KACHINGG $$$$

Sunday, 26 October 2014

Kek MU dan Selangor FC


kek : Coklat Moist
Coat : Ganache
Cover : Fondant
Request untuk kek baju bola untuk tunangnya. Peminat setia manchester  United dan Selangor. Minta saya buat kek untuk kedua-dua kelab sukan tersebut. Ini hasilnya. Semoga berpuas hati. Kek yang disediakam ialah kek coklat moist.

RESEPI FONDANT 

63 ml air
1 sudu besar gelatin halal ( guna Halalgel)
125 ml sirap glucose
1 1/2 sudu besar gliserin
2 sudu besar lemak sayur (shortening)
1 kg gula aising (Ayak dulu)
Pewarna pilihan

Cara-cara

1. Kaedah double boiled akan digunakan utk membuat fondant ni. Bekas tahan panas diperlukan utk proses memasak.

2. Tuang air ke dalam bekas dan masukkan gelatin. Kacau dan ketepikan (lebih kurang 1min) supaya gelatin kembang.

3. Double boiled bahan td. Kacau gelatin sehingga larut.

4. Kemudian masukkan glucose, gliserin & shortening ke dlm bahan yg sudah larut td. Kacau sehingga semuanya larut.

5. Setelah semua bahan larut. Tutup api dan biarkan bahan td sejuk atau suam2 gitu.

6. Setelah bahan suam2 kuku, masukkan sedikit demi sedikit gula icing dan kacau sehingga sebati (lebih kurang 500gm gula, doh akan keras sedikit. Proses menguli boleh diteruskan menggunakan heavy duty mixer, breadmaker atau teruskan dgn uli menggunakan tangan)

7. Biarkan doh semalam utk hasil yg lebih baik. Simpan dalam bekas yg kedap udara. Boleh simpan didalam suhu bilik.

8. Seterusnya, proses mewarnakan doh. Bahagi doh kepada beberapa bahagian. Titiskan sedikit sahaja pewarna sehingga dpt warna pilihan hati.

9. Akhir sekali proses membentuk doh.

ADIK NI SEMAKIN LASAK...

Haishh.. Sangat  lasak budak kecik ni sekarang, macam ikan keli. Mengelitik aje... Alhamdulillah, asalkan Muhammad Amirul Aiman sihat bagaikan johan.









MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI