP GORENG PISANG NI, NGALIT MAKAN. SEDAR2 AJE DAH ABIS. ANAK2 PUN REQUEST KAT UMI DIA NI, SURUH BUAT. ABAHNYA PUN DOK KOMPLEN TAK CUKUP. CAMNO ABAH OOII.. ANAK-ANAK KITA 5 ORANG, BERKORBAN LE SIKIT SAYANG. JADI WIKEN TU SAYA BUAT UNTUK ANAK-ANAK, HAH MAKAN LE SAMPAI KENYANG YER. TAPI SAYA BUAT LAIN SIKIT, SAYA LETAKKAN SOS KARAMEL. MEMANG TERANGKAT LA. TAK PERCAYA TRY LE BUAT. SOS KARAMEL NI PUN BALANCE DARI SOS SAYA BUAT ROTI SARANG LEBAH HARITU. MEMANG HEAVEN SANGAT. NANTI SAYA NAK CARI PISANG 'AWAK' PULAK.... HEHEHHE BUKAN KAMU YERR.... SAJA MELAWAK YER. PISANG AWAK NI SEDAP DI BUAT PISANG GORENG KERANA RASANYA YANG MANIS. OO TAK SABAR NAK MINTAK CIK ABANG BELIKAN. KEBETULAN LEBIHAN SOS MASIH ADA LAGI NI.


Bahan Adunan Tepung Goreng pisang

2 cawan tepung beras
1 biji telur
1 s/k air kapur (tak letak pun)
1 s/k kunyit serbuk
garam
air secukup

Cara
1. Bancuhkan bahan sehingga rata dan biarkan sekejap. Jgn cair sangat, konsintensi adunan ala-ala roti jala yer.
2. Panaskan minyak yg banyak.
3. Masukkan pisang yg dibelah 2 dalam adunan tepung dan jemputkan ke dalam kuali.
4. Bila telah kuning keemasan angkat dan toskan dalam tap.

roti sarang lebah di siram salted karamel



Salted Karamel
3/4 cwn gula perang 
1/2 cwn butter 
1/2 cawan heavy cream (saya guna susu cair aje)
1 sdt garam 
1 sdt vanila esen

Cara
Cairkan butter, kemudian masukkan gula perang, kacau sekata.. kemudian masukkan heavy cream/susu cair, dan masakkan sehingga mendidih. masukkan garam dan esen vanilla dan masak sehingga sos pekat.

*** sedikit cheddar cheese untuk taburan
cara susunan goreng pisang 

selepas goreng pisang, semasa panas-panas tu letakkan sos karamel sebanyak mana yang kita suka dan kemudian taburkan cheddar cheese. kalau saya tutup dengan pinggan sekejap biar kepanasan goreng pisang tadi mencairkan sedikit cheese tu. kemudian boleh lah di hidangkan..... sedap sangat

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI