KACHINGG $$$$

Wednesday, 1 October 2014

KEK PUDING KARAMEL

Suka sangat makan kek ni memang feveret kat rumah. Lagi-lagi kalau di simpan dalam fridge. Kalau anak-anak saya makan mereka mesti sibuk cakap macam makan aiskrim. saya try buat guna resepi ni pulak, menggunakan sukatan cawan. agak mudah bagi saya. Resepi tu saya amik dari blog husna.



KEK PUDING KARAMEL

BAHAN – BAHAN

BAHAN A (Gula Hangus)

2 sudu besar gula


CARA-CARA:

Tabur gula ke dalam loyang serata dan masak atas api yg kecil hingga gula bertukar perang (ketepikan) * nota seratakan karamel tu baru cantik dan sekata. Jgn buat coklat sangat... cukuplah sekadar bertukar menjadi perang sedikit yer... tapi kalau suka pahit-pahit manis boleh aje bagi perangkan lagi gulanya


BAHAN B 
(untuk puding karamelnya)

1/2 tin susu cair,
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur

CARA - CARA:

kacau semua bahan sampai sebati
Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang BAHAN A ( Gula Hangus )


BAHAN C ( KEK )

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 biji kuning telur
1 cawan air
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan minyak masak


CARA - CARA:

Pukul kuning telur bersama gula hingga nampak berkrim.
Masukkan air dan minyak, pukul lagi hingga sebati
Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit dan kacau adunan hingga sebati.


BAHAN D (Meringue)

6 biji putih telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh cream of tartar


CARA - CARA:

Satukan semua bahan, pukul hingga betul2 kembang (bila terbalikkan mangkuk adunan tak tumpah).

CARA-CARA

Satukan BAHAN C ke dalam BAHAN D. kacau biar sebati. kacau hanya guna senduk. jangan guna mixer
Bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran masing2.
Sendukkan ke dalam loyang yang berisi karamel.Marblekan warna berselang seli hingga adunan habis.
Bakar secara double boil (Letak air panas ke dalam loyang) pastu letakkan loyang kek ke dalam bekas air panas tu.
bakar selama 1 jam, suhu 150 darjah celcius (api bawah sahaja) .
Bila sudah masak, tunggu sejuk dahulu dan kek akan mengecut dan lekang dari tepi loyang. Bila sudah sejuk barulah terbalikkan kek dan simpan dalam peti sejuk sebelum di hidangkan (lebih sedap, tapi kalau nak makan begitu sahaja pun ok juga.)

Kalau kawan-kawan rasa malas nak buat sendiri, boleh aje Contact saya untuk order yer 016-2700481 (area2 berdekatan dengan Sri Gombak sangat di alu alukan)

GivEawAy BiRthdAy YoU aLLs


GA paling senang, sesapa nak join info lanjut please click banner di bawah yer.. dari blolg acik watie



1 OKTOBER 2014 - 30 SEPTEMBER 2015

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI