Tuesday 26 August 2014

STEP BY STEP...

Hari ini baby riang ni sudah start gear 1, dah boleh meniarap... ok dan sekarang dah mula nak mara ke depan. Abis suma dia sondol.. Muhammad Amirul Aiman.. cuba lagi dik.. jangan putus asa. Umi, abang dan kakak sentiasa memberi sokongan yang padu... hahahahahhah POYO aje umi ni kan...







Monday 25 August 2014

German Cookie

Sedap biskut ni, memang kesukaan anak2 saya. Abis sebalang, sekelip mata aje. Sedap rasanya dan nak buat pun mudah. Sejak ada anak kecik ni, biskut raya yang dibuat jenis yang cepat dimasak, sedap dimakan...

Bahan-bahannya
(Resepi dari  jumeeliza)

250grm butter
80grm gula icing
*250grm tepung kentang
*160grm tepung gandum
secubit garam

Bahan bertanda diayak.

Cara2

Butter dan gula icing di pukul hingga sebati. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul sehingga menjadi doh, kemudian simpan di dalam fridge dlm 30 minit. Ini kerana doh agak lembut. dengan simpan dlm fridge memudahkan untuk bentuk doh. Buat bentuk bulat2 dan tekan dengan garpu. Bakar dalam suhu 170 celcius selama 20 minit atau sehingga masak. (Pst... Saya sapu dgn susu segar dan taburkan gula pink (gula kasar di dlm beg plastik, di titiskan pewarna pink kemudian shake sehingga serata warnanya.). Mudahkan... kalau nak mudah lagi.. ode aje ngan saya... hehehehe sempat lagi tu.

German cookies.







Friday 22 August 2014

MH17 - JENAZAH TIBA HARI INI..

NEGARA BERKABUNG DAN BERTAFAKUR

Kenderaan jenazah membawa mangsa tragedi MH17 meninggalkan Kompleks Bunga Raya, KLIA. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 Ogos, 2014.  
Jalur Gemilang dikibar separuh tiang hari ini dan waktu seminit diperuntukan untuk bertafakur sebagai tanda penghormatan.

20 jenazah mangsa insiden MH17 tiba hari ini, yang diisytiharkan Hari Perkabungan Negara. Pesawat khas yamg membawa kumpulan pertatm jenazah itu berlepas dari Amsterdam pukul 9.15 mlm (waktu Malaysia) dan dijangka tiba di KLIA pukul 9.55 pagi ni. 11 jenazah adalah penumpang dan 9 lagi anak kapal. Istiadat di KLIA disertaik Yang ki-Pertuan Agong, PM dan menteri Kabinet. Hari ini setiba jenazah dan selesai dibawa turun, seluruh negara akan bertafakur antara pukul 10.30 dan 11.15 pagi ini. 5 jenazah diterbangkan pesawat ATM ke Kuching, 3 ke Ipoh & 2 ke Segamat dan semua masjid diminta adakan solat jenazah ghaib.

Berikut adalah senarai jenazah:-

1. Mastura Mustafa (P) - anak kapal
2. Ahmad Hakimi Hanapi (L)  - kru teknikal
3. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) - anak kapal
4. Nur Skhazana Mohamed Salleh (P) - anak kapal
5. Dora Shahila Kassim (P) - anak kapal
6. Foo Ming Lee (L) - penumpang
7. Karamjit Singh Karnail Singh  (L) - penumpang
8. Ng Qing Zheng (L) - penumpang
9. Mabel Anthony Samy (P) - penumpang
10. Paul Rajasingam Sivagnanam (L) - penumpang
11. Elisabeth Ng Lyeti (P) - penumpang
12. Lee Hui Pin (P) - anak kapal
13. Angeline PRemila Rajandran (P) - anak kapal
14. Ariza Ghazalee (P) - penumpang
15. Muhammad Afif Tambi (L) - penumpang
16. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) - penumpang
17. Chong Yee Pheng (P) - anak kapal
18. Azrina Yakob (P) - penumpang
19. Mohd Ali Md Salim (L) - penumpang
20. Hasni Hardi Parlan (L) - penumpang

Perkembangan terbaru di malaysiainsider

9.00 pagi: Waris dan keluarga mangsa mula memasuki Kompleks Bunga Raya, KLIA. Hampir semua memakai baju hitam dan putih.

9.10 pagi: Bernama melaporkan 20 pramugari berpakaian seragam MAS, memakai selendang hitam, antara tetamu di Kompleks Bunga Raya.

9.15 pagi: Ketibaan wakil rakyat Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

9.32 pagi: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

9.37 pagi: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

9.45 pagi: Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

9.54 pagi: Pesawat khas MAS yang membawa pulang 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17 mendarat di KLIA

10.15 pagi: Kereta jenazah beratur memasuki landasan menanti keranda dikeluarkan.

10.21 pagi: Keranda pertama, anak kapal MAS allahyarham Mastura Mustafa dikeluarkan.

10.22 pagi: Keranda kedua, kru teknikal MAS allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi dikeluarkan.

10.25 pagi: Keranda mula dimasukkan ke van jenazah yang sedang menunggu.

10.25 pagi: Keranda ketiga dan keempat Hamfazlin Sham Mohamed Arifin dan Nur Shazana Mohamed Salleh dikeluarkan.

10.30 pagi: Keranda ketua pramugari allahyarham Dora Shahila Kassim diturunkan.

10.31 pagi: Keranda mendiang Foo Ming Lee dikeluarkan.

10.33 pagi: Keranda mendiang Karamjit Singh Karnail Singh dikeluarkan.

10.35 pagi: Keranda mendiang Ng Qing Zheng, penumpang MH17 dikeluarkan.

10.37 pagi: Keranda ke-9 dan ke-10 suami isteri mendiang Mabel Anthony Samy dan Paul Rajasingam Sivagnanam dikeluarkan.

10.42 pagi: Abu mayat mendiang Elisabeth Ng Lyeti, Lee Hui Pin dan Angeline Premila Rajandaran dibawa turun daripada pesawat.

10.42 pagi: Keranda allahyarham ibu dan anak Ariza Ghazalee dan Muhammad Afif Tambi dikeluarkan.

10.45 pagi Keranda allahyarham Noor Rahimmah Mohd Nor dikeluarkan.

10.47 pagi: Keranda mendiang Chong Yee Pheng dan allahyarham Azrina Yakob dikeluarkan.

10.50 pagi: Dua keranda terakhir allahyarham Mohd Ali Md Salim dan Hasni Hardi Parlan dikeluarkan.

10.55 pagi: Semua 20 jenazah selamat dimasukkan ke dalam van jenazah masing-masing.

10.56 pagi: Rakyat Malaysia di seluruh negara bertafakur seminit. Pemandu diminta berhenti di tepi jalan dan berdoa, membacakan al-Fatihah bagi yang beragama Islam dan doa mengikut agama masing-masing. Kira-kira 3,000 rakyat bertafakur di Dataran Merdeka sebagai penghormatan kepada 20 jenazah mangsa nahas MH17.

Kenderaan jenazah membawa mangsa tragedi MH17 meninggalkan Kompleks Bunga Raya, KLIA. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 Ogos, 2014.10.57 pagi: Kenderaan jenazah bergerak meninggalkan landasan di Kompleks Bunga Raya, KLIA membawa jenazah ke destinasi masing-masing untuk disemadikan mengikut upacara agama mangsa.

11.06 pagi: Keranda allahyarham Ariza dan anaknya Afif, Ali, Azrina dan Hasni dimasukkan ke dalam pesawat dan helikopter Angkatan Tentera Malaysia dihantar pulang ke destinasi masing-masing iaitu ke Petrajaya, Pagoh, Taiping dan Segamat untuk disemadikan.

11.15 pagi: Kenderaan jenazah bergerak meninggalkan landasan di Kompleks Bunga Raya, KLIA membawa jenazah ke destinasi masing-masing untuk disemadikan mengikut upacara agama mangsa.

12.10 tengah hari: Helikopter EC725 yang membawa jenazah Ali tiba di IKBN Pagoh. Jenazah akan dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Jayor, Pagoh selepas solat Jumaat.

12.15 tengah hari: Keranda jenazah pramugari mendiang Chong dan penumpang allahyarham Noor Rahimah tiba di Ipoh.

12.20 tengah hari : Jenazah dua kakitangan MAS, Nur Shazana Mohamed Salleh dan Ahmad Hakimi Hanapi tiba di Masjid Putra, Putrajaya.

12.20 tengah hari: Raja Muda Perak tiba di Lapangan Terbang Tekah, Assam Kumbang, Taiping untuk istiadat penghormatan penerimaan jenazah anak kapal MH17 allahyarham Azrina.

12.30 tengah hari: Helikopter yang membawa timbalan perdana menteri tiba di padang IKBN, Pagoh.

12.30 tengah hari : Solat jenazah di Masjid Putra, Putrajaya diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

12.35 tengah hari: Jenazah mendiang Foo tiba di Nirvana Memorial Centre Jalan Sungai Besi untuk upacara keagamaan. Jenazah mendiang akan melalui upacara keagamaan selama dua hari di Taman Peringatan Nirvana SungaiBesi manakala upacara pembakaran jenazah akan dilaksanakan pada Ahad di Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.

12.35 tengah hari: Jenazah Karamjit Singh Karnail Singh tiba di Taman Peringatan Nirvana, Seksyen 21 Shah Alam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Dr J Loga Bala Mohan berada di Taman Peringatan Nirvana.

12.35 tengah hari: Jenazah allahyarham Noor Rahimmah dan mendiang Chong masing-masing dibawa van jenazah ke kediaman keluarga di Tambun dan Taman Pertama, Ipoh.

12.35 tengah hari: Helikopter EC725 TUDM membawa jenazah allahyarham Azrina tiba di Lapangan Terbang Tekah, Assam Kumbang, Taiping.

12.50 tengah hari: Jenazah allahyarham Dora Shahila tiba di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

12.50 tengah hari: Jenazah mendiang Paul dan Mabel tiba di Taman Peringatan Nirvana, Sungai Besi.

12.55 tengah hari: Jenazah allahyarham Noor Rahimah tiba di kediaman keluarganya di Kampung Rizab Melayu Tambun, Ipoh.

12.55 tengah hari: Jenazah mendiang Chong tiba di kediaman keluarganya di Taman Pertama, Ipoh.

12.55 tengah hari: Jenazah allahyarham Azrina tiba di Masjid Al-Hidayah, Jalan Muzzafar Shah, Assam Kumbang, Taiping.

1.00 petang: Jenazah dua kakitangan MAS, allahyarham Nur Shazana dan Ahmad Hakimi tiba dii Tanah Perkuburan Islam Putrajaya untuk pengebumian.

1.00 petang: Jenazah Hamfazlin Sham tiba di kediaman keluarganya di Wangsa Maju dan akan disembahyangkan di Masjid Usamah Bin Zaid.

1.00 petang: Abu mayat pramugari MAS Angeline tiba di rumah keluarganya di Bukit Tinggi, Klang.

1.00 petang: Abu mayat Elisabeth tiba di Pusat Xiao En Bereavement di Jalan Kuari, Cheras.

***** Pukul 1.00 petang tadi saya sempat melihat van jenazah Hamfazlin Sham tiba di wangsa maju.. dihadapan pejabat saya. Suasana rasa sungguh pilu dan sedih... semoga arwah dicucuri rahmat allah.....

Thursday 21 August 2014

VIVA PALESTINE...

bismillahirrahmanirrahim-arabic-i121

Saya amat benci dengan rejim Yahudi kerana sesuka hati sahaja memusnahkan penempatan awam di Gaza, Palestine. Ramai rakyat terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak, dan yang tidak boleh saya terima adalah mangsa kanak-kanak dan bayi, serius... teringat anak-anak di rumah. Tindakan mereka terang-terangan menunjukkan niat iaitu penghapusan etnik seperti yang pernah terjadi di Bosnia dan Orang Yahudi (di zaman pemerintahan Hitler). Tetapi saya amat kecewa kebanyakan kuasa-kuasa besar hanya bersikap diam diri, malah ada yang menyokong pengeboman ke atas Tebing Barat. Paling menyedihkan negara-negara besar islam pun hanya sekadar OOO I See (OIC) sahaja. Alhamdullilah masih terdapat negara islam di sana yang sanggup menghulurkan bantuan...Salute to Turki dan Malaysia sendiri (ini yang saya tau le).

Saya sekeluarga pula memang memboikot semua produk Yahudi.. (even susu anak saya keluaran nestle pun saya tukar).. Ini sahaja yang kami sekeluarga mampu buat untuk membantu Palestin... VIVA PALESTINE ... SEMOGA BERJAYA MEMBEBASKAN DIRI DARI CENGKAMAN israel........ INSYALLAH....


SOLIDARITI HANYA UNTUK MU PALESTIN

SELAMAT HARI RAYA....

Masih sempat lagi kot.... hehehe .. selamat hari raya kengkawan di alam maya.... Mintak maaf jika terdapat salah dan silap... dari kami sekeluarga...

The Abdul Razak Clan....